Durian Udang Merah Vs Durian 101@IOI
Musim durian perlahan-lahan berlalu pergi. Tapi masih ada saki baki orang jual durian tepi jalan. Musim durian kali ni dapat jugaklah merasa durian sekali dua. Ehhh..adalah dalam 4 kali macam tu. Baru masuk musim durian haritu beli durian tembaga ke apa entah, 2 biji RM56.
![Durian Udang Merah Vs Udang 101@IOI Durian Udang Merah Vs Udang 101@IOI](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdYlVqM3KoW2ldkQbrLQTKB_cPHhEI0bU6NbUHz1Oo4B685XmDjVM2YrA5lbXo0tIYHIbk1l6y1v_OGFB3lDy-kpeVvXycH27iSmSZCiTDcZ9PcsJyOn7gucDrp4XR6GH77paheDhLRMitJ0EJhnaJ-PYwzFIDZKadnUnNm8qKjfzAka5AFmwDL-U6wQ/s16000-rw/Durian%20udang%20merah%20vs%20durian%20101.webp)
![durian 101 atau IOI durian 101 atau IOI](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwLlFd3eudgEVm1S86dGScuteeGA1etyP4AsYVe_J1E5eIj4QDKNg0cFnJMIMUcQ_H3x3wo5Q0jcp4UkMFVQHbXmOX2s0gTKIq4JNQMlnZL3iqkSNn2NQUudyngMth4B6jgI4zdz6_MO90wsdihBNpENMj3p6KCj8bQl3r7rckhfd43mHTJGFn6Eq6vw/s16000-rw/Durian%20101.webp)
Rasa pahit pahit dia tak keterlaluan. Boleh makan. Lapisan luar isi durian ada lapisan yang tebal sedikit.
![durian 101 atau IOI durian 101 atau IOI](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1HVL5ikbrMCij8Ur4ggaKM009R9vRZwec_xi4XrEzF9rn6PVxUDt6SdvxkpkcNzy3UnXlI0QLHeINCYe71n7_q-yK89FSIpmfvgTEzmTlFCdnc2RZYwdgCHEcc_aBgjQkkXrKN0AK5C48BTjOE_mEob8Wwwvw1hpCoE9zKb7QDHr7XEtn_0MW8ejMLA/s16000-rw/Isi%20durian%20101.webp)
Pertama kali makan durian udang merah dan durian IOI. Antara durian udang merah dan durian IOI, saya paling suka rasa durian udang merah. Memang terbaiklah! Dua dua sama mahal harganya.
Entah betul entah tidak, lidah lain-lain kan. Lain orang lain citarasanya. Teringat ingat pula rasa kesedapan durian udang merah. Tapi itulah sekarang dah habis musim durian. Kena tunggu musim durian seterusnya. Bila ek?
Mahal? Ye, mana ada durian murah sekarang ni. Nak makan, kita beli je lah. Tapi itulah kurang sedap rasanya tapi layankan je tekak daripada tak ada lansung. Lepas tu ada rezeki durian lain. Kebetulan anak buah baru lepas habis SPM tolong orang berniaga durian kat Segamat.
Masa nak pergi hantar durian ke Seremban ada orang order, dapatlah dia hantar ke rumah saya juga. Saya order durian kampung je. Sekali dia hantar durian udang merah dan durian 101. Rezeki sangat lah kan. Lepas kira murah murah pula tu.
RM50 dahlah ucu, katanya. Padahal durian udang merah dan durian 101 ni sekilo RM25 kot. Mahal juga kan. Rezeki kami lah anak buah kira murah murah walaupun kerja dengan orang tapi dia bagi diskaun.
Cukuplah 4 biji untuk kami berdua. Malas nak membeli kat luar dah sebab macam kena scam je. Mentang mentang lah kita ni tak celik bab durian. Senang kena tipu. Haihhh...
