Samurai Burger & Seaweed McShaker

9 Syawal haritu, ke Selangor ke kita. Dalam perjalanan terasa lapar pula. Padahal baru lepas makan tengahari kot. Biasalah perut tu, kalau puasa behave je. Kalau masa tak puasa, meminta minta.  Niat asalnya nak beli kopi je, sekali kedai kopi tutup.

Itu yang terus ke McD sudahnya. Lepas raya ni ramai yang belum berniaga semula. Masing masing balas dendam cuti sakan agaknya. 

Kalau dah ke McD, takkan nak beli air je. Belilah sekali Samurai Burger & Seaweed McShaker. Sekarang kan tengah Samurai Burger promotion dan Seaweed McShaker kan. 

Persoalannya,
Samurai burger until when?
Mcdonalds seaweed fries until when?

Available for a limited time only. Tak pasti sampai bila promosi ni akan berakhir. Siapa tahu boleh tolong jawabkan.

Walaupun The Legend Returns, tapi tak pernah rasa lagi Samurai Burger ni. Ini kalilah baru nak merasa. Pilih ayam sebab kurang gemar makan daging. Patty daging ayam yang juicy dengan teriyaki sauce, ada salad segar sikit dan roti bun bijan.

samurai burger mcdonalds 2022

Sejenis burger yang sangat ringkas. Daun salad boleh dikira berapa potong yang dapat. Lagi syok kalau salad tu banyak. Sos teriyaki yang rasa dia biasa je. Sedap lagi sos blackpepper prosperity. Sekali ni je lah beli, tak menepati selera sangat.

samurai burger mcdonalds

Alang-alang beli Samurai Burger, tengah promosi Seaweed McShaker juga. Tambah RM1 nak upgrade McShaker fries. Macam biasa bagi french fries, 1 sachet seaweed McShaker dan 1 paper bag untuk shake. Curah semua dalam tu dah shake².

Seaweed McShaker

Rupa selepas di shake² kan. Rasa dia sedap juga. Makan makan kentang perisa sayur. Siapa suka seaweed okaylah boleh cuba rasa.

Seaweed McShaker

Selain dua menu di atas tengah promo, ada juga Chicken McNuggets cicah dengan sos kari Jepun. Satu lagi McFlurry Milo Dinosaur kalau tak silap.

8 comments:

  1. ok hari tu beli ala carte burger nya..nanti kita try yg fries shaker seaweed pulak sebab kita mmg suka seaweed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni beli samurai burger upgrade RM1 dah dapat Seaweed McShaker :)

      Delete
  2. Akak dah rasa samurai burger tahun lepas. Sama macam Fizah, kurang suka burger ada sos teriyaki ni. Tapi kalau prosperity tu, pedas sangat pulak, bagi akak. Hehe.. double cheeseburger juga, sentiasa di hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak kena pulak kan sos teriyaki tu. Mungkin orang lain suka. Prosperity sedap tapi tulah kalau pedas melampau hilang nikmat makan. Double cheeseburger memang sedap!

      Delete
  3. Ntah kenapa kalau di Indonesia, mcD lebih suka mengeluarkan produk baru fried chicken nya daripada burger. Waktu tuh dia bikin ayam spicy. Trus dia bikin nasi uduk ayam. Yg sekarang nih dia mengeluarkan pula ayam lengkuas. Kata teman2 enak, saya belum coba lagi

    Tapi kalo burgernya, itu ituuuuu saja 🤣🤣🤣. Rasanya orang Indonesia tak terlalu suka burger McD , makanya jarang ada produk baru 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, peliknya kalau ayam lengkuas. Tak semua orang suka rasa lengkuas. Untuk burger, McD memang win. Ohh macam tu, patutlah banyak keluar menu ayam.

      Delete
  4. McShaker tu limited edition. Selalunya beli McD sebab nak benda tu je. 🤭

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.