Bab 7 : Julai 2022

Hello Julai! Berakhir lah sudah bulan Jun 2022. Tahu tahu dah habis separuh tahun 2022. Seram rasa nak mulakan kehidupan 1 Julai ni. Harga minyak Julai dah naik katanya. Minyak petrol minyak masak sama naik. 

Lepas ni kena duduk rumah je ke camne? Catu penggunaan minyak petrol. Tak boleh nak kerap kesana kesini. Makan pun kena makan rebus rebus je. Bagus jugak tu lebih sihat tapi kenaikan harga barang dah tentu tentu lah menambah bebanan rakyat Malaysia. Kalau gaji bertambah takpelah juga kan.

Selain tu, tiada pelanjutan untuk pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang selepas 30 Jun. Bukan itu sahaja, ada juga kesan yang lain bermula 1 Julai 2022.
  • Tiada subsidi minyak masak botol
  • Ayam dan telur tiada harga siling
  • Tarif elektrik dikhabarkan naik
  • Bekalan ikan belum stabil
Ghisau ghisau...

Bulan Mei dan Jun, mood blogging pergi jauh entah kemana. Harapnya bulan Julai ni dapat kembali semula dalam arena blogging. Maaf ye kalau masih belum membalas kunjungan. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah dan tinggalkan komen. 

july 2022

Page 182/365

Chapter 7
Dear Diary,
Staring at my beautiful carnation
Feeling an awe to its perfection
My mind pops with a random question
How if life doesn’t give me option?

There comes a time in life
When you have to make decision
Turn the page,
write another book
or simple close it.
Choose wisely

Cuti bulan Julai 2022 | Cuti sekolah Julai 2022

7 Julai (Khamis) : Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Cuti : Pulau Pinang)
9 Julai (Sabtu) : Hari Arafah (Cuti : Terengganu)
9 Julai (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Cuti : Pulau Pinang)
10 Julai (Ahad) Hari Raya Haji (Cuti : Semua Negeri)
11 Julai (Isnin ): Hari Raya Haji Hari Kedua (Cuti : Semua Negeri kecuali Johor)
12 Julai (Selasa) : Cuti Hari Raya Haji (Cuti : Perlis & Terengganu)
22 Julai (Jumaat) : Hari Sarawak (Cuti : Sarawak)
30 Julai (Sabtu) : Awal Muharram (Cuti : Semua Negeri)
30 Julai (Sabtu) : Hari Keputeraan Sultan Pahang (Cuti : Pahang)
31 Julai (Ahad) : Cuti Awal Muharram (Cuti : Kelantan & Terengganu)

Banyak juga cuti umum bulan Julai 2022 ni. Bolehlah rancang-rancang cuti kalau ada cuti negeri tu.

Baru-baru ni kes COVID-19 meningkat semula dan wabak Influenza Like-Illness (ILI) muncul. Semoga semuanya terkawal dan tak merebak pergi jauh. Paling penting jaga kesihatan sekarang. Macam-macam penyakit muncul. 

Take care semua.

14 comments:

  1. Huru-hara keadaan. Macam- macam ujian.
    Harap kita semua bijak tangani ujian.

    ReplyDelete
  2. itulah..kena berjimat mana yang boleh kalau tak nanti tak dapatlah cuti-cuti Malaysia. semoga harga barang tak meroket sangat. kasihan yang tak bekemampuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sal. Kena pandai berjimat, baru dapat menabung. Setakat ni harga ayam dan minyak masak memang meroket habis. huhu...

      Delete
  3. bil elektrik yg seriau ni... skrg pun dah seriau tgk amount nya hahah pasni lagi la bertambh2 seriau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe KakRet. Naik je setiap bulan ni. ghisauuu...

      Delete
  4. Risau.. mcm mcm penyakit sekarang ni...

    ReplyDelete
  5. Samalah dgn CCL .. Mood blogwalking bulan june down sikit .. Jadual kerja padat sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama pulak kita. Takpe, lepas ni ada masa kita pulun macam biasa :)

      Delete
  6. Biasalah tu Fizah. Ada masanya tiba monsun rajin berblogging, ada ketika mood terbenam ke laut dalam. heheheee... berehat dulu. Senang-senang nanti boleh sambung tulis entri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang melalui mood terbenam. Harapnya kembali timbul.

      Delete
  7. Salam Julai 2022. Moga terus kuat, keep blogging.. ❤️

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.