Bab 8 : Ogos 2022
Rasa cepat masa berlari. Dia tak ada dah jalan lenggang kangkung bagai itik pulang petang. Sedar-sedar dah masuk bulan Ogos 2022. Marilah kita belek kalendar Ogos 2022 cari cuti umum 2022. Yang ada anak bersekolah mesti tengok cuti sekolah Ogos 2022 ni kan.
Sejak habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) disebabkan COVID-19, rancak sana sini orang pergi bercuti melepas lelah dan stress. Tak kira hari bekerja atau hujung minggu, mesti ramai orang merata tempat.
Tiada anak tak bermaksud kita tak bahagia. Anak itu satu amanah yang perlu dijaga. Walaupun kekurangan didunia tak mempunyai anak, sekurang-kurangnya kita tak banyak disoal tentang tanggungjawab kita jaga anak.
Tenang, redha dan pujuk hati. Bahagia dengan cara kita sendiri. Bersyukur...
24 Ogos 2022 (Rabu) : Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
31 Ogos 2022 (Rabu) : Hari Kebangsaan (Semua Negeri)
31 Ogos 2022, Merdeka!
Bulan Ogos 2022 adalah bulan Kemerdekaan Malaysia ke-65. Tentu banyak aktiviti yang akan dianjurkan bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa rakyat Malaysia. Sambutan Merdeka 2022 Malaysia pada 31 Ogos 2022 pasti lebih meriah selepas 2 tahun negara bergelumang dengan COVID-19.
Sedang elok tarikh 1 Ogos 2022 jatuh pada hari Isnin bermulanya rutin baru dalam bulan baru.
Hari Keputeraan Sultan Pahang
1 Ogos 2022 juga merupakan Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri menetapkan 1 Ogos 2022 sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur bagi 2022 sahaja.
- sumber : bharian
Umrah Ogos 2022
Dengan izin Allah, jika tiada halangan mak mentua akan menunaikan ibadah umrah Ogos 2022. Cuaca di Mekkah bulan Ogos 2022 dikatakan musim panas. Semoga Allah permudah segala urusan mak, pakcik, sepupu, saudara dan semua yang akan menunaikan ibadah umrah. Semoga rezeki kita pula menyusul nanti.23 Ogos 2022, Hari Kita Ke-9
Bulan ini, bulan cinta. Syukur Allah pertemukan jodoh yang membahagiakan. Soal anak kita serahkan pada Allah. Allah maha mengetahui, sesungguhnya Allah tahu apa yang kita perlukan dan akan berikan tepat pada masanya.Tiada anak tak bermaksud kita tak bahagia. Anak itu satu amanah yang perlu dijaga. Walaupun kekurangan didunia tak mempunyai anak, sekurang-kurangnya kita tak banyak disoal tentang tanggungjawab kita jaga anak.
Tenang, redha dan pujuk hati. Bahagia dengan cara kita sendiri. Bersyukur...
Page 213/365
Chapter 8
Be proud of your own identity
Never perfect but always genuine
It takes courage to bravely be you
Oh there’s a word for it,
be ‘Authentic!’
Cuti sekolah Ogos 2022, Cuti umum 2022
1 Ogos 2022 (Isnin) : Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)24 Ogos 2022 (Rabu) : Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka)
31 Ogos 2022 (Rabu) : Hari Kebangsaan (Semua Negeri)
Selamat bercuti!
Alhamdulillah, dah masuk bulan Ogos...oo ..sambut annivesary ya..kita sambut besday bulan ni InshaaAllah...semoga tercapai hajat mak mentua utk menunaikan umrah..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sampai Ogos dah kita. Ya, wedding anniversary bulan ni. Wahh..mesti tak sabar nak tunggu birthday nanti.
DeleteAamiin..terima kasih untuk doanya kak.
Semoga kita peroleh kejayaan dan rezeki di bulan ini
ReplyDeleteSemoga Allah makbul doa² kita. Aamiin...
Deletekalo tgk kalendar kuda wak ni ada pesta Hungry Ghost pd 12/8 utk masyarakat tionghua., hehehe, bulan Ogos ni wak stuck kat Indonn jeeew ;p
ReplyDeleteOhh pesta hantu lapar. Seram pulak...
DeleteWahh untungnya wak, rancak kesana kesini.
Alhamdulillah.. Sekejap je dah Ogos.. Semoga yang baik baik sahaja.. Aamiin..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Harap begitulah. Aamiin...
Deleteeh eh dah masuk ogos?? cepat nya masa berlalu kan...
ReplyDeleteKnow know dah masuk Ogos dah kan :)
DeleteBulan Merdeka dah tiba. Jom pakat gantung bendera
ReplyDeleteBetul betul. Ayuh kita!
Deletemoga yg baik2 saja utk kita semua...in sya Allah
ReplyDeleteHarap begitulah. Aamiin...
DeleteTarikh anniversary Fizah, 23 Ogos, sama dengan birthday anak bongsu akak. :)
ReplyDeleteSemoga bulan ni, lebih baik bagi kita semua... dan mak mertua Fizah selamat pergi dan balik menunaikan umrah.
Sama pulak tarikhnya ye. Bolehlah sambut bersama.
DeleteAamiin..
Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.