Beli Subang Emas Katup Habib Jewels Untuk Diri Sendiri
Mulanya saja belek belek website Habib Jewels sebab dok mencari cincin viral wonder woman tu. Yang bentuk V tu. Pelik kenapa dipanggil wonder woman sedangkan wonder women huruf W. Mungkin sebab bentuknya V sama macam di crown wonder woman kot.
Esoknya tu ajak encik suami pergi cawangan Habib Jewels di Mydin Seremban 2. Tak menyabar nak membeli pun. Sampai-sampai saya terus pergi bahagian earrings. Tak ke bahagian lain, risau kalau teringin. Bahaya!
Subang ketip/katup
Gold type : 916/22K (Yellow Gold)
Bahaya tengok lama-lama. Nanti ada yang nak mengikut balik.
Dalam pada membelek tu, tiba-tiba rasa macam nak beli subang emas katup pulak. Ahh sudah! Terberkenan dengan subang katup design simple tapi menarik. Seumur hidup tak pernah lansung pakai subang emas jenis katup ni atau orang panggil subang ketip.
Dari dulu pakai jenis subang skru atau subang paku je. Barang kemas terakhir beli beberapa tahun lepas, subang emas jenis paku tu. Tapi itulah jarang pakai sebab pin paku tu kalau tengah baring mengiring boleh jadi menyucuk belakang telinga tu. Itu yang kejap pakai kejap tak.
Esoknya tu ajak encik suami pergi cawangan Habib Jewels di Mydin Seremban 2. Tak menyabar nak membeli pun. Sampai-sampai saya terus pergi bahagian earrings. Tak ke bahagian lain, risau kalau teringin. Bahaya!
Sambil tu belek-belek juga design subang emas paku yang lain dalam lingkungan bajet saya. Ada beberapa design yang saya berkenan. Hujung-hujung saya pilih yang saya berkenan awal-awal tengok dalam website tu.
Mostly design yang ditunjukkan banyak oro italia gold. Design cantik banyak edge dan lebih berkilau. Tapi itulah saya sukakan design yang simple je dan tak terlalu rata. Nak ada curve bulat dengan corak simple. Macam ni pun nice juga kan.
Gold type : 916/22K (Yellow Gold)
Bila dah lama tak ke kedai emas, rasa teruja pula tengok koleksi rose gold. Berkenan juga dengan subang rose gold. Harga boleh tahan juga.
Kira self rewards lah ni. Bolehlah pakai all the time dengan lebih selesa. Dah beli subang emas rasa macam nak menabung membeli gelang tangan pula. Haishhh..jangan membisik kat telinga sangat.
Bilalah harga emas nak turun macam harga emas dulu-dulu. Emas nipis-nipis ringan pun mahal. Berhuhu lah dulu. Suka membeli barang kemas di Habib Jewels dan Emas Sri Pinang. Emas Sri Pinang, kalau cuci emas dan upah free je.
Kedai emas biasa lagi murah harganya kan. Orang kata nak beli emas murah di Kuala Pilah. Ye, ramai betul orang membeli emas kat Kuala Pilah tu. Tak pernah surut dengan orang ramai. Risau juga nak membeli emas ni. Benda bukan murah. Kalau kena tipu naya Pak Karim oiii...
baca juga : harga emas terkini
Bahaya tengok lama-lama. Nanti ada yang nak mengikut balik.
cantikkk...dah lama jg x ke kedai emas..itulah orang kata kalau di pekan2 kecik, harga upah dia murah...dulu arwah tok & mak sedara suka beli barang kemas di Selama, Perak...murah katanya..
ReplyDeleteTak dinafikan yang kedai di pekan murah lagi. Jarang tak penuh kedai emas kat Pekan Pilah tu pun. Hampir setiap tempat ada kedai emas murah kan sekarang ni.
