Puasa Sunat Enam Syawal

Puasa sunat enam Syawal merupakan amalan sunat. Cara puasa enam Syawal boleh dilakukan secara berturutan atau puasa enam boleh selang seli selagi mana masih berada di dalam bulan Syawal bermula pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari tersebut.

Puasa Sunat Enam Syawal

Lafaz Niat Puasa 6 Syawal

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى
Bacaan Rumi : Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi taala

Maksudnya: “Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala”

Kelebihan puasa enam, umpama berpuasa setahun

Umat Islam disunatkan melaksanakan puasa enam di bulan Syawal. Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya : Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
- Riwayat Muslim (1164)

Imam al-Nawawi Rahimahullah (1392H) ketika mensyarahkan hadis di atas menyebut hadis ini menjadi dalil bagi mazhab Syafie, Hanbali dan juga Daud (al-Zahiri) disunatkan berpuasa enam hari di bulan Syawal. 

Manakala fadilat seumpama berpuasa sepanjang tahun adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang lain menyebutkan bahawa setiap kebaikan itu dibalas dengan 10 kali ganda.

Persoalan :

1. Apakah hukum menggabungkan niat puasa ganti dan puasa enam di bulan Syawal? 
2. Adakah diterima pahala puasa Qada dan pahala puasa enam di bulan Syawal sekiranya dilaksanakan secara serentak? 

Keutamaan Menggantikan Puasa Qada Ramadhan daripada Puasa Sunat Enam Syawal 
  • Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atasnya menqadakan puasa serta merta selepas tamatnya Ramadan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Seseorang itu tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diikuti dengan puasa qada (Rujuk Kitab Bughyah alTullab hlmn 128).
  • Seseorang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak), maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qada kerana waktu puasa qada adalah luas (muwassa) (Rujuk Kitab Bughyah al-Tullab hlmn 128).
Hukum Menggabung Niat Puasa Qada Ramadan dan Puasa 6 Syawal Fuqaha dalam Mazhab Syafie membahaskan isu menggabungkan niat puasa qada dan puasa enam Syawal seperti berikut : 

1) Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya tentang puasa Ramadan dan qada di bulan Syawal, adakah berhasil qada puasa Ramadan dan pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal? Imam Ramli (1424H) Rahimahullahu Taala dalam kitab Fatawa al-Ramli fi Furu’ al-Fiqh al-Syafie menjawab:

Puasa qada Ramadannya diterima walaupun dia menggabungkan niat puasa qada Ramadan dengan puasa yang lain dan diterima pahala puasa 6 hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin)

2) Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj juga menjelaskan bagi seseorang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib:

Jika sesiapa yang berniat puasa qada pada hari Isnin contohnya maka jika dia berniat sunat puasa pada hari Isnin dengannya (puasa qada) maka sah kedua-duanya dan diberi ganjaran melalui kedua-duanya. Jika tidak (diniatkan sekali) maka puasa yang kedua tidak diganjari pahala tetapi gugur tuntutannya.

Berdasarkan kepada kedua-dua pandangan di atas, mazhab Syafie mengharuskan gabung niat puasa qada dan puasa sunat serta diganjari pahala dari kedua-dua puasa tersebut. 

Namun begitu, Imam Ramli dalam kitabnya Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj menjelaskan bahawa konsep gabungan dua puasa (sunat dan wajib) dalam satu hari tidak menghasilkan pahala yang sempurna. Ini kerana adalah lebih afdal seseorang itu melaksanakan secara berasingan, kata beliau:

Sekiranya berpuasa di bulan syawal, puasa qada, nazar atau selain daripada keduanya seperti berpuasa pada hari asyura (digabungkan dengan puasa wajib), maka dia mendapat pahala puasa sunat itu sepertimana yang difatwakan oleh ayahanda (bapa kepada Imam ar-Ramli)

Sepertimana pandangan alBarizi, al-Asfuni, al-Nasyiri, al-Faqih Ali bin Soleh al-Hadrami dan selain mereka tetapi dia tidak mendapat pahala yang sempurna disebabkan perkara yang dituntut (puasa yang berasingan dengan niat yang khusus), lebih-lebih lagi sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan kemudian menggantikannya di bulan Syawal. Ini kerana ia tidak bertepatan dengan makna sebelum ini.

Kesimpulannya :

• Puasa qada berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal adalah lebih diutamakan.
• Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran kedua-duanya. 
• Bagi mereka yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa keuzuran, maka dia wajib mengqada puasa sesegera mungkin iaitu sejurus selepas hari raya pertama. Manakala sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan disebabkan keuzuran, maka digalakkan untuk menggantikan puasa tersebut secepat mungkin

https://muftiwp.gov.my/media-menu/penerbitan/ebrosur/4805-hukum-gabung-puasa-qada-dan-puasa-enam-syawal
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3458-al-kafi-1275-bolehkah-niat-puasa-enam-dan-puasa-ganti-secara-serentak

18 comments:

  1. Semoga amalan puasa 6 yang dilakukan kerana Allah swt diterima, sesungguhnya hanya Allah swt yang Maha Mengetahui dan menerima amalan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah terima segala amal ibadah kita. Aamiin...

      Delete
  2. Mak abah akak dah puasa 6 dan esok diorang last puasa...Ahad diorang raya

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing.. Hari ni Aini dh puasa yang ke-5..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama²..Sehari lagi nak raya dah tu. Alhamdulillah :)

      Delete
  4. Selamat berpuasa enam Fizah. Baru dapat 3 hari. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa jugak Sal. 3 hari dah tu nak raya :)

      Delete
  5. Saya belum mulai ganti puasa lagi, tapi inginnya puasa 6 ini dulu . Mumpung masih bulan Syawal 😅..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, selesaikan dulu puasa 6 sementara masih syawal.

      Delete
  6. insya allah esok sy start kalau xde apa2 aral melintang

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.