Header Ads

Drama Melur Untuk Firdaus

Melur Untuk Firdaus, sebuah drama raya lakonan hero remaja, Meerqeen bergandingan dewi remaja, Anna Jobling. Drama Melur Untuk Firdaus episod 1 mula bersiaran pada 26 Mei 2022, jam 9:00 malam di slot Lestary Raya di TV3. 

Drama Melur Untuk Firdaus merupakan adaptasi novel My 'Rude' Wife karya CikNorCinta. 

Drama Melur Untuk Firdaus TV3

DRAMA MELUR UNTUK FIRDAUS

Mula siaran : 26 Mei 2022
Waktu Siaran : Rabu-Sabtu, jam 9.00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis Novel : CikNorCinta
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : A-Ten Alliance Sdn Bhd

PELAKON MELUR UNTUK FIRDAUS

  • Meerqeen
  • Anna Jobling
  • Fimie Don
  • Nisa Idrus 
  • Kuna Muzani
  • Azhar Amir
  • Hani Nazrina
  • Hairi Safwan
  • Taib Zamannuri
  • Zainol Ismail

SINOPSIS MELUR UNTUK FIRDAUS

Firdaus Iskandar tidak setuju dengan rancangan ibu bapanya untuk berkahwin dengan Melur kerana dia sudah mempunyai teman wanita yang bernama Dee. Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. 

Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus.

هناك 4 تعليقات:

  1. Banyak betul drama baharu kat TV sekarang ni... akak tak mampu nak keep track semua hehehe

    Selamat Hari Raya, Fiza! Maaf zahir dan batin!

    ردحذف
    الردود
    1. Raya ni banyak betul drama TV. Memang tak keep track, tengok mana sempat :)

      Selamat Hari Raya Kak Farrah,
      Maaf Zahir & Batin

      حذف
  2. Owh.. ada eh novel ini.. Tak pernah nampak pula.. Pelakon pun baru pertama kali dengar..

    ردحذف

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.