![Durian Udang Merah Vs Udang 101@IOI Durian Udang Merah Vs Udang 101@IOI](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdYlVqM3KoW2ldkQbrLQTKB_cPHhEI0bU6NbUHz1Oo4B685XmDjVM2YrA5lbXo0tIYHIbk1l6y1v_OGFB3lDy-kpeVvXycH27iSmSZCiTDcZ9PcsJyOn7gucDrp4XR6GH77paheDhLRMitJ0EJhnaJ-PYwzFIDZKadnUnNm8qKjfzAka5AFmwDL-U6wQ/s16000-rw/Durian%20udang%20merah%20vs%20durian%20101.webp)
Yang durinya tajam runcing tu namanya durian 101 atau IOI. Yang kurang tajam dan lebar sikit duriannya tu durian udang merah.
![Durian Udang Merah Vs Udang 101@IOI Durian Udang Merah Vs Udang 101@IOI](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNrVsTggoLTfOOPDctgC36huPKZ5DbzUlLDnTaexXQn6lSxBeLRvFaci2iX7vADeWu37ei_qkVpHDCzLwK3Wkl8owLWxG0k1EybIb1PqnBCaeQhGXeWVkbWNxtOhDwzunLU5mEc2JQaUv2BpvBjsiE7x4Jss78XQFajcEGaKSxVk9N4dJnTSrakyPlFg/s16000-rw/Perbezaan%20durian%20udang%20merah%20vs%20durian%20101.webp)
Ciri-ciri durian Udang Merah
![durian udang merah johor durian udang merah johor](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5yNgLZYhI10oLIk1nl8d4MuvZkd6GQswdf_L4bpk5tZJllLpDmUvKlAxpB_zYi_Wj_TgND65x5teBs_uCg7s1zgRKRT8fxS4Nt0dIOR_xDShCUOsextT5r36cukDKhqsmYhjflCtfnuEoYwwqNMA70l0-6KLtvKcoiA-qfHjsg6YvT9CIdzJ6jhNl8g/s16000-rw/Durian%20Udang%20Merah.webp)

Durian udang merah
Warna isinya adalah kuning jingga kemerahan dan berbentuk melengkung seperti bentuk udang merah di mana nama durian ini diambil sempena hidangan laut tersebut. Tekstur isinya cantik berkrim tetapi seringkali terlalu berair, lembik dan melekit. Ia mempunyai rasa lemak manis yang menyelerakan di mana ini menjadi faktor utama Durian Udang Merah tergolong di antara jenis durian termahal di Malaysia.
- Bentuknya bujur seperti bola ragbi.
- Kulitnya berwarna perang gelap
- Mempunyai duri yang kecil dan berjarak
- Sukar untuk dikopek.
Tengok tu isi durian udang merah yang mengancam. Warna menarik dan rasa dia..perghhh padu! Manis dan berlemak. Terus rasa craving durian udang merah je.
