Telefilem Kayuh
Telefilem Kayuh, telefilem khas sempena Hari Bapa lakonan Aman Graseka, Adam Shahz, Hanis Kamal, Ameerul Affendy, Noorkhiriah dan ramai lagi. Telefilem Kayuh memaparkan pengorbanan seorang bapa tunggal mencari rezeki sebagai penarik beca bersiaran pada hari Sabtu, 18 Jun 2022 jam 9.00 malam di Slot Panggung RTM TV1.
Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1
Penulis Skrip : Roydy Rokidy
Pengarah : Mohd Erfan Zainaldin
Produksi : Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (UDTV RTM)
Setiap hari Jumaat, Pak Rahman akan membuat amal dan sedekah, di mana dia tidak mengenakan upah tambang kepada penumpang becanya. Sifat Pak Rahman yang baik budi pekerti dan pemurah itu membuatkan dia disenangi ramai orang termasuklah Dato’ Ibrahim, namun ada juga yang berasa cemburu dan melakukan khianat kepadanya.
Khalid menyalahkan ayahnya Pak Rahman atas kematian ibunya, kerana beranggapan Pak Rahman adalah orang tua yang degil. Atas salah faham yang berlaku, di samping tuduhan dan khabar angin yang dibawa oleh Epo Jenon, maka hubungan Khalid dan ayahnya mula renggang.
Umar sebagai anak yang bongsu, mencuba pelbagai cara untuk menjernihkan semula hubungan keluarga mereka, namun atas ego dan sikap degil, Khalid tetap tidak dapat menerimanya.
Biarpun sikap Pak Rahman disenangi ramai, namun ada yang mencemburuinya hingga sanggup melakukan khianat kepadanya.
Apa yang terjadi kepada Pak Rahmat?
TELEFILEM KAYUH
Waktu Siaran : Sabtu, 18 Jun 2022, jam 9:00 malamSiaran TV : Slot Panggung RTM TV1
Penulis Skrip : Roydy Rokidy
Pengarah : Mohd Erfan Zainaldin
Produksi : Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (UDTV RTM)
PELAKON TELEFILEM KAYUH
- Aman Graseka
- Adam Shahz
- Hanis Kamal
- Ameerul Affendy
- Noorkhiriah
SINOPSIS KAYUH
Mengisahkan tentang Pak Rahman, seorang penarik beca yang bersifat patriotik dan pemurah. Sudah berpuluh tahun Pak Rahman mengayuh beca dalam mencari rezeki untuk keluarganya. Setelah kematian isterinya, hidup Pak Rahman terasa sunyi kerana dua anaknya iaitu Khalid dan Umar sudah besar dan mempunyai kerjaya masing-masing.Setiap hari Jumaat, Pak Rahman akan membuat amal dan sedekah, di mana dia tidak mengenakan upah tambang kepada penumpang becanya. Sifat Pak Rahman yang baik budi pekerti dan pemurah itu membuatkan dia disenangi ramai orang termasuklah Dato’ Ibrahim, namun ada juga yang berasa cemburu dan melakukan khianat kepadanya.
Khalid menyalahkan ayahnya Pak Rahman atas kematian ibunya, kerana beranggapan Pak Rahman adalah orang tua yang degil. Atas salah faham yang berlaku, di samping tuduhan dan khabar angin yang dibawa oleh Epo Jenon, maka hubungan Khalid dan ayahnya mula renggang.
Umar sebagai anak yang bongsu, mencuba pelbagai cara untuk menjernihkan semula hubungan keluarga mereka, namun atas ego dan sikap degil, Khalid tetap tidak dapat menerimanya.
Konflik seterusnya mula terjadi di dalam persatuan beca kerana masing-masing menganggap apa yang dilakukan oleh Pak Rahman itu boleh menyebabkan persatuan itu goyah, ditambah pula dengan tokok tambah cerita yang dibawa oleh Epo Jenon yang memfitnah Pak Rahman.
Biarpun sikap Pak Rahman disenangi ramai, namun ada yang mencemburuinya hingga sanggup melakukan khianat kepadanya.
Apa yang terjadi kepada Pak Rahmat?
Buat amal hadiah pun orang tidak suka.
ReplyDeleteItulah tu, orang buat baik pun ada yang dengki. Kesian Pak Rahman.
Delete