Meriahnya Pantai Bagan Lalang (Sepang Gold Coast)
Dah puas menikmati angin bayu laut Pantai Morib Banting, kami gerak ke Pantai Bagan Lalang pulak. Macam buat lawatan pantai ke pantai pulak dah. Rindu bau laut, rindu nak tengok laut, rindu nak dengar ombak laut. I need vitamin sea!
Suasana Pantai Bagan Lalang jauh lebih meriah dan lagi ramai umat manusia. Mujur dapat juga parkir yang dekat dengan pantai.
Di pantai Morib hanya sekadar duduk di tembok, berkhemah tepi pantai tapi tak dapat mandi manda. Tapi di Bagan Lalang Sepang ni banyak aktivitinya seperti :
Di pantai Morib hanya sekadar duduk di tembok, berkhemah tepi pantai tapi tak dapat mandi manda. Tapi di Bagan Lalang Sepang ni banyak aktivitinya seperti :
- Berkhemah
- Berkelah
- Main layang-layang
- Mandi laut
Itu dari permerhatian saya lah. Mungkin ada aktiviti lain lagi kat sini. Bila ramai orang macam ni rasa tak tahu nak selit celah mana. Tak selesa juga kalau duduk dekat-dekat dengan kelompok yang ramai. Kebanyakkannya yang datang sini berkelah dengan keluarga.
Ada bermacam-macam jenis jualan di tepi Pantai Bagan Lalang. Sempat jugalah kami mengopi tepi pantai. Kalau ada kerusi lipat duduk kejap tepi pantai pun syok jugakkan. Tapi tak ada. Makanya, kami singgah sekejap je lah.
Next time boleh datang berkelah pulak. Tapi rasa macam jauhlah pulak nak kesini. Pantai Bagan Lalang ni luas kawasannya. Sebab tu orang ramai suka datang sini. Kebersihan pantai pun di tahap yang bagus jugalah.
Berdekatan Pantai Bagan Lalang ada chalet. Ke resort entah. Macam best juga kalau menginap di Chalet tepi Pantai Bagan Lalang ni. On the way ke Pantai Bagan Lalang ni saya perasan ada kedai makan dan kedai ikan bakar berhampiran. Menginap hotel, resort, chalet sekitar Bagan Lalang bolehlah cuba makan kat sini.
Berdekatan Pantai Bagan Lalang ada chalet. Ke resort entah. Macam best juga kalau menginap di Chalet tepi Pantai Bagan Lalang ni. On the way ke Pantai Bagan Lalang ni saya perasan ada kedai makan dan kedai ikan bakar berhampiran. Menginap hotel, resort, chalet sekitar Bagan Lalang bolehlah cuba makan kat sini.
Kena beli kerusi lipat masa buat lawatan pantai ke pantai ni…best sambil minum kopi sedap pulak tu 😀
ReplyDeleteBest kalau ada kerusi lipat. Boleh lepak lama kat sini. Gerai jualan kopi pun ada banyak juga pilihan. Meriah betul.
Deletesedapnya mengopi tepi pantai kan. selalu yang ada kerusi gitu private beach je. tempat awam macam ni takut tak terjaga
ReplyDeleteKann..kalau ada letak lounge chair tak tahu lah berapa lama boleh tahan. Nak feel gitu kena bawa sendiri lah nampaknya kan.
Deletesaya pernah bawak mak saya ke sini, dia cakap pantai nya air keruh.. haha
ReplyDeletePerasan juga airnya agak keruh juga. Tapi itulah ramai je budak budak mandi kat situ.
DeletePantai kat pantai barat memang mostly keruh sebab ia tertutup geografinya (Berjiran dengan Indonesia). Ianya adalah pantai selat (Selat Melaka) dan bukan pantai laut dalam. Airnya takkan nampak biru2 belaka dan pasirnya takkan nampak putih2 belaka.
DeleteTerima kasih untuk infonya.
DeleteHaaa ni mesti tak tau yang Pantai Morib ada dua, Pantai Morib lama dan Pantai Morib baru. Yang bertembok tu lama. Ia mengalami hakisan jadi diperkuatkan tembok dan ditambah penghapus ombak. Ombak kat situ kuat2 dan kalau air pasang boleh naik smpai atas, melebihi tembok. Untuk elakkan kemalangan apa2 mmg takde aktiviti mandi manda. Waktu saya kecik2, masih boleh turun tembok dan bermandi manda kat situ. Sekarang tak boleh. Tak jauh daripada pantai lama ada pantai baru yang tak bertembok dan sedikit landai. Ombak tak kuat dan hakisan tak tinggi. Boleh buat mandi manda smpai sekarang. Jalan masuknya mcm hutan. Kalau perasan ada satu simpang bila keluar drpd pantai baru nak ke Kg. Kelanang. Simpang betul2 kat belokan jalan tu. Tepinya kiri dan kanan mcm bersemak samun tapi itulah pantai baru. Namanya pantai baru tapi dah berpuluh tahun dah sebenarnya cuma tak berapa dibangunkan sangat. Tapi sekarang dah cantik sedikit, ada ruang utk peniaga yang proper, dan tandas awam utk mandi. Directly jalan bersambung dengan pantai. Parking kereta betul2 atas pasir. Sekarang pun dah ramai sangat pengunjung bila hari Sabtu Ahad. Saya orang lokal pun pernah berjam2 traffic jam kat pantai tu. Bayangkan ada traffic jam kat pantai haha.
ReplyDeleteTerima kasih untuk penerangannya.
Delete