Sebelum Naik Cameron Highlands Singgah Sebentar Di Lata Iskandar
Sempena birthday encik suami, saya plan nak pergi bercuti. Tapi dah nak sampai masanya masih tak tahu nak bercuti kat mana. Jadi satu masalah pula sebab tak tahu nak kemana. Kejap rasa macam nak pergi Melaka. Kejap macam nak pergi Mersing, kejap nak pergi Port Dickson, kejap nak pergi Cameron Highland. Ahh sudah..mana satu nak pergi taktau!
Hujung hujung saya cakap dengan encik suami kita pergi Cameron Highland je lah. Kali terakhir pergi Cameron Highland tahun 2014. Lama dah! Kiranya pilihan yang tepat lah kita pergi Cameron Highland.
Esoknya 30 Jun birthday suami, 29 Jun baru booking hotel. Sebenarnya memang nak booking last minit dapatlah murah sikit kalau ada rezeki. 2-3 hari jugalah survey hotel best Cameron Highland. Baca latest review sekali.
Alhamdulillah rezeki birthday encik suami, dapatlah booking 1 bilik. Itupun 2 room left macam tu. Stay hotel mana, nanti saya review next entry okay.
Lepas solat subuh, tak sarapan apa terus gerak. Sarapan dalam perjalanan je lah berbekalkan roti beli dekat RNR. Malas nak lewat lewatkan perjalanan sebab takut jem sampai atas nun. Faham fahamlah Cameron Highland kalau dah jem macamana kan.
Pergi masa weekdays pun tak menjamin tak jem. Tetap jem jugak okay! Sekarang ni tak kira weekday atau weekend sama jemnya kat mana-mana. Tapi weekend lagi dasyatlah jemnya. Masing masing macam balas dendam dah lama tak bercuti agaknya asyik PKP dan PKP sejak COVID-19 melanda.
Kami gerak lebih kurang dekat pukul 8:00 pagi dari Seremban. Sampai di Air Terjun Lata Iskandar (Lata Iskandar Waterfall) lebih kurang pukul 12:00 tengah hari. Berhenti 2 kali pergi toilet dan isi minyak. Rasanya ini kali kedua jejak Lata Iskandar. Ada sekali naik Cameron Highland lalu je tak berhenti singgah.
Singgah pun tak lama. Lebih kurang 10-15 minit lepas puas hati ambil gambar. Orang ramai boleh tahan juga. Ada juga yang singgah mandi manda. Budak budaklah yang suka main air. Ada kejadian yang tak diingini terjadi.
Tragedi Jun di Lata Iskandar
Saya punya mask chain tertanggal, minta tolong encik suami pinkan magnet tu semula. Masa tu kat tepi laluan. Encik suami tak perasan ada lumut tebal situ. Bila dia ketepi tak sempat nak pinkan magnet tu dia tergelincir terpijak lumut tu. Allahuakbar. Berderau darah bila dia jatuh dan orang lain menjerit Ahhh ramai ramai sebab terkejut benda jadi depan mata.Encik suami rileks je. Saya yang risau lebih. Ye lah kan, apa apa jadi risau lah. Mujur lah tak luka ke apa. Hanya tergelincir, tapak tangan dan seluar kotor kena lumut tebal. Kalau pergi tempat yang lembap dan berair tu kena berhati-hati.
Mandi air terjun pun kena hati hati pijak batu, takut licin. Bahaya juga tu. Syukur jugalah tak luka atau sakit. Tempat jatuh lagikan dikenang, sempat ambil gambar tempat kejadian.
Lata Iskandar Waterfall entrance fee
Lata Iskandar Waterfall entrance fee FREE je. Yang susahnya nak cari parkir kereta. Kalau ada kosong tu bernasib baiklah. Dahlah jalan kecil dan kenderaan lalu lalang banyak. Kena lebih berhati hati.Lata Iskandar Tapah atau Lata Iskandar Cameron Highland? Sebenarnya Lata Iskandar Tapah, Perak. Dah naik atas Cameron Highland tu baru masuk negeri Pahang. Kalau ke Cameron Highland ikut lalu Tapah-Cameron Highlands bolehlah singgah di Lata Iskandar ni. Cuma jalan dia berliku-liku lah.
