Gila Asam Pedas Pulak Dah!

Betullah peribahasa mengatakan "Tak kenal maka tak cinta". Dulu jual mahal tak suka makan asam pedas. Sekarang mencari cari asam pedas! Sejak suka dengan rasa asam pedas power Melaka, terus dah cop mohor asam pedas tu sedap rupanya.

Konon nak repeat lah makan asam pedas Melaka. Tak kesampaian nak repeat bila encik suami dah full time Isnin-Jumaat. Tak dapatlah nak berfoya-foya hari bekerja. Nak pergi hujung minggu memang taklah. Tahulah Melaka tu kalau jem padat macamana kan.

Tak dapat ke Melaka, dapat juga makan asam pedas claypot UDA PD di Port Dickson. Asam pedas jenis kuah pekat. Tak tahu lah asam pedas Melaka ke Johor ke memang asam pedas Negeri Sembilan yang asli. Yang penting rasa dia sedap menepati selera.

Bila teringin, nak pergi PD tu taklah jauh mana tapi kemalasan tu nak pergi tu melebihi segalanya. Carilah kedai asam pedas di sekitar Seremban. Cuba lah beli asam pedas di Resto Selera Nogori Oakland, Asam Pedas Claypot Sikamat dan Asam Pedas Dapo Omak Den.

Ketiga-tiga asam pedas tu sedap jugalah. Rasa dan kepekatan kuah tu berbeza. Tapi tak boleh lawan kesedapan asam pedas di Melaka dan PD tu lah. Mungkin sebab saya bungkus jadi kurang sikit kot rasanya. Kalau makan kat kedai mungkin sedap lagilah kot.

Setiap kali order, saya akan order ikan kembung je. Ikan pari, tetel daging, telur mayong memang saya tak makan. Ikan tenggiri macam kurang minat sikit. Bila order saya akan request kuah lebih. Sebabnya kuah lebih tu saya akan simpan untuk saya masak ikan lain nanti.

Cara saya, rebus ikan lepas tu buang air rebusan. Masukkan kuah asam pedas dan masukkan sayur bendi. Tunggu masak kejap. Siap! Senang dah ada kuahnya. Boleh makan bila teringin. Tapi untuk sekali makan esoknya lah. Taklah sampai berminggu. Simpan sehari je buat lepas mengidam makan asam pedas.

Asam Pedas

Tengok kejadian dalam periuk acah-acah macam pandai masak asam pedas kan. Acah-acah je mampu. Nak masak sendiri tak pandai. Dah cuba sekali dua, tetap jadi penggagal pemasak asam pedas. 

Kalau beli asam pedas, mesti didatangkan dengan ulam timun dan telur masin. Kadang ada sayur kubis. Memang regu asam pedas ada timun dan telur masin ke macamana? Tolong jawab sikit siapa penggemar asam pedas.

Tak tahulah kenapa gila asam pedas pulak dah! Nak kata mengidam tu taklah. Sekarang tengah gila kita layankan je tekak. Esok esok dah jemu, pandang pun tak lalu. Kan...

22 comments:

  1. Haah selalu regu telur asin, ulam timun atau sayur kobis.
    Hehe nasib baik jumpa yang dekat. Melaka memang azab jemnya. Kitorang yang duduk Melaka pun tidak jalan-jalan cari makan hujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh memang itulah regu dia. Mujur gak ada yang dekat buat lepas teringin makan. Itulah pasalnya kak. Buang masa dengan jem je lah nanti. Bila je Melaka tak sesak kan...

      Delete
  2. Layan jew selera kalau tengah gila Fizah...hahahaaa. Kelakar pula Kak Amie baca entri Fizah ni. Esok lusa kalau dah jemu, cari menu lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah tu, melayan anak tekak bila ada selera makan. Selalu macam tu lah, dah jemu nanti memang tak lalu pandang dah.

      Delete
  3. Hehe.. dah terjebak dengan asam pedas pula ye, Fizah. Sedap ni, akak semua jenis ikan yang dimasak asam pedas, akak layan. Tapi akak jarang masak lauk ni. Beli saje, bila teringin. Eh, kalau kurang jadi masak sendiri, kan ada jual pes asam pedas, Fizah. Hehe.. yang Brahim punya pun ok jugak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya begitulah. Tak tahu bila datang jemunya. Saya lagilah tak pandai, tahu beli je. hehehe...Pes macam kurang kick sikit kak. Kena masak fresh jugak sedap kalau ikut tekak sayalah :)

      Delete
  4. Melihatnya saja sudah bikin huh hah, apalagi merasakannya. Saya sedikit suka pedasnya, tapi kalau asamnya tidak terlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok makanan sedap dah tentu terliur gitu kan. Ohh suka pedas dari masam ya.

      Delete
  5. Akk pun suka asam pedas, esp tetel dgn telur ikan 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, lain selera kita..hehe..lain orang lain selera :)

      Delete
  6. Masak sendiri gulai asam pedas memang puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tapi itulah wak, saya tak pandai kena beli je lah.

      Delete
  7. Tengah selera, makan je la Fizah. Hehe. Sedapnya... Nak buat asam pedas daging kelmarin tapi trngok resepi ada bahan tak cukup pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..macam tu lah nampaknya naniey. Selagi ada selera nak makan. Kalau kurang bahan macam tak sedap pulak nanti kan. Kena cukup bahan baru best!

      Delete
  8. Saya kalau makan asam pedas, regu dengan bendi yang dah masak sekali. Jarang cari sayur lain. Tapi tu saya lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya macam tu lah kan Sal. Itu yang tanya tu memang regu dia macam tu ke sebab setiap kali order mesti dapat timun dan telur masin.

      Delete
  9. Lamanya akak x pi PD.... last pergi awal tahun ni kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti boleh plan cuti lama sikit kak kat PD :)

      Delete
  10. Replies
    1. Asam pedas dan nasi putih panas panas lagi padu KakSha.

      Delete
  11. Melaka mmg terkenal dgn asam pedas yg sedap. Saya pulak suka ikan pari / ikan merah. Makan dgn telur masin & ulam2an mmg boleh bertambah nasi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, itu yang terus jatuh cinta dengan asam pedas Melaka yang sedap. Hehe..regu sedap dengan asam pedas katakan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.