5 Syawal, Akad Nikah

Lepas encik suami balik dari solat Jumaat kat masjid kampung, terus bersiap gerak ke Masjid Jamek Segamat. Ikut jadual, anak buah nikah jam 3:00 petang. Sebelum ni  dia mohon nikah di masjid cuma 10 orang je setiap pihak boleh masuk.

Tapi sekarang dah masuk endemik dah boleh masuk ramai-ramai tapi masih jaga penjarakkan dalam masjid. 

Masjid Jamek Segamat Johor

Nikah pun tak duduk bawah, disediakan kerusi meja hanya untuk bakal pengantin, tok kadi, wali dan juga saksi. Ahli keluarga duduk belakang, ada yang duduk dikerusi dan juga bawah. Akad nikah pun tanpa bersalaman. Masih ikut SOP lama.

Solemnization Ayien  Qayyum

Alhamdulillah majlis pernikahan anak buah berjalan dengan lancar dan ringkas. Tak ada tanya-tanya soalan macam dulu. Sebelum nikah pun tak perlu pergi Pejabat Agama kena interview bagai. Ringkas semuanya sejak COVID-19.

Akad Nikah Ayien Qayyum

Akad nikah

(dari bahasa Arab 'aqd = عقد) atau ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.

Rukun nikah

  1. Pengantin lelaki
  2. Pengantin perempuan
  3. Wali
  4. Dua saksi lelaki
  5. Ijab dan Qabul (Akad Nikah)

Syarat ijab

  1. Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang dan tepat.
  2. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak/mutaah)
  3. Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan
  4. Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan dan sindiran.
  5. Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
Contoh lafaz ijab:

Daku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.

Syarat Qabul

  1. Lafaz Qabul (terima) hendaklah sesuai dengan lafaz ijab
  2. Hendaklah terang dan nyata, bukan kiasan.
  3. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  4. Tidak diikatkan atau mengandungi perkataan yang terbatas tempoh waktunya
  5. Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
  6. Menyebut nama bakal isteri
  7. Tidak diselangi dengan perkataan lain

Contoh lafaz qabul (akan dilafazkan oleh bakal suami) :

Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.

Secara rasminya bertambahlah anak buah menantu. Berjodoh dengan orang Segamat juga. Senang nak balik kampung cerita dia. Tapi masih PJJ sebab anak buah kerja di Putrajaya.

Malam sebelum nikah ada majlis berinai. Saya nak join tapi last minit lambat menunggu giliran terpaksa cancel sebab ada tugasan lain kena buat. Tak dapatlah nak join the team majlis berinai dengan tema baju kelawar (kaftan).

Majlis Berinai

Semoga berbahagia sampai syurga. Aamiin...

Sorang-sorang anak buah kahwin. Kami pun dah naik pangkat jadi nenek/atok sejak 2 tahun lepas. Terasa tua dah. Eh, baru nak rasa ke? Ghisauuu...

Lepas ni anak buah lelaki pulak menyusul beberapa bulan lagi.

12 comments:

  1. Allahu...tiber teringat nanti anak buah belah suami pun nak nikah awal Jun, bakal jadi nenek jugak la ciksun ni..ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi je tu, bulan depan. Alhamdulillah..cepat kita naik pangkat :) Nenek muda.

      Delete
  2. untung sape nikah time pandemik ni.. semua pun ringkas dan cepat kan ehhehe, jimat pun iye juga :p

    ReplyDelete
  3. Tahniah diatas pernikahan anak buat Fiza..
    Adik Aini kawin tahun 2011 pun automatically dh gelar nenek..haha

    ReplyDelete
  4. Anak buah akak pun dah ramai yang plan nak kawen...seronok la nanti makin lama makin ramai dan bertambah ahli keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin meriah keluarga bila bertambah ahli keluarga ni kan.

      Delete
  5. hikmah covid19, majlis semua ringkas. tengok adik saya nak nikah dulu kena soal macam-macam, saya yang nebes. selamat pengantin baru kepada kedua mempelai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, serba ringkas dan mudah. Kalau Johor style sebelum nikah pun ada sesi interview kat pejabat agama. Belum lagi masa nikah. Dulu suami tak ada sesi soal jawab dengan tok kadi masa nikah sebab kenal. hehe...Dahlah nebes nak akad, nebes nak ditanya lagi kan.

      Delete
  6. ammi ni level dah jadi moyang..sebab ada anak buah ammi sebaya ammi, anak sulung dia dah 23 tahun, nikah dapat anak. org dulu2 ginilah agaknya ye...umur 40++ dah jadi moyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh lagi level up tu. moyang muda okaylah tu kan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.