Kalau dari utara lagi senang ikut lalu Simpang Pulai lebih elok jalannya. Selesa dan selamat. Kita dari Selatan ni memang ikut Tapah lah kan, takkan nak naik atas lepas tu patah balik. Ada lagi satu air terjun yang popular iaitu Lata Kinjang. Tapi saya tak pernah sampai situ lagi.
Sepanjang jalan menuju ke Cameron Highlands layan jalan berliku dan kena berhati hati drive. Ada kenderaan yang dipacu laju. Ada tu yang dekat selekoh pun nak memotong sampai membahayakan nyawa orang lain. Ish ish ish...
Selain jalan berliku, kiri kanan laluan ada juga orang asli di Cameron Highlands yang menjual pelbagai hasil hutan macam buah durian (mungkin tengah musim durian), petai, rebung dan ada juga hasil kraftangan.
Ikutkan hati memang nak je mandi di Air Terjun Lata Iskandar ni. Tapi fikirkan faktor umur dan tak ada kelengkapan mandi. Kita jamu mata je lah ye. Tenang melihat keindahan alam flora dan kehijauan ni. Cantik betul Air Terjun Lata Iskandar ni.
Jangan ingat ni tak ada orang ye. Sebenarnya ada orang, saya edit padam orang tersebut. Sekali imbas mungkin tak perasan di edit. Nanti ingat tak ada orang pula datang sini.
Gambar bawah ni kalau nak edit jenuh juga. Barulah nampak ramai sikit. Sekadar nak basah kaki, anak nak mandi sejukkan badan boleh mandi tempat cetek tu. Tapi awas kena hati hati dengan batu licin kat situ.
Walaupun singgah sekejap, best juga. Jadi, sebelum naik ke Cameron Highlands ikut laluan Tapah-Highlands tu singgah sebentar di Lata Iskandar. Rugi kalau tak singgah alang-alang dah lalu tu. Percuma je!
Lepas tu kemana? Tunggu next entry!
Things to do in Cameron Highlands
- Mandi manda di Lata Iskandar
- Naik buaian, ATV di Cameron Adventurous ATV & Safari Park
- Cameron Lavender Garden
- Cameron Flora Park
- Cameron Centrum Brinchang
- Hotel Avillion Cameron Highlands
haaa kitrg aritu tak dapat nk singgah.. dgn kete byk... nk cr parking pun susah... dgn uyum nk muntah nya hahahah...
ReplyDeleteItulah tu. Haritu ada rezeki ada satu parkir kosong. Susah jugak kalau nak singgah tapi parkir takde. huhu..kena repeat pergi CH ni KakRet :)
DeleteDah lama tak singgah Lata Iskandar sebab dah tak lalu Tapah. Dulu2 kalau singgah sini tak pernah lagi nampak orang mandi-manda.
ReplyDeleteAduhai..cuak jugak bila encik suami Fiza terjatuh tu. Syukur tak ada apa2.
Sejak ada jalan simpang pulai tu dah kurang orang ikut Tapah dari utara. Budak budak je nampak mandi kat situ. Alhamdulillah hanya sekadar jatuh dan kena kotor sikit.
DeleteNasib baik suami Fiza tidak apa-apa.
ReplyDeleteJalan sana memang mencabar. Aduh masa bertembung kereta di laluan bertentangan rasa berdebar. Nasib baik, kena cermat bawa kereta.
Syukur sangat tak ada apa². Ada je kenderaan laju macam apa kak, ada jadi depan mata kenderaan memotong laju di selekoh sampai kenderaan dari depan terbabas. Kena extra careful drive. Kadang silap orang lain kita jadi mangsa.
Deleteharitu kami lalu je x singgah sebab terlalu ramai org juga time tu..
ReplyDeleteKalau ramai tak ada parkir meemang susahlah nak singgah sini shida. Kebetulan juga haritu ada parkir kosong.
Deletepernah drive ikut jalan ni ke CH, mmg layan liku-liku kehidupan dia...really test your driving skill...haha..
ReplyDeleteKalaulah jalan berliku tu tak ada, mesti syok sampai atas dengan cepat. Memang mencabar drive jalan berliku macam tu. Saya tak berani nak drive sini. huhu...
Delete