Tonton Drama Honeymoon
Drama Honeymoon, drama siri melayu gandingan pelakon Ben Amir dan Zara Zya. Drama Honeymoon merupakan drama adaptasi novel Honeymoon karya penulis Nurharyati Ishak. Drama Honeymoon episode 1 mula bersiaran pada 16 Julai 2022, Rabu hingga Sabtu, jam 9:00 malam di Slot Lestary TV3.
DRAMA HONEYMOON
Jumlah episod : 20Mula siaran : 16 Julai 2022
Waktu siaran : Rabu-Sabtu, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis skrip : Sha Farhana Fauri
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON DAN WATAK
Zara Zya sebagai MoonBen Amir sebagai Ilham
Wanns Ahmad sebagai Jiman
Dynas Mokhtar sebagai Hajah Aminah
Ammar Titan
Neera Azizi
Hanna Aqeela
Rashdan Baba
Fazlina Ahmad Daud
Ema Latah
Khalaf sebagai Jimmy
Silfeny Osman
Ammar Titan
Neera Azizi
Hanna Aqeela
Rashdan Baba
Fazlina Ahmad Daud
Ema Latah
Khalaf sebagai Jimmy
Silfeny Osman
SINOPSIS HONEYMOON
Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap.
Seorang, pendiam dan misteri.
Moon (Zara Zya) dan Ilham (Ben Amir) dua watak yang tiada langsung persamaan.
Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga…
Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…
Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.
“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” - ILHAM
Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.
“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” - MOON
Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah.
Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.
Setiap pasangan ada peranannya di dalam semesta ini. Perlu sabar di kala tenang, perlu cekal di kala gelombang. Kita diberi ruang untuk membetulkan kesilapan. Di sini hanya pentas untuk kita melakonkan watak masing-masing.

Ok boleh masuk list untuk tonton la esok
ReplyDeleteSelamat menonton :)
DeleteOwh! Ini citer ganti Melur Untuk Firdaus eh? Boleh tengok nanti hehehe
ReplyDeleteYe Kak, selamat menonton :)
Delete