Selamat Hari Raya Aidiladha 2022. Hari Raya Haji di sambut selama empat hari bermula dari hari ke-10 bulan Zulhijjah sudah pun masuk hari ke-empat. Di Johor cuti sekolah Hari Raya Aidiladha 2022 sampai Isnin, di beberapa negeri lain cuti sampai Selasa.
Agak lambat nak cerita kisah raya Aidiladha 2022. Balik kampung Segamat awal hari Jumaat sebab Jumaat husband cuti. Gerak lepas asar, lepas tu layan jem tanpa roti di Kuala Pilah kejap. Biar lambat asal selamat. Tak ada apa nak dikejarkan.
Hari Sabtu seharian sibuk mengemas rumah mak dan tolong mak buat persiapan hari raya. Persiapan ringkas je, mak masak rendang daging dan saya masak rendang ayam. Tak ramai yang balik jadi yang ringkas dan sikit sikit je lah. Janji ada juadah raya tu.
|
rendang daging by mak pekat memikat
|
|
rendang ayam by me |
Pagi raya lepas balik sembahyang raya terus gerak balik Kuala Pilah. Mak mentua dan adik ipar tahun ni buat ibadah korban. Sampai-sampai Kuala Pilah semuanya dah selesai. Tak ada rezeki lah nak ikut tengok sekali.
Alang-alang dah lambat, singgah kejap port favourite photoshoot kat sawah padi. Sayangnya sawah padi baru lepas dituai. Nasib baik ada padi yang tengah menguning sikit. Dapatlah bergambar berlatar belakang permandangan cantik sikit.
|
muka ada senyum. Baju kedut sejuta pun don't care! |
|
tema raya hijau itu menenangkan |
Raya Aidiladha 2022 tak ada potret raya kat depan rumah Segamat mahupun Kuala Pilah. Mood bergambar tu tak berapa nak ada. Sampai je Kuala Pilah mak baru balik dari rumah uwan lepas korban. Lepas tu sibuk nak memasak. Jadinya memang tak ada lah nak bergambar. Uniform raya pun dah bertukar.
Terpaling nikmat dapat makan sup daging fresh lembu korban! Esok paginya aktiviti mengemas rumah sebab minggu depan mak buat kenduri, bulan depan nak menunaikan ibadah umrah sekali lagi. Encik suami siap-siap lah potong rumput yang dah meninggi diri tu.
Begitulah cerita raya Aidiladha 2022. Tak banyak yang menarik. Macam sendu pun ada. Raya kurang meriah sikit sebab tak ramai yang balik kampung. Apa apa pun raya diraikan dengan penuh kegembiraan dan paling penting raya Aidiladha adalah pengorbanan.
Cantik foto potret Fiza.
ReplyDeleteCuti pendek, tu yang ramai tak dapat balik kan..
Terima kasih kak. Begitulah nampaknya. Cuti sekejap yang jauh tak dapat nak balik.
DeleteTidak apa hayati makna Aidil Adha. Rasa tahun ini menghayati makna ibadah korban.
ReplyDeleteYe, setuju tu kak wina :)
Deleterindunya pemandangan sawah padi.. :)
ReplyDelete...
Tenang rasa tengok kehijauan sawah padi, kan!
Deletemenarik jugak lah tu raya Fizah. dapat makan sedap dan dapat jumpa famili. kalau saya lagi suka raya yang tenang macam tu. haha
ReplyDeleteAlhamdulillah... Dapat juga jumpa berkumpul mana yang ada. Tak kalut senang sikit kan :)
DeleteSelamat menyambut hari raya qurban
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Qurban wak.
DeleteSalam Aidiladha kak.. saya balik megeri Sembilan tahun ni.. heehee...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha Nona. Wah...kita team Nismilan :)
Deletecantiknya rumah kpg belakang tu!
ReplyDeleteMemang cantik rumah kampung kalau dijaga elok :)
DeleteCantik gambar kat sawah padi tu.
ReplyDeleteSawah padi tak pernah tak menawan mata. Memang cantik keindahannya :)
Deletecantik gambar background padi menguning...
ReplyDeleteSawah padi memang cantik bila dipotretkan :)
Delete