Akhirnya Sampai Juga Di Cameron Highlands Flora Park
Cameron Highlands Flora Park, tempat terpaling nak pergi. Sebelum ni mampu update je tentang Cameron Highlands Flora Park. Akhirnya impian ditepati juga dapat jejak di Cameron Highlands Flora Park!
Tengok gambar mereka yang pernah datang semua cantik-cantik. Adakah indah khabar dari rupa. Nak juga tengok in realiti macamana. Lepas singgah Cameron Lavender Garden, kami turun bawah lagi ke Cameron Flora Park.
Sebelum pergi dah suurvey dulu Cameron Flora Park :
- flora park cameron highlands location
- flora park cameron highlands ticket price
- flora park cameron highlands opening hours
Flora Park Cameron Highlands location
Flora Park Cameron Highlands ticket price 2022
Tiket masuk RM50. Mahal betul! Dah tahu mahal tetap juga nak pergi. Bila lagi kan? Bukan selalu dapat naik Cameron Highlands. Setahun sekali pun belum tentu. Rugi pulak rasa kalau tak singgah. Flora Park Cameron Highlands ni tempat cantik.Selain jalan-jalan bergambar, boleh juga berkelah dalam Cameron Flora Park ni.
Harga pakej piknik di Cameron Flora Park
Family Garden RM 2382 tetamu, maksima 6
tambahan tetamu : RM 80/dewasa | RM 40/kanak-kanak
Sweet & Simple RM288
2 tetamu, maksima 6
tambahan tetamu : RM 100/ tetamu
Dream Deluxe RM488
4 tetamu, maksima 4
untuk maklumat lanjut : instagram Cameron Highland Flora Park
Parkir juga berbayar ye. Boleh gunakan kad touch n go atau IC(ada touch n go). In case guna IC tak boleh atau baki kad tak cukup, tap debit kad banyak kali sampai boleh. Ini dari pengalaman kami ada problem IC touch n go buat hal.
Flora Park Cameron Highlands opening hours
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis : 9:30 pagi - 6:30 petang
Slot masa piknik
2 slot masa. Setiap slot 2 jam.Slot pertama : 10 pagi - 12 tengah hari
Slot kedua : 3 petang - 5 petang
Hati berbunga bunga dapat jejak Flora Park seiring dengan tempatnya yang banyak bunga. Kawasan parkir luas. Rasanya kalau weekend atau cuti umum mesti penuh ni. Turun kereta terus pergi tempat menunggu.
Kami pun ikutlah cadangan tu layan taman bunga outdoor dulu. Excited nak tengok keindahan Cameron Flora Park. Sekali dah nampak Flora Park outdoor tu, mak haiihhhh..jenuh nak naik tangga oiii.
Salah satu spot bergambar yang wajib ambil. Dah tak tahu nak posing macamana dah. Penat berjalan tu takleh nak let go sangat. Dah penat, mood bergambar pun lari.
Dah keletihan, jomlah kita balik. Sementara menunggu 4WD pick up, bolehlah bergambar selagi handphone bernyawa.
Things to do in Cameron Highlands
- Mandi manda di Lata Iskandar
- Naik buaian, ATV di Cameron Adventurous ATV & Safari Park
- Cameron Lavender Garden
- Cameron Flora Park
- Cameron Centrum Brinchang
- Hotel Avillion Cameron Highlands
🥰🥰bestttnya. Teruja tgk bunga bunga cantikkknya. pelbagai jenis. Warna.warni
ReplyDeletebila la nk dpt ke sini jga
Memang best datang sini Kak Nur. Bunga semua cantik cantik, lagi² banyak dan rimbun. Semoga ada rezeki Kak Nur juga dapat jejak sini.
DeleteMemang berbaloi bayar RM50 tu, Fiza. Kenderaan naik pun disediakan. Kita ni, bilalah nak sampai agaknya. Nak kena kumpul duit dr skrg agaknya.
ReplyDeleteYe, kira berbaloi jugalah. Tu lah, kat sini semua harga tiket dah naik dan semuanya serba berbayar. huhu...
DeleteIndahnya. Suka tengok.
ReplyDeleteSangat indah tengok bunga-bunga dan permandangan kat sini. Suka tengok jugak :)
DeleteAlahaiiii....bestnya la Fiza dah sampai sini....nak pi jugak..tp tengok tangga tu...aduhaiiiii......
ReplyDeleteBest tu memang best kak. Itulah tu, tak sangka pulak kena naik tangga setinggi tu. Tapi itulah, dah sampai terpaksa gigih jugak naik.
Deletesemput tak fiza, naik smpai atas tu hahaaa ^_^ shida pun tak pernah smpai sini byk perubahan dah cm ni..
ReplyDeleteBoleh tahan mengah jugak Shida. Kalau fit okay je naik tangga sampai atas. Flora park ni macam baru lagi setahun dua macam tu kot. Kena datang sini Shida :)
DeleteCantiknya gambar-gambar Fizah. Kaki OOTD memang suka la tempat gini. Harga mahal tu redha la, nak mantain tempat ni pun mahal
ReplyDeleteTerima kasih Sal. Kalau kaki OOTD dengan photographer hebat bergabung jadi cantik. Kita ni bergambar asal boleh je Sal. Itulah tu, faham dia punya fee tu mahal sebab apa. Cuma rugi kalau tiket mahal tak explore habis-habisan sebab tempat ni terlalu cantik :)
Deleteha tmpat ni yg viral org piknik tu kan... aritu igt nak singgah, konon nak piknik la juga sekali tutup daaaa hehehe
ReplyDeleteYe, dulu masa buka memang viral Flora Park ni. Slot piknik dia tak banyak dalam sehari tu. Kena check masa dan booking siap².
Deletecantikkkk...infinity stairs to mcm berjalan ke awan...mmg puas photoshoot di sini..
ReplyDeleteKalau dapat ambil gambar dari angle yang cantik mesti nampak lagi menarik. Saya tak berani sampai atas. hehehe...
Delete