Cara Buat Permohonan dan Pembaharuan Passport Online Dan Walk In

Sebelum COVID-19, permohonan pasport dan pembaharuan (renew) pasport boleh dibuat secara walk in. Datang terus, ambil nombor giliran, tangkap gambar, buat bayaran dan akan dapat selepas 1 jam.

Sejak 11 May 2022, selepas PKP urusan permohonan pasport dan pembaharuan (renew) pasport boleh dibuat secara dalam talian (online)

permohonan passport online
buku merah jangan lupa bawa


Cara buat passport online secara online

Permohonan secara online untuk yang berumur 13 tahun ke atas sahaja.

1. Pergi ke laman web imigresen online (https://www.imi.gov.my/)
2. Lengkapkan borang dan upload gambar passport mengikut spesifikasi yang diberikan.

Nota penting:
Ambil gambar kat kedai gambar kena cakap untuk buat passport online, jangan cakap nak buat gambar passport sebab nanti tak ada sofcopynya macam mak mentua saya. Terpaksa pergi kedai semula ambil gambar baru. 

Ada juga cuba ambil gambar dari gambar kedai dengan menggunakan handphone tapi tak menepati KPI gambar yang dikehendaki. Lebih baik jangan ambil gambar sendiri sebab peluang permohonan nak diterima tu tipis ye. Dah cuba berkali kali tetap ada je yang tak tak kena.  

Kalau umur anak 18 tahun kebawah kena upload surat beranak yang file saiz 220KB. Lebih dari itu tidak diterima sebab file saiz besar. Boleh gunakan scan dari printer/ scanner baru melepasi saiz file dikehendaki.

3. