Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022
Dah 2 Tahun Raya Cancelled. Eh, taklah cancel tapi "Raya Tertangguh" sebab PKP tak dibenarkan merentas negeri. Akhirnya masuk fasa endemik dapatlah kita berpeluang rasa suasana raya sebenar walaupun masih lagi hidup dengan COVID-19.
Hari Raya Aidilfitri 2022 Malaysia akan disambut pada hari Isnin, 2 Mei 2022. Panik sekejap raya hari Isnin! Dalam kalender 3 Mei 2022. Gelabah weiii apa pun tak siap!
Apa apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022!
Ikut perancangan raya pertama, 1 syawal 2022 saya akan beraya di Johor. Maksudnya sebelum raya dah ada kat Johor. Bila raya dah di awalkan, ahh ghisauuu…
Sebelum ni lepas kahwin, sambut di kampung suami dulu. Lepas sembahyang raya baru balik Johor. Tahun ni lain sikit rutin raya dia. Disebabkan ada majlis kahwin anak buah, itu yang kena tukar jadual sikit. Raya kedua baru balik Pilah sekejap.
Sebelum ni lepas kahwin, sambut di kampung suami dulu. Lepas sembahyang raya baru balik Johor. Tahun ni lain sikit rutin raya dia. Disebabkan ada majlis kahwin anak buah, itu yang kena tukar jadual sikit. Raya kedua baru balik Pilah sekejap.
Saya #teamjohor dulu tahun ni.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua pembaca blog Sihatimerahjambu. Maaf andai ada tersilap taip atau terkasar bahasa. Semoga semua orang happy² di hari raya. Jaga diri semua.
Koleksi Ucapan Selamat Hari Raya terbaik
Kalau dilipek sebosar kuku
Kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicaghi
Kok hanyut dipinteh
Kok tonggolam disolam
Datang biarla nampak muko
Kok poei biarla nampak belakang
Jauh diimbau,dokek digamit
Seuntai salam,sojambak kato
Dogup bicagho,meghisik raso
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Ketupat pulut di atas para
Hendak direbus di tepi perigi
SMS dihantar pengganti kad raya
Tanda ingatan tak luput di hati
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin
Masak lemang sambil berdiri
Hendak makan di Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dah cuti
SMS sahaja dapat ku beri
Bukan lupatradisi tapi ikut teknologi yang ada dihujung jari
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur
Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba,
Jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya
Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Anak Cina Sungguh lawa
Jadi Pelukis di bawah pohon
Andai kataku menusuk jiwa
Jari disusun maaf ku pohon
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Sebelum Äidilfitri datang
Sebelum Ramadhan pergi
Sebelum operator bz
Sebelum SMS asik pending
Sebelum kredit habis
Nak wish awal², Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Bila raya line bz gila
Masa tu maki pun tak guna
Maxis, celcom, digi semuanya sama
Orang bijak tak yah tunggu raya
Ucap sekarang pun boleh apa
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampunan,rahmat di Ramadhan lalu.
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Moga silaturahim diberkati Allah
Jambangan indah lg berseri
Menjadi hiasan di Aidilfitri
Sms dikirim pengganti diri.
Tanda ingtan tak lupa dihati
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Pelita diletak diatas para
Hendak dinyalakan d tepi perigi
SMS dhantar pengganti kad raya
Tanda ingatan di Aidilfitri
Salam tulus Ikhlas
Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia
Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Tiba kita di musim perayaan
Ramai juga yang shopping sakan
Salam lebaran daku ucapkan
Di hari raya saling bermaafan
Salam Aidilfitri, Maaf zahir dan batin
ISNIN cari SELASA
Nak tanya nampak tak RABU
Agar ingatkn KHAMIS, bagitau
JUMAAT, supaya tak lupa
Mesej kat SABTU, yang AHAD dah raya!!
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri MaafZahir dan Batin
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan
Lambaian Syawal Kian Dinanti
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan
Semoga Kesalahan Dimaafi
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Di Aidil Fitri Mulia
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg tak kena TERtanya yang tak tentu hala TERsasul yang tak sengaja TERpukul kat mana² TERpinjam harta benda TERmoody tak semena² TERumpat bila² dan macam² lg yg TERsalah dan TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN
Ada ketikanya…
MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, dan HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Malam-malam lihat lampu jalan,
Tengok-tengok hantu raya,
Hati-hati diatas jalan,
Supaya selamat pulang beraya.
Bulan ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta…
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira
Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali
Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja
Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara
Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak da,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Samalah kita, belum masak apa2 lg juadah raya.. Alhamdulillah, dah beli barang2..
ReplyDeleteSelamat hari raya Fiza, maaf zahir & batin..
Alhamdulillah syukur dah beli barang awal.
DeleteSelamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.
selamat hari raya kak fizah
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Syu,
DeleteMaaf Zahir & Batin.
Selamat Hari Raya Fiza! Cantik poster.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak,
DeleteMaaf Zahir & Batin.
Terima kasih :)
Selamat hari raya kak
ReplyDeleteSelamat Hari Raya,
DeleteMaaf Zahir & Batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam Eid Mubarak. Maaf zahir dan batin buat Fiza sekeluarga. Suka gambar anime tu, nak jugak :)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak,
DeleteMaaf Zahir & Batin.
Cartoon tu saya tempah kat orang kak :) Nak buat sendiri tak pandai.
Selamat hari raya, Fizah. Maap zahir batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kak Nur,
DeleteMaaf Zahir & Batin.
selamat hariraya maaf zahir batin ye cikfizah tuuh., aminn
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Wak,
DeleteMaaf Zahir & Batin.
salam aidilfitri utk fiza sekeluarga. maaf zahir dan batin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Anies,
DeleteMaaf Zahir & Batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.. Moga hari raya kalini akak dan keliarga dilindungi Allah dan diberkatiNya... Amin!
ReplyDeleteAamiin...
DeleteSelamat Hari Raya Nona,
Maaf Zahir & Batin.
selamat hari raya fiza! =)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Ezy :)
Deletesalam aidilfitri utk fiza sefamily
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri kak, Maaf Zahir & Batin.
Delete