Rumput Helikopter Bunga Putih Bukan Sekadar Rumput Biasa

Baru-baru ni perasan ada pengguna facebook share rumput helikopter untuk parvo kucing. Baru tahu rumput helikopter ni rupanya ada kegunaanya. Ada khasiat rumput helikopter untuk manusia. Selain itu, rumput helikopter untuk kucing dan anjing yang ada sakit parvo, selsema atau demam boleh dirawat.

Rumput helikopter

Rumput helikopter bunga putih ni juga dikenali dengan nama rumput pendul, rumput kepala lalat, rumput mata lalat, jukut pendul, sui wu gong, bosikad dan pakopako. Mempunyai batang tunggal dan daunnya 3 helai. Sebab itulah dipanggil rumput helikopter agaknya lah.

Rumput helikopter sejenis herba yang baik untuk kesihatan dan tenaga lelaki dan wanita. Rumput helikopter biasanya tumbuh meliar di kebanyakan kawasan. Mudah ditemukan di halaman rumah, taman, tepi parit, kawasan berlumpur, padang atau kawasan lapang yang terbiar. Tumbuh dalam bentuk serumpun. 

Rumput ini tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari

Dalam konteks taburan populasi, tumbuhan ini ditemukan di Amerika Syarikat, Afrika, Madagaskar, India, China, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia, Australia, dan kepulauan Pasifik. Tergolong dalam keluarga Cyperaceae. 

Selain jenis rumput helikopter bunga putih, ada juga rumput helikopter bunga hijau. Nampak ada tumbuh depan rumah mak di kampung, saya potretkan dia sebelum dipotong. 

Saya tak pasti cara tanam rumput helikopter ni sebab bukan di tanam, tumbuh meliar tanpa sengaja dan tanpa kawalan. Tahu-tahu banyak je depan halaman rumah mak. Mungkin ada yang tanam untuk tujuan perubatan. 

Rumput helikopter ni macam jarang nampak. Dulu-dulu masa kecik suka cabut. Lepas tu kepitkan pada kedua-dua tapak tangan, geser dan lepaskan. Nanti dia berpusing macam helikopter. Pernah main macam tu tak?

rumput helikopter bunga putih

Rumput helikopter untuk kucing dan cara masak rumput helikopter

Kalau ada kucing yang sakit parvo, selsema atau demam, boleh guna rumput helikopter dengan cara merebus rumput helikopter. Gunakan air rebusan rumput helikopter pada kucing tersebut. 

Kucing yang tiada selera makan atau tak nak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput helikopter ni.

Cara merebus rumput helikopter

  1. Cabut rumput helikopter bersama akarnya.
  2. Bersihkan tanah dari akar dan daun.
  3. Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar kedalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.
  4. Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
  5. Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.

Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi jangan lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput helikopter baru dan buat semula untuk stok.

(Perhatian : Ini adalah supplement, jadi ubat doktor juga diperlukan untuk sembuhkan kucing sakit seperti antibiotik atau sebagainya ). Perubahan kucing daapt dilihat pada dua atau tiga hari selepas diberikan air rebusan rumput helikopter.

Khasiat rumput helikopter untuk manusia

Untuk kesihatan tenaga lelaki

  1. Ambil keseluruhan pokok dengan mencabutnya, termasuk bahagian akar. Basuh sehingga betul-betul bersih terutama bahagian akar yang ada tanah melekat. 
  2. Kemudian kesemua bahagian pokok rumput helikopter itu direbus sehingga airnya tinggal separuh atau telah bertukar menjadi perang seakan warna air teh dan bahagian yang direbus telah layu. Banyak air yang diperlukan untuk merebus ialah ukuran tiga kali ganda jumlah bahan yang direbus. 
  3. Tapis air rebusan itu dan sejukkan. Rasanya sedikit kelat dan 'selesa' diminum. Minum air rebusannya sebagai amalan harian. 

Amalan minum air rebusan rumput helikopter juga untuk kekuatan fizikal dan mengelak dari terkena penyakit. Amat sesuai untuk mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga seperti buruh kasar. 

Untuk wanita

Ambil bahagian bunganya dan dimakan terus. Amalkan dua atau tiga kuntum bunga setiap hari.

Sumber : dunia kucing | Fattah Six Enterprise

Kadangkala penyakit ni kita boleh ikhtiar gunakan sumber alam yang ada di sekeliling kita. Setiap penyakit ada ubatnya. Tapi perlu di ingat, segala ubatan tradisional ni perlu dikaji sedalamnya supaya tidak menimbulkan kemudaratan.

Ingatkan sekadar nak berkongsi gambar rumput helikopter, sekali banyak pula fakta menarik tentang rumput helikopter ni. Siapa sangka, dalam dia tumbuh meliar tu ada manfaatnya.

4 comments:

  1. Haah masa kecil ada nampak. Memang petik bunganya sebab rasa unik.
    Sekarang tidak nampak pula sekitar rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kan. Dulu zaman kanak-kanak macam selalu jugak nampak rumput ni. Sekarang ni macam kurang. Kepupusan jugak ke camne entah.

      Delete
  2. Selalu nampak kat padang sekolah. Cabut buat helikopter.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.