Header Ads

Drama Air Mata Allisya

Drama Air Mata Allisya menampilkan gandingan lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah bersiaran di TV9. Air Mata Allisya merupakan drama rantaian adaptasi novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi.

Drama Air Mata Allisya episod 1 mula bersiaran pada 20 Mei 2022, jam 8:30 malam bersiaran selama 2 jam. 

drama air mata allisya tv9 full episode

DRAMA AIR MATA ALLISYA

Jumlah episod : 15 
Mula siaran : 20 Mei hingga 8 Julai 2022
Waktu siaran : Setiap Jumaat, 8.30 malam (bersiaran selama 2 jam)
Rangkaian : TV9
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Country Universal Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Keith Foo sebagai Daniel Arief
  • Sophia AlBarakbah sebagai Intan Allisya
  • Hariz Hamdan sebagai Iqbal
  • Puteri Khareeza sebagai Maria
  • Tony Eusoff sebagai Datuk Mustapha
  • Nazeera Sardi
  • Anne Abdullah
  • Jasmin Hamid

SINOPSIS AIR MATA ALLISYA

Allisya perlu hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. Dia kemudiannya bertemu dengan Arief dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. 

Puan Sri Sarimah mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Tan Sri Mustapha pula melayannya seperti anak perempuannya. Apabila Tan Sri Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana rasa dikhianati.

هناك 6 تعليقات:

  1. الردود
    1. Baru baru ni ada berlakon telefilem Villa untuk Bella, tele raya :)

      حذف
  2. Alahai, begitu pula ceritanya. Sedih rasa walaupun belum tonton.

    ردحذف
    الردود
    1. Bila dah lama baru nak beritahu, memang kecewalah bila dapat tahu kan. Kesian...sedih tu dah tentulah. huhu...

      حذف
  3. rasa-rasa lakonan last Keith Foo yang akak tengok, yang dengan Fathia dulu tu...lupa dah namanya

    ردحذف
    الردود
    1. Lama sangat tu rasanya..Lupa dah tajuknya..Tapi masa tu Fathia tengah popular kan.

      حذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.