Ayam Gunting Alis Fried Chicken
Ya ampunnn...Lamanya bercuti update blog dan blogwalking. Kecelaruan jiwa, hati tak tenang setenang tenang air tenang jangan disangka tak ada buaya. Ehh..itu dah lain dah.
Suka makan ayam gunting? Sejak PKP dan pasar malam berdekatan rumah pun macam tak wujud sekarang ni, agak susah nak jumpa ayam gunting kegemaran rakyat Malaysia.
Satu hari tu encik suami nak pergi 7 Eleven, park betul betul dekat dengan food truck. Nampak banner macam ada jual sosej, ayam goreng dan sotong goreng. Rupanya ayam gunting, sotong gunting dan sosej gunting.
Semuanya sama digoreng kemudian digunting dan ditaburkan dengan rempah pedas atau asli tanpa rempah. Selain makanan bergoreng bergunting, ada juga jual minuman. Mula mula beli dulu tak silap RM7-8 macam tu.
Paling terbaru beli dah naik harga RM10. Cepat betul naik harga. Almaklumlah, ayam out of stock sekarang ni. Rancak betul jualan ayam sampai ayam KFC pun dah susah nak dapat selain saiz ayam yang mengecil.
Sejak beli haritu, dah beberapa kali repeat beli ayam gunting Alis Fried Chicken ni. Puas hati dengan porsi ayam gunting yang banyak. Ayam saiz besar barangkali. Isi ayam cukup masak dan luaran dia rangup.
Cukup rasa dan cukup rasa pedas rempahnya. Menang membeli dan kualiti setanding harga lah kiranya. Sebelum ni tak ambil tahu pulak nama kedai ayam gunting ni. Raya ni dapatlah bungkusan beg kertas special sikit sempena raya, baru lah tahu nama kedainya, Alis Fried Chicken.
Alis Fried Chicken @ Ali's Fried Chicken pun tak pasti. Keliru pulak sebab bila google, ada jumpa ali fried chicken franchise dan ayam gunting ali fried chicken. Ali Fried Chicken ni dah wujud lama rupanya.

Ali Fried Chicken juga ada kongsikan cara memulakan perniagaan ayam gunting untuk mereka yang berminat. Menarik buat bisnes ayam gunting ni. Tapi risikonya kalau stok ayam berkurang macam sekarang. Nak tak nak peniaga terpaksa juga naikkan harga sebab harga modal pun meningkat.
Untuk orang Seremban bolehlah membeli Alis Fried Chicken di Seberang jalan depan 7Eleven, seberang Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban.
Tak pasti waktu operasinya. Pernah beli petang dan malam pukul 9 lebih masih buka. Puas hati beli sebab banyak sikit dan menepati selera. Even naik harga pun masih puas hati lah. Jangan benda mahal tapi tak sedap.

Sedapnya
ReplyDeleteAyam gunting ni memang sedap!
DeleteTiba-tiba teringin pula ayam gunting hahahaha :)
ReplyDeleteHehe...kena cari pasni :)
DeleteRM10 tu dah masuk kategori mahal. Tapi kalau rasa sedap, berbaloi lah beli.
ReplyDeleteItulah tu, baru naik harga tetiba nak beli baru ni. Bila teringin je la baru membeli cerita dia kan.
Deletemesti kena betul dengan selera tu kan hehe
ReplyDeleteA'ah. Begitulah...
Deletesuka jg ayam gunting pedas & sotong gunting..
ReplyDeleteSuka jugak dua dua tapi sotong tu kalau ada bajet lebih baru beli. Mahal ya ampunnn...sebab sotong besar tu kan.
DeleteBiasa ada pasang surut mood berblog dan blogwalking.
ReplyDeleteBetul asal sedap dan kuantiti berpatutan.
Hehe nasib baik tidak terjebak dengan ayam gunting mungkin sebab belum jumpa yang sedap di sini.
Sedang mengalaminya sekarang.Mungkin raya ni agak lemau sikit nak update. Makanan sedap memang akan buat orang repeat, tapi bila dah naik harga beli bila teringin nak makan je lah. Kena cari branch kat sana kalau ada.
DeletePernah beli sotong gunting dia...beat jugak...nampak entry ni terus rasa nak beli...adeh....
