NEEDS Keratin Hair Spray Serum Jadikan Rambut Lembut Dan Wangi
Kuat sungguh pengaruh TikTok ye. Dulu bahaya shopee, sekarang bahaya buka aplikasi TikTok. Cepat betul terpengaruh dengan review TikTokers, terus cari kat Shopee sebab nak bandingkan harga dan survey dulu.
TERberkenan dengan NEEDS keratin hair spray serum ni. Asyik lalu lalang kat FYP (For You Page) je. Mana tahan selagi tak beli. Lalu add to basket first lah. Ada bajet, terus membeli.
NEEDS keratin hair spray serum ada 3 jenis warna, setiap warna berbeza bau tapi fungsi dia sama iaitu merawat rambut.
Terpaling fungsi untuk dapatkan rambut lembut dan wangi. Bukan sekadar melembutkan dan mewangikan rambut je katanya. Itu yang mudah terpengaruh tu. Saya dah tentu lah pilih warna pink, sihatimerahjambu kan. Bau dia memang sweet.
NEEDS keratin hair spray serum sesuai untuk rambut rosak seperti di atas. Boleh digunakan untuk rambut lurus mahupun keriting.
Botol dia comel je tapi fungsi ya amat! Rambut pun dah kurang gugur di lantai. Tahu je lah rambut perempuan ni boleh merata dia pergi seluruh lantai. Jenuh nak sapu hari hari kadang. Dah kurang gugur ni lega lah sikit. Boleh bagi feedback positif lah kiranya kan.
TERberkenan dengan NEEDS keratin hair spray serum ni. Asyik lalu lalang kat FYP (For You Page) je. Mana tahan selagi tak beli. Lalu add to basket first lah. Ada bajet, terus membeli.
NEEDS keratin hair spray serum ada 3 jenis warna, setiap warna berbeza bau tapi fungsi dia sama iaitu merawat rambut.
NEEDS keratin hair spray serum
- Purple : Strong sweet lavender
- Sugar Rush (pink) : Strong sweet cotton candy
- Candy Crush (blue) : Soft sweet apple candy
Terpaling fungsi untuk dapatkan rambut lembut dan wangi. Bukan sekadar melembutkan dan mewangikan rambut je katanya. Itu yang mudah terpengaruh tu. Saya dah tentu lah pilih warna pink, sihatimerahjambu kan. Bau dia memang sweet.
What is a good smoothing serum for hair
- Kaya dengan Vitamin E (Rich in Vitamin E)
- Melembapkan rambut (Moisturizes Hair)
- Mengawal rambut gugur (Control Hair Loss)
- Memperbaiki rambut bercabang (Repair Split Ends)
- Menggalakkan pertumbuhan rambut (Boost Hair Growth)
- Pelindung haba (Heat protectant)
NEEDS keratin hair spray serum sesuai untuk rambut rosak seperti di atas. Boleh digunakan untuk rambut lurus mahupun keriting.
NEEDS keratin hair spray serum ingredients
- Castor Oil
- Deionized
- Water Polyquarternium-39
- Vitamin E
- Keratin Panthenol
- Dimethicone
- Fragrance
- Citric Acid
- Methylchloroisothiazolinone
How to use NEEDS keratin hair spray serum
- Goncang sebelum digunakan. (Shake well before use)
- Gunakan semasa rambut masih lembap. (Use on damp hair)
- Semburkan pada rambut. (spray all over the hair from lengths to ends) * Pastikan tidak terkena pada kulit kepala
Disarankan guna setiap hari selepas cuci rambut.
Selepas cuci rambut, agak agak nak kering tu saya baru spray pada rambut. Gembur gembur sikit rambut. Ehh.macam tanah pula nak digembur-gembur. Tak jumpa perkataan yang sesuai. Lepas tu guna jari pun boleh sikat-sikat rambut.
Beberapa minit lepas tu, terus rambut macam, wow! lembutnya rambut. Dari rambut rata terus macam ber volume. Dahlah lembut, wangi pulak tu! Haishhh..senang betul cairkan hati kita.
selepas digoncang |
NEEDS Keratin Hair Spray Serum
WM RM29.90 | EM RM31.90
Tapi ada juga sisi gelap NEEDS keratin hair spray serum ni yang saya kurang berkenan. Lepas sembur tu, lebihan spray yang jatuh ke lantai akan buatkan lantai jadi licin. Terpaksa lap.Licin yang ada potensi bakal terjatuh. Lebih baik spray dalam bilik air, lepas tu boleh bilas lantai dengan air sabun.
Lagi satu yang tak bestnya, spray tu tak mesra pengguna. Susah nak tekan penyembur tu. Selepas beberapa kali guna, ada part tertanggal dalam spray tu. Last-last tak boleh guna penyembur tu kena ganti baru.
Sementara nak ganti spray baru, saya curahkan pada tapak tangan dan sapu-sapu pada rambut. Dah terdesak sangat terpaksalah buat cara macam tu.
Spray ni didatangkan sekali dengan lock spray. Jadi, tak ada istilah tertekan atau leaking bila letak dalam beg travel. Okaylah, cuma spray dia tu kena impove sikit supaya lebih mudah nak spray.
ada nampak jugak shampoo ni dekat Twitter. Simple je botol dia macam brand M&S. semoga ejen dia baca entry ni supaya nampak apa yang boleh ditambahbaik
ReplyDeleteNi serum rambut. Ada juga rangkaian yang lain. Simple sangat botol dia tapi okaylah dengan harga dan hasilnya. Haraplah ada improvement.
Deleteracun tiktok lagi bahaya tau mana dengan background music la, filter lah. adeh
ReplyDeleteBiasanya fokus pada produk dulu. hehehe...
Delete