Cameron Valley Tea House 1

Selesai check out Hotel Avillion Cameron Highlands, kami plan nak singgah mana-mana untuk beli ole-ole sikit. Tapi ladang teh wajib singgah. Ada banyak ladang teh yang menarik. Kami singgah Cameron Valley Tea House 1 je senang laluan balik. Tak kuasa dah nak naik atas semula ke Ladang Teh BOH Sungai Palas.

Ye, walaupun Ladang Teh BOH Sungai Palas tu cantik dan salah satu tempat menarik di Cameron Highlands. Masa kami turun ni pun dah banyak kenderaan dan bila berpatah balik kat Brinchang tu terpaksa hadap jem setengah jam lebih. Menyesal pula patah balik ke Brinchang.

Cameron Valley Tea House ni ada 3 :
  • Cameron Valley Tea House 1
  • Cameron Valley Tea House 2
  • Cameron Valley Tea House 3 (Kuala Terla)

Cameron Valley Tea House 1 & 2 dekat-dekat je satu laluan turun ke bawah. Cameron Valley Tea House 3 kena naik atas lagi berdekatan dengan Cameron Adventurous ATV & Safari Park. Motif berhenti kat sini sebab nak membeli teh.

Cameron Valley Tea House 1

Memandangkan ramai orang di cafe, tak dapatlah nak mengeteh kat situ. Sekadar tengok dari tepi je ladang teh. Tapi dalam masa yang sama, hati membuak buak nak turun bawah ladang teh. Ajak juga husband turun bawah.

Sekali, ehhh..kena bayar kalau nak masuk ladang teh. Bayar pun bayarlah. Seb baiklah RM3 je. Kalau kena bayar RM50 memang taklah kan.

Cameron valley tea house price
RM3/ person

Kenalah pakai wristband ticket macam ni. Dah macam masuk waterpark, theme park bagai. Marilah kita acah-acah sweet macam honeymoon.

Cameron Valley Tea House 1

Jomlah turun ke bawah. Tengok tangga macam ni terus rasa macam nak menyesal. Tapi sebab semangat nak ambil gambar tu melebih lebih, jom turun! Turun pun boleh tahan penat juga sebab cuaca panas. Cameron Highlands dah tak sesejuk dulu.

Cameron Valley Tea House 1

Hilang penat kejap menikmati kehijauan ladang teh. Cantik permandangan dari atas ni kan. Tak jemu mata memandang.

Cameron Valley Tea House 1

Nampak ada photobooth, buang segan kejap ambil gambar sedas dua das. Jadilah untuk buat kenangan sampai sini. Nak datang sini lagi entah bila tahun entah.

Cameron Valley Tea House 1

Throwback kali terakhir bergambar di ladang teh, nak juga berdiri celah pokok teh. Walaupun panas, ku gigihkan juga.
 
Cameron Valley Tea House 1

Lighting on point, helok sangat kalau ambil gambar potrait. Kannn...

Cameron Valley Tea House 1

Tak lama berpanas kat bawah tu, naik atas semula masuk tea shop. Banyak pilihan teh yang ada. 

Cameron Valley Tea House 1

Tertarik dengan beberapa jenis bekas tin teh yang ada. Yang ni bentuk macam tea pot. Bukan sekadar bekas, tapi dalam tu ada teh sekali. Bukan tin kosong.

Cameron Valley Tea House 1

Tin ni nampak biasa je tapi kombinasi warna tu nampak menarik.

Cameron Valley Tea House 1

Yang ni terpaling menarik perhatian saya. So saya beli yang ni satu tin. Dalam dia ada teh serbuk yang dipek dalam pek aluminum foil. Balik rumah terus cuba bancuh. Rasa teh yang agak kuat dan pahit sikit. Tapi sedap!

Cameron Valley Tea House 1

Selain tu, saya beli beberapa kotak teh juga untuk dijadikan ole-ole. Sekian cerita di Cameron Valley Tea House 1 ni. Bolehlah singgah kalau nak mengeteh dan makan, beli teh dan layan permandangan ladang teh yang cantik. Tiket pun murah lagi. 

14 comments:

  1. Wah...seronoknya Fiza....
    Macam dah lama pulak tak ke CH tu..Entah bila la pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok sampai CH bila lama tak jejak. Dah lama tak pergi tu, nanti nanti plan lah ke sini mama cella :)

      Delete
  2. Dengar sekarang ni dorang nak buat ala2 winter kat CH kan..
    Nak bagi orang main skiing bagai..
    Tahun 2030 kot siap tapi xtau jadi ke tak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? 8 tahun lagi. Sesuailah tu kot datang lagi nanti. Lagi sesaklah CH nanti kan. Macam-macam adaaa...

      Delete
  3. Bestnya.. Cantik gambar celah pokok teh. Banyaknya teh yang sesuai dibuat hadiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kalau ke CH ni. Tak ambil gambar kat pokok teh tak CH lah kan. hihi...
      Terima kasih Sal. Macam-macam boleh dijadikan gift ole-ole dari CH.

      Delete
  4. Cantik gambar Fizah di ladang teh. Bekas-bekas teh pun cantik. Boleh buat koleksi pada yang berminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Nur. Bekas bekas tu memang cantik. Ikut hati nak beli semua tapi itulah bukan penggemar teh sangat. Lebih pada kopi :)

      Delete
  5. Alaaaa.... CH memang dah tak sesejuk dulu ye Fizah. Zaman Kak Amie ikut rombongan sekolah dulu selepas habis STPM memang rasa sejuknya, apalagi sewaktu singgah di GH sebelum teruskan rombongan ke Kelantan & Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kurang sejuk dah Kak Amie. Naik atas pergi kawasan atas pun sejuk biasa-biasa je. Syok tu zaman sekolah pergi naik cameron. Untung sangat tu Kak Amie. Lepas ni balik semenanjung bolehlah cuti lama naik CH sekali :)

      Delete
  6. mak aii jenuh gak pegi yg house1 ni eh?! aritu lalu je, tgk ramai gila kete park tepi2 jalan... terus x jadi... so kita gi yg hujung house 3 aje la hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. On the way turun balik tu je Kak Ret. Singgah kejap. 1&2 memang sentiasa penuh kereta kat jalan tu. Menapak jugak sikit masa pergi tu. Tapi itulah yang 3 tu saya tak perasan sangat. Kalau tahu, singgah sekali haritu masa naik buaian.

      Delete
  7. tingginya tangga...semput waktu naik..huhu...tapi kena gigih kan, bukan selalu dpt dtg sini... tin2 teh byk yg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak semput jugaklah tiba tiba kena naik tangga sebegitu banyak. Dengan tak ada workout dan tak fit. Kena gigih jugaklah naik. Slow slow banyak berhenti sambil tu ambil gambar. Kurang sikit rasa penat. hehehe...Memang cantik semua tin teh tu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.