Puasa Sunat Hari Arafah 2022

Puasa Sunat Arafah 2022 Malaysia jatuh pada hari Sabtu 9 Julai 2022 bersamaan 9 Zulhijjah 1443Hijrah. Tarikh Hari Arafah juga sama dengan tarikh wukuf di Arafah yang merupakan kemuncak umat Islam menunaikan ibadah haji.

Waktu wukuf di Arafah
12.26pm waktu Zohor di Arafah (Mekah) 8 JULAI 2022bersamaan 5.26pm waktu Malaysia

Hari Raya Aidiladha akan disambut pada hari Ahad, 10 Julai seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Umat Islam dianjurkan puasa sunat Tarwiyyah  pada hari kelapan Zulhijjah iaitu Jumaat dan puasa sunat Arafah pada Sabtu.

Puasa sunat pada Hari Arafah
sumber : mysumber

Alhamdulillah syukur rakyat Malaysia  berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ni setelah 2 tahun dibekukan ketika COVID-19 melanda.

Puasa Sunat Arafah

Puasa Hari Arafah adalah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Niat Puasa Hari Arafah

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى*
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.

atau 
1. Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala
2. Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:“Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Doa Arafah



عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ


Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata :
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?- [Sahih Muslim No. 3354]. Status : Hadis Sahih
sumber : Ustaz Don

Kelebihan puasa hari arafah

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: 

Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.- Hadis riwayat Muslim

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: 

Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang. - Hadith Riwayat Imam Muslim

Rasulullah SAW juga bersabda:

Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.

 

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.