DeleteCincin Wonder Women dengan wishbone sama ke tak? tengok saiz dan design subang, macam berat jugak tu
ReplyDeleteHaa baru jumpa namanya. Wishbone eh orang panggil. Sama sama, itulah yang saya maksudkan. Terima kasih share namanya :)
Deletewow emas baruu
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat emas baru :)
DeleteSaya kurang minat pakai barang kemas tapi ada jugak pakai gelang seutas dua pemberian arwah datuk dan pernah sekali terpengaruh membeli hehe. Kali terakhir beli gelang untuk mak, saya pun beli di Habib Jewels. Kalau tempat lain saya tak berapa yakin ketulenannya.
ReplyDeleteSaya pun suka biasa-biasa je. Itulah tu, rasa lebih yakin beli kat Habib even agak costly sikit.
DeleteAkak pernah pakai jenis paku dan ketip. Ketip ini kena hati-hati sebab boleh berbuka tanpa disedari.
ReplyDeleteHehe tidak sangka Fiza suka pakai barang kemas.
Risau jugak tu kalau tersangkut. Dulu jenis paku pun pernah hilang pin belakang tu, kat kedai tak ada jual pulak. Terpaksa tukar baru sepasang. Suka pakai jugak all the time macam gelang subang dan rantai. Kalau cincin tu cuma pakai nak keluar je. Tak selesa pakai kat rumah nak buat kerja dan memasak tu kan.
DeleteEarring Mrs. A memang jenis katup macam ni lama dah beli lupa harga berapa huhuuu...
ReplyDeleteDulu mesti lagi murah, berbaloi beli yang berat dan besar sikit kan.
DeleteAkak dah lama x beli subang emas...sebabnya telinga akan berkudis kalau pakai subang...allergic..walaupun emas
ReplyDeleteSaya pun pernah mengalaminya dulu. Kalau allergic macam tu saya pun serik nak pakai. Nasib baik kalau pakai emas okay je.
DeleteLamanya saya tak pakai subang sejak kehilangannya (hilang dalam beg tangan bersama barang kemas lain) lama dulu.
ReplyDeleteSaya pun pernah hilang pin subang jenis paku tu. Nak beli pin sahaja memang tak jual. Kena beli sepasang yang baru. Kadang macam kak amie jugak letak barang kemas dalam beg, lepas tu lupa ada letak brg kemas. huhu...
Deletebiasalah kan orang perempuan. beli ikut kemampuan diri. lepas tu jagalah elok-elok
ReplyDeletePerempuan cepat terpengaruh dengan apa yang dia suka. Hehe..betul betul, ikut bajet sendiri.
DeleteAkak sekarang pun tengah pakai subang emas katup, Fizah. Dulu plain simple je, pastu dah tolak dan amik baru, lebih tebal sikit, tapi masih jenis katup. Beli kat kedai emas cina je. Dah lama wujud kedainya, jadi design lama pun ada lagi. Syok kalau pergi dengan kawan-kawan perempuan, bila cakap nak design camana, dia boleh bawak keluar kotak dari belakang, sebab tak cukup nak display kat meja dia. Banyak variety, Fizah. Boleh giler dibuatnya. Nama pun orang perempuan. Tak rugi pun beli. Pelaburan masa depan. :)
ReplyDeletelagi selesa pakai subang katup ni kan. Selama ni dok pakai paku je. Macam nak tolak jugak yang lama tu tapi sayanglah pulak. Next time ada rezeki boleh beli yang tebal sikit. Tahu takpe kak Nur, rambang mata tengok design cantik cantik. Begitulah orang perempuan yang suka emas. Betul betul, boleh pelaburan akan datang jugak ni.
DeleteCantik pulak akak tengok yang Fiza pilih tu. Kalau pergi kedai emas memang rambang mata memilih.
ReplyDeleteSimple tapi menarik gitu. Betul tu kak, rambang mata nak memilih mana satu.
DeleteWah..subang baru..
ReplyDeleteEh,macam naik balik la fesyen subang tu macam zaman saya remaja dulu..
Oh,nama cincin tu WW ye..Tengok Adah ada beli..saya pelik tengok cincin tu tak bulat macam cincin belah rotan biasa..Rupanya saya yang ketinggalan.🤭
Lahh ye ke mama cella. Trend lama kembali semula agaknya kot. Ohh Adah dah beli dulu eh. Untunglah dia. A'ah trend cincin bentuk macam tu sekarang :)
Delete