Rendang Kerang Campur Kacang Panjang

Tengah berehat santai, usulkan pada encik suami macam nak masak rendang kerang. Beli kerang frozen je lah senang kerja masak. Encik suami pun beli sepeket dengan harga belas belas macam tu. Banyak jugak isinya. Boleh dua kali masak.

Isi kerang dia macam tak berapa okay sangat. Saiz kecil dan ada bau macam klorin ke bau apa entah. Untuk hilangkan bau tu, saya rendamkan dengan perahan limau kesturi. Tos dan rebuskan sekejap. Hilanglah jugaklah bau dia sikit.

Rasa kerang tu okaylah walaupun tak fresh mana. Masak rendang tu kira okaylah cuma kurang menepati selera. Kalau dapat kerang fresh lagi sedap rasanya. Rendang kerang agak pekat dan berkuah sikit. Kerang pun tak kelihatan ditenggelami kuah.
Rendang Kerang Campur Kacang Panjang

Mulanya nak masak rendang kerang dan tumis kacang panjang asing. Sekali macam tak sempat, satukan je lah kacang panjang campur dalam rendang. Biasanya rendang kerang campur kacang buncis. Kacang panjang pun bolehlah kan.

Bahan tumis dah tumbuk tadi boleh guna untuk masak nasi goreng esok. Taklah kelentang kelentung menumbuk jam 4:30 pagi.

Pagi pagi nak menumbuk kena berhemah sikit, penuh lemah lembut. Kalau boleh tak nak ada bunyi. Tapi kadang terrrtumbuk kuat jugak batu bertemu batu tanpa sengaja. Gigih kan pagi pagi menumbuk. Demi sepinggan dua nasi goreng sedap, ku gigihkan juga.

12 comments:

  1. Woww.. gigihnyaaaa!!! Menumbukk pepagii ekkk..
    Barulah sedap ever!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gigih nona. Barulah berselera makan sedap sedap waktu sahur :)

      Delete
  2. Haha jangan menumbuk lepas geram dengar dengkuran sesubuh hehe.. Baru ni nampak kerang frozen juga, macam nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..jangannn..nanti marah jiran. Bolehlah beli tu kak, buat rendang :)

      Delete
  3. Replies
    1. Sementara rajin tu ada, eloklah kita gunakan dia. hehe...

      Delete
  4. Akak tak pernah buat rendang kerang, Fizah. Rajin Fizah merendang.
    Akak tak tahu menumbuk secara sopan santun. Nanti bahan tak hancur. Baik guna blender. Tapi guna blender, tak best pulak. Tak dapat teksture dikehendaki. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang kerang ni mudah sikit dari rendang ayam. Tak perlu lama sangat, tunggu kering je lah ambil masa. Hehe... Cili api tu gesek dulu, baru masukkan bawang dan ikan bilis. Kurang sikit bunyi tumbuk tu. hehehe..betul, tumbuk lagi best :)

      Delete
  5. Sedap tu rendang kerang campur kacang panjang...pas tu goreng plak ikan masin..memang laju la menyuap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu jarang masak ni sekali dapat memang sedap laju menyuap :)

      Delete
  6. Warna masakkan rendang kerang itu memang sangat menarik lah. Nadia kurang sikit rendang kecuali rendang ayam sahaja. Memilih betul bab - bab makan ni kan HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna rendang kalau kena caranya menjadilah. Fahammm, ada orang suka makan rendang tertentu je. Biasalah tu, setiap orang selera berbeza.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.