Bila Tiba Tiba Hari Raya, Masing Masing Panik Raya
Dah 10 Syawal baru nak up cerita raya. Serba sibuk beraya tahun ni nampaknya. Dimulakan cerita raya menjelang tiba-tiba raya pada 30 April, petang baru tu sampai kampung suami di Kuala Pilah. Sebelum gerak balik kampung dah siap siap check waze live nak elak jem.
Ikut jalan alternatif, Jalan Bukit Putus lama.
Perjalanan lancar tapi keluar kat Ulu Bendul tu hadap jem lah kejap. Sempat lah santai santai siapkan hidangan berbuka bila dah sampai kampung tu. Adik ipar pasang pelita, barulah meriah suasana hari raya bila ada pelita raya ni.
Lepas solat maghrib, adik ipar cakap esok Isnin raya. Serius lah???
Sumpah tak percaya! Tak tengok TV sebab petang tu modem ke apa entah meletop sebab petir. Petang tu hujan petir guruh berlawan-lawan. Puaslah cari info raya Isnin 2 Mei 2022. Adik ipar kata dia tengok Astro Awani.
Tengok kat twitter, sah! Raya 2 Mei 2022. Terjawablah sudah persoalan raya 2 Mei atau 3 Mei tu. Ramai dah wish raya. Orang Sabah sempat terawih 6 rakaat siap. Betul betul raya terkejut. Panik raya masing masing. Semua orang tak siap prepare apa. Huru hara dibuatnya.
Mujur jugak mak mentua dah siap sikit persiapan raya. So terus keluarkan segala benda nak memasak. Tolong mak mentua siapkan rendang ayam dulu. Sementara tu adik ipar siap-siap masukkan kuih dalam balang kuih.
Ikut plan, kononnya nak tidur semalam kat Kuala Pilah tapi dah raya terkejut, pukul 11 lebih lepas siap merendang terus gerak balik kampung saya di Segamat.
Sebab dah plan nak raya pertama di kampung saya tahun ni. Sampai di Segamat jam 2:00 pagi. Tak jem. Masih meriah ramai orang nak beli persiapan raya last minit mungkin. Masing masing pakat berjaga siapkan apa yang patut.
Bila 2 tahun tak beraya sakan, sekali surprise terus tiba tiba hari raya awal sehari. Walaupun serba kelam kabut, kalut, panik dan bermacam-macam drama ada tapi suasana tu sangat dirindui.
Bila 2 tahun tak beraya sakan, sekali surprise terus tiba tiba hari raya awal sehari. Walaupun serba kelam kabut, kalut, panik dan bermacam-macam drama ada tapi suasana tu sangat dirindui.
Letih lain macam. Masing masing kepenatan, lebam mata siapkan persiapan raya. Dalam penat-penat, semua happy dapat berkumpul dan merasa kemeriahan sambut hari raya. Alhamdulillah...
Bersambung...
Bersambung...
Betul3, sangat rindu suasana panik petang raya tu. Lagilah masa tu tengah berkumpul lepas buka puasa, hihihi.
ReplyDeleteKalau ramai dah balik awal memang meriah buat persiapan lepas berbuka tu. Yang kalut baru nak balik esoknya memang kesian.
Deleteselamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteAllah bg pengajaran buat kita semua, ketentuanNya mengatasi segala perancangan manusia.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Betul tu kak. Allah maha berkuasa.
DeleteMemang betul2 panik la..nasib baik dah beli segala persiapan cuma santan je takde..layan je masak pakai santan kotak
ReplyDeleteItulah tu, kalut..terus terfikir orang nak mantai esoknya camne. Layankan mana yang ada je. Tak fikir apa dah kan.
Deleteseronoknya raya kat kampung..but part jam tu, alahai... selamat hari raya!!! maaf zahir batin!
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat beraya di kampung tahun ni. Jem sikit okay lagilah. Kalau lama dan jauh tu memang jenuhlah nak hadap kak.
DeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
Happening kan raya tahun ni....Suasana yang kami generasi kelhiran 70-an dan kebawah pernah rasa tapi bila cerita kat anak-anak depa tak boleh bayangkan.Tahun ni depa dah boleh merasai..Nikmatnya raya dalam kelam kabut.Barulah meriah...hihih
ReplyDeleteSelamat Hari RAya Fiza...Maaf zahir batin
Sangat happening! Luar biasa raya kali ni. Pernah dengar juga cerita tu. Memang tak dapat bayangkan sebab dah biasa ikut kalendar dan plan awal kan. Dalam kekalutan tu ada hikmahnya. Betul betul meriah raya tahun ni.
DeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Mama Cella :)
Malam raya tu, banyak supermarket buka sampai pukul 1 pagi, nak bagi orang beli ayam. Oooo, Fizah beraya di Segamat. Semua orang la tidor lewat malam tu. Esoknya, qada tido bila tetamu balik. :D
ReplyDeleteYe kak Nur. Masing masing on sampai tengah malam. Santan, ayam, daging semua kalut orang dok cari. A'ah, memang qada' tidur lah cerita dia.
DeleteSelamat hari raya! :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
Deletesyahdu...sampai di kpg di awal pagi hari raya...dah lama x merasa kelam-kabut buat persiapan hari raya...hehe..
ReplyDeleteMemang syahdu betul. Lepas tu blur tak tahu nak buat apa dah dalam kepenatan dan kemengantukan.
Deletewowwww dapat bygkan betapa penat nyaa gerak mlm raya... tp alhamdulilah slmt smp ke destinasi kan :)
ReplyDeleteItulah tu, penat tak tahu nak habaq.
DeleteAlhamdulillah selamat sampai ke destinasi dengan selamat.
nasib baik kuala pilah dengan Segamat tak jauh. kalau tak haru jugak. Wah..jalan bukit putus lama tu, drift habis lah. hehe
ReplyDeleteNasib baik macam sempadan dekat dekat gitu. Kalau jauh memang haru dan tak mungkinlah balik hari. kena plan elok elok. Bahaya drift tu, slow slow je. Ada gaung dan tanah runtuh banyak gak jadi.
DeleteTerulang lagi incident raya mendadak nih 🤣. Dulu pernah juga bberapa tahun lalu. Itu lebih panik, karena kita tahunya raya esok hari, dah masak, tapi ternyata lusa 🤣🤣🤣. Terpaksalah makanan disimpan dulu, tak boleh makan wkwkwkwk. Kalo tahun nih, elok sikit, dah ada notif dari pemerintah, jadi tak panik lagi
ReplyDeleteOhh pernah jadi ya raya lusa bukan esoknya. Mungkin masa tu saya masih belum lahir. kalau rendang tu boleh jugaklah simpan dan panaskan. Kalau jenis cepat basi tu kenalah makan buat berbuka hari terakhir puasa, kira special menu gitu. Tahun ni panik lain macam.
Delete