Header Ads

Telefilem 3 Hari

Telefilem 3 HARI, sebuah telefilem inspirasi dari kisah benar lakonan Rusdi Ramli, Safura Ya'cob, Chacha Maembong, Daniesh Suffian dan Asry Azizan bersiaran pada hari Sabtu 9 April 2022, jam 9.00 malam di Slot Panggung RTM TV1.

Ulang siaran pada hari Sabtu, 15 Julai 2023, jam 9.00 malam juga di Slot Panggung RTM TV1. 

Telefilem 3 Hari TV1

TELEFILEM 3 HARI

Waktu siaran: Sabtu, 9 April 2022, jam 9.00 malam
Ulang siaran : Sabtu, 15 Julai 2023, jam 9.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : Slot Panggung RTM TV1, astro (CH101), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Idea Asal: Hana Hariz Haura
Skrip: Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : Alfanazra Productions

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS 3 HARI

Telemovie 3 Hari dibintangi pelakon Rusdi Ramli, Safura Ya'cob, Chacha Maembong, Daniesh Suffian, Asry Azizan, Aripah Damanhuri, Abby Nadzri dan ramai lagi.
  • Rusdi Ramli sebagai Azmi
  • Safura Ya'cob sebagai Rozie
  • Chacha Maembong sebagai Mira
  • Danish Suffian sebagai Eddie
  • Asry Azizan sebagai Zainal
  • Aripah Damanhuri sebagai Zakiah
  • Abby Nadzri sebagai Linda
3 Hari mengisahkan tentang Azmi merupakan seorang bapa dan suami yang gagal mendidik isteri dan anak-anak. Isterinya, Rozie berlagak seperti orang kaya walaupun mereka hanya tinggal di flat.

Setelah diberhentikan kerja kerana kilang menghadapi masalah kewangan Azmi membawa grab demi menampung kehidupan keluarganya.

Isteri dan anak-anak hilang hormat kepada Azmi dan Azmi mula berubah ke arah kebaikan. Hubungan dia dengan isteri dan anak-anak makin jauh sehinggakan dia telah mati berseorangan selama 3 hari di dalam biliknya langsung tidak disedari oleh mereka.

هناك 8 تعليقات:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.