Singgah Di Pantai Morib Banting (Morib Beach)
Selepas singgah Menara Condong Teluk Intan, terus singgah Sabak Bernam buat surprise untuk birthday anak buah dapat jumpa kat asrama pun jadilah. Tak ada kek, bagi buah strawberry dari Cameron Highland je lah. Tak sempat nak singgah beli kek.
Saya singgah selepas asar pun terik begini. Gambar pun jadi tak berapa nak cantik. Singgah sekejap je saja suka-suka. Lepas ambil gambar dan ambil angin kejap, lepas tu gerak ke tempat seterusnya.
Pantai di Banting selain Pantai Morib, ada Pantai Kelanang dan berdekatan juga dengan Pantai Bagan Lalang Sepang. Pantai Bagan Lalang vs Pantai Morib mana yang best? Pantai Kelanang macam pernah pergi sekali tapi lupa dah.
Lepas tu terus gerak balik Seremban. Rehat sehari, esoknya pergi ke Banting pulak rumah abang. Acara sambutan birthday untuk abang dan anak buah. Birthday abang sambut sehari awal dan birthday anak buah awal 19 hari. Kemain awal sambut birthday.
Yelah, sekali kan je lah alang-alang ada masa berkumpul walaupun tak cukup korum. Dulu zaman study rajin lepak rumah abang, dah macam rumah kedua pun ye jugak. Beberapa kali juga ada datang ke Pantai Morib, Banting ni. Dulu macam tak hidup sangat Pantai Morib ni dan macam tak ada apa je sekadar layan permandangan pantai. Gerai pun kurang meriah sikit.
Sekarang lain macam vibes Pantai Morib 2022 ni. Happening betul dengan gerai jualan dan pengunjung. Parkir full house sampai terpaksalah saya bawa diri ke kawasan tepi ni. Bahagian tengah tu rasa macam tak sanggup nak melaluinya dengan ramai orang. Hujung minggu kan, biasalah penuh dengan orang ramai.
Agaknya penangan selepas PKP ni masing-masing balas dendam keluar rumah lepak-lepak melepaskan rindu menikmati angin luar.
Nampak tenang je tengok permandangan tepi laut. Tapi yang sakit memandang bila bahagian berumput tu banyak betul sampah merata-rata. Patutlah orang tak pergi kawasan tepi ni. Rupanya kotor!
Dalam gambar saya ambil bahagian yang sedap mata memandang je lah. Sebaiknya kalau berkunjung tempat awam tu janganlah buang sampah merata. Harapnya bukan kerja manusia yang buang sampah merata. Mungkin kerja monyet yang berkeliaran geledah sampah tu agaknya.
Saya singgah selepas asar pun terik begini. Gambar pun jadi tak berapa nak cantik. Singgah sekejap je saja suka-suka. Lepas ambil gambar dan ambil angin kejap, lepas tu gerak ke tempat seterusnya.
Pantai di Banting selain Pantai Morib, ada Pantai Kelanang dan berdekatan juga dengan Pantai Bagan Lalang Sepang. Pantai Bagan Lalang vs Pantai Morib mana yang best? Pantai Kelanang macam pernah pergi sekali tapi lupa dah.
Akak tak pernah sampai lagi Pantai Morib ni, bilalah dapat singgah di sini.
ReplyDeleteKena singgah nanti tu kak. Kalau terlalu tu singgah kejap :)
Deletenampak bersih pantai morib.. lama tak ke sana
ReplyDeleteSekitar sini bersih, cuma ada beberapa kawasan agak kotor sikit sampah bersepah.
DeleteSebelum PKP selalu juga pergi Pantai Morin walaupun macam biasa pantainya.
ReplyDeleteWah makin ramai orang datang ya. Mungkin ada tarikan baru di sana.
Masa saya pergi tu ramai orang sungguh kak. Lepas PKP ni kembali meriah agaknya.
DeleteMasa anak2 kecik penah jga dtg masa tu meriah jga. Dan bila ank sulong msk politeknik banting ada can lah singgah selalu sini he hee kebetulan pkp emm terus suram sepi . Skrg kembali meriah agaknya kan
ReplyDeleteAda peluang tu boleh singgah selalu. Rasanya dah kembali meriah dengan ramai orang lepas PKP ni.
DeleteLama tak ke pantai, rasanya. Panas-panas pun, langit biru cantik! :)
ReplyDeleteSebab petang kot. Kalau panas terik tengahari awan putih je kelihatan. Lagi cantik kalau langit biru ada awan altocumulus :)
Deletealamak semua pun tak sampai lagi. tulah, seronok tengok tourism kembali meriah tapi tengok sampah-sarap, jadi rasa geram pulak
ReplyDeleteDah dekat je tu Sal, every week pun boleh pergi :)
DeleteSaya nampak cantik je dalam gambar tempat ni... Memang ramai suka melepak pantai skrg lepas pkp. huhu...
ReplyDeleteDalam gambar ni bahagian yang bersih. Ada beberapa kawasan macam kotor sikit sampah bersepah. Lepas PKP ni ramai cari pantai ambil angin yang dah lama terperap dalam rumah.
Delete