ReplyDeletepernah beli ayam, sotong dan sosej. Semua puas hati sedap. kot terlalu depan tu boleh singgah beli kak :)
DeleteAnak akak suka benor makan ayam gunting ni. :)
ReplyDeleteBudak budak memang suka ayam gunting ni kan.
Deletefebret ayam gunting! sebelum puasa sllu jgk beli.. ni lps raya xjmpa lg ayam gunting.. mcm nk kena beli jgk ni.. hihi
ReplyDeleteHihi..tokey kedai masih bercuti raya lagi tu agaknya :)
DeleteAyam memang mahaiii... Carik ayam KFC semalam... habisss wooo...Mujurlah akak beli mahal tapi sedap..... Masih rasa berbaloi.... Sesekali kan... saya pulak.. suka beli sosej gunting tu... Kalau siap cheese tu memang favourite.... Berlemak lemakk wooo...
ReplyDeletePsst: Nampak nau tu serabut.. siap berpantun.. Moga tenang jiwa akak... Amin! Mood sayaa ni ada kelaut gak.. adoi
Kalau dah mahal sesekali je lah kita beli. Yang ni tak ada cheese pun dah sedap.
DeleteAamin...terima kasih nona doakan. Semoga segala urusan kita Allah permudahkan.
kakmim dh lama x ke pasar malam... rindu nk jjcm ke pasar malam... x larat nk q masuk ke pasar mlm sini... panjang sgt masa perlu ikut sop dlu... xtau pulak skrg mcm mana dah... dgr ceta ayam akn kurang stok... mst susah org yg berniaga produk based on ayam ni kan?
ReplyDeletePasar Malam berdekatan kat rumah ni dah tak wujud dah. Lepas tu pasar tani pun sendu tak ramai penjual dah. Effect dari PKP. Itulah tu, kena ikut SOP semua. Mungkin ramai peniaga jual online je lebih mudah untuk dorang sebab berniaga bukak gerai ni banyak SOPnya. Ada dengar juga berita tu, kesian mereka yang berniaga melibatkan ayam ni. Jenuh nak fikir mana nak cari ayam.
DeleteMemang ank2 feberet ni
ReplyDeleteatam gunting. Biasa beli yg uncle bob kat pasar mlm. Baru ni beli dah jd harga rm9 he hee
Memang fav anak anak ni kan. Pernah nampak juga ayam gunting uncle bob tapi tak pernah cuba lagi. Nampaknya sekarang naik harga RM9-RM10 macam tu kan.
DeleteBelum pernah try beli ayam gunting walaupun selalu nampak gerai jualannya. Rupanya ada taburan rempah juga.
ReplyDeleteYe kak, ada taburan rempahnya selepas digunting tu. Nanti bolehlah cuba :)
Deletekite ni x kisah nk berbelanja kalau sedap dan banyak kan
ReplyDeleteBetul, cuma itulah bila dah naik harga akan jaranglah membelinya.
Deletesuka ayam gunting..tapi kalo nak order, mesti pesan kat penjualnya dulu, "tak nak pedas ya" hahahahha
ReplyDeleteOhh CikSun jenis tak suka pedas eh..
Deletelama tak makan ayam gunting. terliur tengok gambar tu. manalah ayam-ayam semua menyorok. dah lari macam filem Chicken Run tu kot
ReplyDeleteKalau jumpa cepat cepat beli Sal. Sekarang susah dah nak makan ayam. Entahlah kan, entah mana tersorok.
DeleteAnak-anak suka beli ayam gunting. Kita tumpang semulut saja, cukuplah sekadar merasa.
ReplyDeleteBudak budak memang suka ayam gunting ni. Hehe..faham maksud kak Amie tu :)
Deletekyra cukup suka ayam gunting..dengan kulit2 dia makan. cuba kalau ammi yg goreng, gigih dia buang kulit.
ReplyDeleteaahkan..pasar malam kat rumah ammi ni pun hidup segan mati takmau. ada 3-4 peniaga je yg meniaga skrg ni. pastu masing-masing masih duduk ditapak masing-masing. macam rongak je
Agaknya yang ayam gunting jual tu rangup lagi dan sedap kot. Kadang saya pun macam tu. Kalau diri sendiri goreng, kulit buang siap siap sebelum goreng. Tapi ayam gunting, ada kulit boleh pulak makan. Tapi sikit je lah..hehehe
DeleteMasing masing dah mula berniaga online agaknya lebih mudah tak perlu bukak tapak. itu yang ada tapak rongak² tu kot.