Senarai Tol Percuma Dan Diskaun 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022
Sempena sambutan perayaan Aidilfitri pada 3 Mei 2022, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol 50% kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya. Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun in melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara.
Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milk Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara - selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).
Tarikh tol percuma dan diskaun
Tol percuma dan diskaun 50% bermula pada jam 12:00 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.Pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya- lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan. Maklumat lanjut mengenai lebuh raya yang terlibat serta kadar diskaun tol yang ditawarkan adalah seperti di bawah.
Keputusan Kerajaan ini dapat mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk pulang berhari raya di kampung.
Senarai Tol Percuma Dan Diskaun 50% Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022
Tol Percuma
- Lebuhraya Utara Selatan (Plus)
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)
- Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
- Jambatan Pulau Pinang (JPP)
- Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1
- Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
- Lebuhraya L - Karak (KLK)
Diskaun 50%
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
- Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)
- Lebuhraya Chers - Kajang (GRANDSAGA)
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
- Lebuhraya Bertingkat Ampang - KL (AKLEH)
- Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
- Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE)
Diskaun 30%
- Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)
- Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
- Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR)
- Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
- Lebuhraya Kemuning - Shah Alam ( LKSA)
- Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)
- Jambatan Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (JPP2)
- Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
- Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL- Barat (SPRINT)
- Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
- Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Bar (GRAND SEPADU)
- Lebuhraya Senai - Desaru (SDE)
- Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)
Mencabar bila balik ke kampung di musim perayaan ni. Bertoleransi dan sentiasa bersabar bila hadapi kesesakan jalan raya. Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Alhamdulillah ada bantuan lega, terima kasih Fiza bagi detail info ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat juga yang balik kampung jauh jauh kurangkan belanja.
Deletesama² kak.
wah..mesti meriah jalan raya nanti. semoa semuanya selamat pergi dan pulang
ReplyDeletePasti meriah punya dan super sesak. Kena bertabah siap².
DeleteAamiin...
Kami balik sampai Pahang je tahun ni. Tapi 4 plaza tol juga lalunya.
ReplyDeleteBanyak jugak nak lalu tol tu. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat. Aamiin...
DeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah..kurang sikit perbelanjaan balik kampung :)
Deletejambatan PP pun percuma. cayalah
ReplyDeleteUntung ulang alik free :)
Delete