Bab 6 : Jun 2022
Tiba-tiba dah bulan Jun. Bulan Mei yang penuh dengan segala mak nenek urusan. Raya sakan tak sampai seminggu pun. Bertabahlah bila otak dah serabut dengan macam-macam hal. Bila jiwa kacau ni faham-fahamlah, buat apa pun serba tak kena.
Okay, mari lupakan hal bulan Mei. Masuk bulan Jun dengan semangat baru. Harap boleh bawa bertenang sikit. Yang penting bulan Jun, birthday month kesayangan hati hamba.
Okay, mari lupakan hal bulan Mei. Masuk bulan Jun dengan semangat baru. Harap boleh bawa bertenang sikit. Yang penting bulan Jun, birthday month kesayangan hati hamba.
Awal bulan June 2022, June Holiday 2022 dimulakan dengan hari Gawai. June long weekend 2022 pula menyusul pada 4, 5 dan 6 Jun (Sabtu, Ahad dan Isnin). Bolehlah sambung cuti raya. Ehhh..dah lebih sebulan dah. Ke masih ada lagi open house?
Raya tahun ni tak pergi mana-mana open house pun. Jemputan pun nan hado. Last pergi kenduri kahwin anak buah awal raya haritu je lah.
2 Jun (Khamis) : Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
6 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan YDP Agong (Semua Negeri)
19 Jun (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
Maaf, masih belum sempat beraya di rumah kawan-kawan blogger. Nak kata lemau makan kuih raya, tak! Nak kata sibuk sangat, tak jugak! Mood tercampak jauh ke laut dalam tiba-tiba. Ke writer's block? Entahlah..tak ada jawapan yang pasti. Depression? Oh tidak!
Masih mencari rentak lama untuk back on track. Terima kasih masih sudi singgah dan tinggalkan komen. Harapnya Jun kembali cemerlang, gemilang, terbilang.
Raya tahun ni tak pergi mana-mana open house pun. Jemputan pun nan hado. Last pergi kenduri kahwin anak buah awal raya haritu je lah.
June holidays 2022
1 Jun (Rabu) : Hari Gawai (Sarawak)2 Jun (Khamis) : Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
6 Jun (Isnin) : Hari Keputeraan YDP Agong (Semua Negeri)
19 Jun (Ahad) : Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
Maaf, masih belum sempat beraya di rumah kawan-kawan blogger. Nak kata lemau makan kuih raya, tak! Nak kata sibuk sangat, tak jugak! Mood tercampak jauh ke laut dalam tiba-tiba. Ke writer's block? Entahlah..tak ada jawapan yang pasti. Depression? Oh tidak!
Masih mencari rentak lama untuk back on track. Terima kasih masih sudi singgah dan tinggalkan komen. Harapnya Jun kembali cemerlang, gemilang, terbilang.
Biasa turun naik mood.
ReplyDeleteHarap Fiza jumpa rentak dan semangat semula.
Harapnya lah kak. Nak hilangkan keserabutan ni agak payah.
DeleteYeah...Jun yang Indah...sambut birthday sebulan macam sambut raya...hahaha..
ReplyDeleteDah semestinya bulan fav akak kan, sebab birthday akak tak lama lagi. Ye betul, sambutannya sebulan macam sambut raya :)
DeleteHello Juni..semoga Fiza baik2 aja..chaiyok!!
ReplyDeleteSemoga yang baik baik je. Aamiinn..Terima kasih kak.
Deleterasa macam cepatnya 2022 ni berjalan
ReplyDeleteBetul tu kak, kejap je nanti dah hujung tahun. Tak terasa cepatnya masa berlalu.
Deletesekejap aje dah nk masuk stgh tahun dah kan
ReplyDeleteBetul tu mamapp, tahu tahu dah Jun dah. Bila sibuk macam tu lah kan.
Deleteoh next Monday cuti rupanya. nasib baca blog fiza..kalau tak naya je pak karim
ReplyDeleteYe kak, cuti long weekend lah minggu ni.
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan Fizah. Pejam celik pejam celik dah bulan 6 dah.. Ada 6 bulan lagi sebelum habis tahun ni..
ReplyDeleteAamiin..terima kasih untuk doanya naniey.
DeleteSekejap je dah nak habis setengah tahun kan.
Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan tahun! Semoga dipermudahkan urusan kak fiza!
ReplyDeleteCepat masa berlalu, tahu tahu dah masuk Jun dah kan.
DeleteAamiin..terima kasih untuk doanya Nadia.
Dah tengah tahun dah kita.
ReplyDeleteSemoga Fizah kembali bersemangat dan semuanya baik-baik saja. :)
Habis bulan Jun ni makanya dah habislah setengah tahun kita. Aamiin..Terima kasih Kak Nur :)
DeleteMoga terus cemerlang, gemilang dann terrrbilanggg 👍👍
ReplyDeleteAamiiin...
DeleteMarilah kita bersama terus cemerlang, gemilang dan terbilang :)