Selamat Hari Jururawat 2022
12 Mei, diiktiraf sebagai Hari Jururawat yang disambut seluruh dunia. Hari Jururwat adalah sebagai penghargaan mengenang jasa para jururawat yang telah banyak berkorban masa, tenaga serta bertungkus lumus dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Tambahan lagi sejak COVID-19 melanda dunia, jururawat antara kalangan barisan hadapan yang banyak berkorban tenaga dan masa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengenal erti lelah bekerja siang malam tanpa mengira waktu.
credit image : artortoise |
Tambahan lagi sejak COVID-19 melanda dunia, jururawat antara kalangan barisan hadapan yang banyak berkorban tenaga dan masa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengenal erti lelah bekerja siang malam tanpa mengira waktu.
Hari Jururawat/ Nurses Day
Tarikh 12 Mei diambil sempena dengan hari kelahiran ikon kejururawatan moden iaitu Florence Nightingale. Istilah dalam Bahasa Inggeris "nurse" berasal dari perkataan "nourice" yang bermaksud yang memberikan khasiat.Tema Hari Jururawat 2022
Tema Hari Jururawat Sedunia "A Voice to Lead : Nursing The World To Health", stigma masyarakat mengatakan bahawa tugas jururawat tidaklah sepenting doktor perlu dibuang kerana tanpa jururawat, tidak lengkaplah sesebuah institusi perubatan tersebut.Bukan mudah menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai seorang jururawat. Sumbangan mereka seiring pentingnya dengan tugasan seorang doktor. Bak kata orang, di mana ada doktor, maka di situ adanya jururawat.
Begitulah saling memerlukan antara perkhidmatan kejururawatan dengan kedoktoran dalam urusan merawat dan memberikan perkhidmatan kesihatan awam.
Sebagai masyarakat, kita perlu berterima kasih atas budi dengan jasa yang dicurahkan oleh jururawat. Demi amanah yang digalas, segala masalah peribadi diketepi semata-mata untuk melihat pesakit yang dirawatnya kembali sembuh seperti sediakala.

Happy Nurses Day/Selamat Hari Jururawat Sedunia! Terima kasih atas segala pengorbanan dan perkhidmatan yang diberikan.
Semoga Allah membalas jasa para jururawat dan doktor yang berjuang demi keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia dengan segala kebaikan. Aamiin...
Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat yang membaca komen ini, hehehe.
ReplyDeleteSelamat Hari Jururawat untuk semua yang bergelar jururawat :)
Deletekepada yang jadi misi... selamat hari misi hehehe
ReplyDeleteSelamat Hari Misi untuk semua misi di seluruh dunia :)
Deletedulu masa sekolah pernah ada cita2 nak jadi jururawat hihihi
ReplyDeleteOhh nak jadi misi rupanya CikSun :)
Deletekerjaya yang mencabar. memang respect diorang ni. lagi-lagi yang galas tanggungjawab as ibu dan isteri sekali.
ReplyDeleteBetul tu Sal. Dia punya penat jangan ceritalah kan. Pengorbanan yang besar.
Delete