Durian Udang Merah Vs Durian 101@IOI

Musim durian perlahan-lahan berlalu pergi. Tapi masih ada saki baki orang jual durian tepi jalan. Musim durian kali ni dapat jugaklah merasa durian sekali dua. Ehhh..adalah dalam 4 kali macam tu. Baru masuk musim durian haritu beli durian tembaga ke apa entah, 2 biji RM56. 

Mahal? Ye, mana ada durian murah sekarang ni. Nak makan, kita beli je lah. Tapi itulah kurang sedap rasanya tapi layankan je tekak daripada tak ada lansung. Lepas tu ada rezeki durian lain. Kebetulan anak buah baru lepas habis SPM tolong orang berniaga durian kat Segamat.

Masa nak pergi hantar durian ke Seremban ada orang order, dapatlah dia hantar ke rumah saya juga. Saya order durian kampung je. Sekali dia hantar durian udang merah dan durian 101. Rezeki sangat lah kan. Lepas kira murah murah pula tu. 

RM50 dahlah ucu, katanya. Padahal durian udang merah dan durian 101 ni sekilo RM25 kot. Mahal juga kan. Rezeki kami lah anak buah kira murah murah walaupun kerja dengan orang tapi dia bagi diskaun.

Cukuplah 4 biji untuk kami berdua. Malas nak membeli kat luar dah sebab macam kena scam je. Mentang mentang lah kita ni tak celik bab durian. Senang kena tipu. Haihhh...

Durian Udang Merah Vs Udang 101@IOI

Yang durinya tajam runcing tu namanya durian 101 atau IOI. Yang kurang tajam dan lebar sikit duriannya tu durian udang merah. 

Durian Udang Merah Vs Udang 101@IOI

Durian udang merah

Warna isinya adalah kuning jingga kemerahan dan berbentuk melengkung seperti bentuk udang merah di mana nama durian ini diambil sempena hidangan laut tersebut. Tekstur isinya cantik berkrim tetapi seringkali terlalu berair, lembik dan melekit. Ia mempunyai rasa lemak manis yang menyelerakan di mana ini menjadi faktor utama Durian Udang Merah tergolong di antara jenis durian termahal di Malaysia.

Ciri-ciri durian Udang Merah
  • Bentuknya bujur seperti bola ragbi.
  • Kulitnya berwarna perang gelap
  • Mempunyai duri yang kecil dan berjarak
  • Sukar untuk dikopek.
Tengok tu isi durian udang merah yang mengancam. Warna menarik dan rasa dia..perghhh padu! Manis dan berlemak. Terus rasa craving durian udang merah je. 

durian udang merah johor

Durian IOI

Isinya berwarna jingga kekuningan dengan ketebalan sederhana. Ia mempunyai rasa lemak manis dengan sedikit rasa pahit hampir sama seperti rasa Durian Musang King serta mengeluarkan aroma yang kuat apabila memakannya.

Ciri-ciri Durian IOI
  • Mempunyai saiz sederhana
  • Berbentuk bulat
  • Kulit berwarna hijau perang
  • Bertangkai kontot
  • Di antara keunikan jenis durian ini adalah ia mudah untuk dikopek

durian 101 atau IOI

Rasa pahit pahit dia tak keterlaluan. Boleh makan. Lapisan luar isi durian ada lapisan yang tebal sedikit.

durian 101 atau IOI

Pertama kali makan durian udang merah dan durian IOI. Antara durian udang merah dan durian IOI, saya paling suka rasa durian udang merah. Memang terbaiklah! Dua dua sama mahal harganya. 

Tapi jenis durian paling mahal yang saya tahu adalah durian black thorn. Sekilo je dah RM65 macam tu. Anak buah kata rasa durian black thorn biasa je. Dia macam gabungan rasa buah durian udang merah + durian IOI + durian musang king = durian black thorn.

Entah betul entah tidak, lidah lain-lain kan. Lain orang lain citarasanya. Teringat ingat pula rasa kesedapan durian udang merah. Tapi itulah sekarang dah habis musim durian. Kena tunggu musim durian seterusnya. Bila ek?

sumber info : https://durianbear.my/jenis-jenis-durian-malaysia/

16 comments:

  1. Belum ada rezeki merasa durian. Belum tiba musim di Borneo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Kak Amie, tiba musimnya nanti boleh makan puas² :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sangat menggoda kak Nor. Inipun rasa macam teringin je. huhu...

      Delete
  3. Bertamabh menggoda jadi durian tu lepas fiza yang tangkap gambarnya heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...bila close up, kita pun tergoda jugak tengok.

      Delete
  4. Akk kurang makan durian kali ni... balik kg hari tu aje la... asal nak beli, ada je yg kurang sihat.. nak tunggu semua sihat, durian pun dah hujung-hujung :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tak sihat, kurang selera dan dalam masa yang sama kena juga jaga kesihatan. Tunggu semua sihat baru sedap menikmati rasa durian sedap.

      Delete
  5. Kena pesan pada anak saudara nampaknya durian supaya tidak kena tipu dapat durian kurang menepati standard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sekarang dah habis musim kak. Kena tunggu musim akan datang kalau dia masih membantu lagi lah. Kena beli dengan orang yang kenal baru tak kena tipu.

      Delete
  6. ammi pun haritu teringin sangat...abahnya pun belilah 3 bijik. itu pun dh nearly rm75 harganya. apalah yang mahal sangat harga kamu ni durian ooiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila teringin sangat konon nak beli sebij dua je kan. Sekali harganya memang taknak kalah betul. Redha je lah kalau dah teringin tu kann...Bilalah nak menurun harga durian ni. huhu...

      Delete
  7. cantiknya warna isi durian udang merah tu. haih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna dia memang mengancam betul Sal. Rasa dia lagi mengancam :)

      Delete
  8. dua2 sedap..boleh try durian musang queen (tekka)..pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musang queen tak pernah cuba lagi. Harap ada rezeki dapat merasa next musim.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.