Bunga Cekur

Cekur atau dipanggil kencur adalah sejenis herba dan nama saintifiknya, Kaempferia gigantica. Cekur in english adalah Aromatic Ginger,sand ginger, Cutchery, finger root, resurrection lily dan Chinese ginger.

Cekur boleh dijadikan sebagai sayur atau digunakan dalam masakan tradisional dan dibuat ulaman. Pada zaman dulu, cekur digunakan dalam perubatan tradisional. Rupa paras cekur seperti kunyit cuma warnanya putih.

Seumur hidup saya rasanya tak pernah lagi makan masakan yang dicampur biji cekur atau daun cekur. Jadi tak tahu apakah rasa biji cekur dan daun cekur. Walaupun tak pernah cuba masakan bercampur cekur tapi perasan mak ada tanam pokok cekur di tepi rumah.

Tak tahu pulak pokok cekur ada bunga. Macam pokok kunyit lah. Tiba-tiba ada bunga kunyit. Sebab dia jarang berbunga , itu yang macam tak tahu.

Bunga Cekur

Mulanya main ambil je gambar. Lepas tu baru perasan, pokok cekur rupanya. Cantik bunganya. Bunga cekur berwarna ungu lembut, tekstur kelopak bunga cekur macam baldu. Bila cahaya melimpah terkena kelopak akan nampak jelas kilatan pada kelopak bunga cekur.

Tengahnya ada bulatan berwarna putih. Pokok cekur pun ada pelbagai spesis. Tidaklah saya kenal. Kalau tanya saya cekur jenis apa, memang tak tahu lah jawabnya.

8 comments:

  1. Pertama kali akak tengok bunga cekur. Cantik.
    Dulu akak ada pokok cekur ni, tapi dah mati. Tak pernah berbunga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pertama kali tengok bunga cekur. Rezeki kebetulan ada nampak bunganya. Sebelum ni macam tak pernah nampak berbunga.

      Delete
  2. Cantik bunganya. Rasanya kat kampung ada cekur tapi tak pernah tengok bunganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Bunganya cantik naniey. Rasanya macam jarang berbunga kan. Ini pun baru tengok je berbunga.

      Delete
  3. ohhh warna purple pulak ya..akak punya dulu warna putih bunganya..tapi da buang da pokok tu sebab takde nak pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada warna putih jugak ye. Ikut jenis cekur kot kan. Itulah tu, rasanya mak saya tanam pun sekadar tanam je. Tak pernah guna dalam masakan pun.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.