![durian udang merah johor durian udang merah johor](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5yNgLZYhI10oLIk1nl8d4MuvZkd6GQswdf_L4bpk5tZJllLpDmUvKlAxpB_zYi_Wj_TgND65x5teBs_uCg7s1zgRKRT8fxS4Nt0dIOR_xDShCUOsextT5r36cukDKhqsmYhjflCtfnuEoYwwqNMA70l0-6KLtvKcoiA-qfHjsg6YvT9CIdzJ6jhNl8g/s16000-rw/Durian%20Udang%20Merah.webp)
Durian IOI
Isinya berwarna jingga kekuningan dengan ketebalan sederhana. Ia mempunyai rasa lemak manis dengan sedikit rasa pahit hampir sama seperti rasa Durian Musang King serta mengeluarkan aroma yang kuat apabila memakannya.Ciri-ciri Durian IOI
- Mempunyai saiz sederhana
- Berbentuk bulat
- Kulit berwarna hijau perang
- Bertangkai kontot
- Di antara keunikan jenis durian ini adalah ia mudah untuk dikopek
![durian 101 atau IOI durian 101 atau IOI](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwLlFd3eudgEVm1S86dGScuteeGA1etyP4AsYVe_J1E5eIj4QDKNg0cFnJMIMUcQ_H3x3wo5Q0jcp4UkMFVQHbXmOX2s0gTKIq4JNQMlnZL3iqkSNn2NQUudyngMth4B6jgI4zdz6_MO90wsdihBNpENMj3p6KCj8bQl3r7rckhfd43mHTJGFn6Eq6vw/s16000-rw/Durian%20101.webp)
![durian 101 atau IOI durian 101 atau IOI](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1HVL5ikbrMCij8Ur4ggaKM009R9vRZwec_xi4XrEzF9rn6PVxUDt6SdvxkpkcNzy3UnXlI0QLHeINCYe71n7_q-yK89FSIpmfvgTEzmTlFCdnc2RZYwdgCHEcc_aBgjQkkXrKN0AK5C48BTjOE_mEob8Wwwvw1hpCoE9zKb7QDHr7XEtn_0MW8ejMLA/s16000-rw/Isi%20durian%20101.webp)
Pertama kali makan durian udang merah dan durian IOI. Antara durian udang merah dan durian IOI, saya paling suka rasa durian udang merah. Memang terbaiklah! Dua dua sama mahal harganya.
Tapi jenis durian paling mahal yang saya tahu adalah durian black thorn. Sekilo je dah RM65 macam tu. Anak buah kata rasa durian black thorn biasa je. Dia macam gabungan rasa buah durian udang merah + durian IOI + durian musang king = durian black thorn.
Entah betul entah tidak, lidah lain-lain kan. Lain orang lain citarasanya. Teringat ingat pula rasa kesedapan durian udang merah. Tapi itulah sekarang dah habis musim durian. Kena tunggu musim durian seterusnya. Bila ek?
sumber info : https://durianbear.my/jenis-jenis-durian-malaysia/
Belum ada rezeki merasa durian. Belum tiba musim di Borneo.
ردحذفTakpe Kak Amie, tiba musimnya nanti boleh makan puas² :)
حذفtgk isi menggoda btl..:)
ردحذفSangat menggoda kak Nor. Inipun rasa macam teringin je. huhu...
حذفBertamabh menggoda jadi durian tu lepas fiza yang tangkap gambarnya heheh
ردحذفHehe...bila close up, kita pun tergoda jugak tengok.
حذفAkk kurang makan durian kali ni... balik kg hari tu aje la... asal nak beli, ada je yg kurang sihat.. nak tunggu semua sihat, durian pun dah hujung-hujung :(
ردحذفBila tak sihat, kurang selera dan dalam masa yang sama kena juga jaga kesihatan. Tunggu semua sihat baru sedap menikmati rasa durian sedap.
حذفKena pesan pada anak saudara nampaknya durian supaya tidak kena tipu dapat durian kurang menepati standard.
ردحذفTapi sekarang dah habis musim kak. Kena tunggu musim akan datang kalau dia masih membantu lagi lah. Kena beli dengan orang yang kenal baru tak kena tipu.
حذفammi pun haritu teringin sangat...abahnya pun belilah 3 bijik. itu pun dh nearly rm75 harganya. apalah yang mahal sangat harga kamu ni durian ooiiii
ردحذفBila teringin sangat konon nak beli sebij dua je kan. Sekali harganya memang taknak kalah betul. Redha je lah kalau dah teringin tu kann...Bilalah nak menurun harga durian ni. huhu...
حذفcantiknya warna isi durian udang merah tu. haih.
ردحذفWarna dia memang mengancam betul Sal. Rasa dia lagi mengancam :)
حذفdua2 sedap..boleh try durian musang queen (tekka)..pun sedap..
ردحذفMusang queen tak pernah cuba lagi. Harap ada rezeki dapat merasa next musim.
حذف