Replika Istana Raja Melewar Rembau

Sejak menyinggah bergambar di Istana Lama Seri Menanti tu macam semangat pulak nak menjengah ke Muzium lain. Bercadang dengan encik suami nak pergi ke Muzium Rembau. Konon nak ambil gambar lah kiranya.

Sekali sampai, ramainya umat manusia. Rupanya dorang tengah buat persiapan untuk Majlis apa entah. Lupa pulak nak check sebelum pergi. Ingatkan pergi weekdays tak ada orang sangat macam pergi Istana Lama Seri Menanti haritu.

Kecewa kita, ambillah gambar mana yang sempat untuk kenangan. Lain kali singgah lagi ambil gambar sendiri pulak. Ini kita ambil gambar tempat dan bangunan dulu.

Replika Istana Raja Melewar Rembau
Pintu masuk


Dorang dah siap setting photobooth dan ada ramai orang juga kat bawah rumah tu sebenarnya. Ambil gambar dari sudut yang okay sikit dan nak elakkan dari penampakkan orang lain.

Replika Istana Raja Melewar Rembau
pandangan dari depan

Replika Istana Raja Melewar Rembau
dari sudut tepi

Sekali lagi dari sudut tepi tapi dari kejauhan sikit. Nak je bergambar dekat-dekat tapi macam pelik pulak sebab ramai ramai berkumpul tengah siapkan untuk majlis dorang. Macam kita menyibuk pulak kan. So batalkan hasrat nak bergambar. Padahal boleh je bergambar kejap.

Bila mood tak ada, mana mahunya nak bergambar.

Replika Istana Raja Melewar Rembau

Tak lupa maklumat penting tentang Replika Istana Raja Melewar Rembau ni.

Replika Istana Raja Melewar Rembau

Replika Istana Raja Melewar

Replika Istana Raja Melewar telah dibuka kepada orang ramai semenjak September 2004. Replika yang bernilai 2.7 juta ini merupakan daya usaha Pejabat Daerah Rembau dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan dengan bantuan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. 

Tujuan pembinaan Replika ini adalah sebagai objek pelancongan bersejarah agar dapat mengingatkan kembali reka bentuk asal Istana Raja Melewar yang pernah diduduki di tapak asal ini. 

Pejabat Daerah Rembau telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar pengisian muzium diamanahkan kepada Lembaga Muzium Negeri dengan konsep dan objektif yang sesuai dengan latarbelakang bangunan dan sejarah Rembau.

sumber : http://www.mdr.gov.my/ms/pelawat/replika-istana-raja-melewar

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.