Hari Raya Aidiladha 2022
Hari Raya Aidiladha dikenali juga dengan nama Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Tarikh Hari Raya Haji/ Hari Raya Aidiladha 2022 di Malaysia disambut pada hari Ahad 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Setelah mendengar kata-kata dari ibunya, Nabi Ismail berkata kepada bapanya,
Justeru, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai manusia, Nabi Ibrahim pun menggeletar sambil membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan perintah dari Allah SWT.
Umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan sebagai korban dengan niat mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mencerminkan sifat ketakwaan dan ketaatannya kepada Allah SWT demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Sebagai seorang Islam, seharusnya kita menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.
Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan demi kelangsungan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang besar dan amat sukar dizahirkan.
Ibadah haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia pula seperti, apabila seorang suami berkorban jiwa dan raganya demi mencari rezeki dan membimbing keluarganya.
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji / Korban adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)
Cuti hari raya haji 2022 merupakan cuti umum dan cuti sampai hari Selasa 12 Julai 2022 untuk beberapa negeri. Bila cuti hujung minggu agak panjang ditambah cuti raya, dapatlah bercuti lama sikit di kampung. Wish awai tak kalut. Raya pun kalut macam panic raya Aidilfitri haritu.
Indah langit kerana awan
Indah laut kerana birunya
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana PENGORBANAN
Aidiladha, nilai sebenar sebuah PENGORBANAN
Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji sempena ibadah haji yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan di tanah suci Mekah.Hari Raya Aidiladha salah satu perayaan yang istimewa disambut oleh umat Islam seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, dan solat sunat Aidiladha apabila menjelang pagi serta disusuli khutbah Aidiladha.
Tarikh 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam A.S dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu di padang Arafah, di luar kota Mekah.
Kebiasaanya, sambutan seterusnya diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada bermula 10 hingga hari siang 13 Zulhijjah.
Kebiasaanya, sambutan seterusnya diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada bermula 10 hingga hari siang 13 Zulhijjah.
Erti pengorbanan hari raya aidiladha
Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah SWT, manakala dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.Selain itu, ibadah korban yang dikerjakan pula adalah sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S kerana ketaatannya terhadap perintah Allah SWT di mana Nabi Ibrahim telah bermimpi yang melalui mimpinya Allah SWT telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail.
Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail.
Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail.
Siti Hajar berkata,
Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.
Setelah mendengar kata-kata dari ibunya, Nabi Ismail berkata kepada bapanya,
Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Nabi Ismail untuk disembelih.
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuatkan orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri.
Walau apa pun tuduhan terhadapnya, Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya

Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelingkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.
Justeru, Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai manusia, Nabi Ibrahim pun menggeletar sambil membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan perintah dari Allah SWT.
Kelebihan Hari Raya Aidiladha
Susulan dari peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha, umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan sebagai korban lalu mengagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan selain masyarakat setempat.Umat Islam akan menyembelih binatang peliharaan sebagai korban dengan niat mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mencerminkan sifat ketakwaan dan ketaatannya kepada Allah SWT demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangannya sendiri. Sebagai seorang Islam, seharusnya kita menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.
Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan demi kelangsungan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang besar dan amat sukar dizahirkan.
Ibadah haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup mengorbankan masa, tenaga dan belanja untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia pula seperti, apabila seorang suami berkorban jiwa dan raganya demi mencari rezeki dan membimbing keluarganya.
Juga tidak terkecuali pengorbanan seorang isteri itu terhadap suami dan anak-anak dengan usaha memastikan setiap keperluan dan pengurusan rumahtangga teratur agar kebahagian terus dikecapi keluarganya.
Bagi seorang ibu pula, berjaga semalaman kerana prihatin terhadap keperluan anak yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali bagi ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Biar pun kelihatan kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.
Dalam aspek kemasyarakatan, mereka yang bersikap ringan tulang dengan saling bantu membantu bukan sahaja akan mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain, malah kesanggupan berkorban dalam banyak hal pula mampu mewujudkan suasana sejahtera di dalam sesebuah komuniti masyarakat.
Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam lebih kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari terus mempengaruhi masyarakat.

Namun pengorbanan itu haruslah dengan setinggi-tinggi keikhlasan kerana Allah SWT iaitu demi mendapat keredhaan Allah, bukan dengan tujuan bermegah-megah demi kepentingan sendiri. Juga harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan.
Kebiasaanya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Sambutan Hari Raya Aidiladha
Pada hari raya korban, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri. Umat Islam akan menunaikan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.Kebiasaanya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.
Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmah disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, Acara korban akan dimulakan.
Manakala bagi Aidiladha, hikmah disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, Acara korban akan dimulakan.
Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Semoga Aidiladha kali ini memberi sejuta makna buat seluruh umat Islam. Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah korban.
sumber : www.umt.edu.my | www.airtimes.my
sumber : www.umt.edu.my | www.airtimes.my
Selamat Hari Raya kak..
ReplyDeleteSelamat Hari Aidiladha Kinah :)
DeleteSelamat hari raya Aidil Adha buat Fizah dan suami.
ReplyDeleteSelamat Hari Aidiladha Kak Amie dan family :)
DeletePengorbanan Nabi Ibrahim diberi ganjaran dengan Nabi Ismail masih hidup.
ReplyDeleteBetul, besar pengorbanan.
DeleteSalam Aidiladha Fiza. Nabi Ibrahim berjaya mengorbankan rasa kepemilikan manusia itu sebenarnya. Kita sebagai manusia tidak patut ada rasa memiliki kerana semuanya hanyalah pinjam-pinjaman daripada Allah SWT.
ReplyDeleteSalam Aidiladha.
DeleteBetul tu kak, semuanya milik Allah SWT.
Salam AidilAdha Fiza..
ReplyDeleteComel je lukisan tu
Salam Aidiladha Aini...
DeleteComel kan lukisan tu. Hebat anugerah pelukis tu :)
Salam Aidiladha fiza, maaf baru sempat wish ^_^
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha Shida :)
Deletepengorbanan lambang ketakwaan....tak jemu baca kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail..
ReplyDeletePengorbanan yang besar demi mengikut perintah Allah SWT.
Delete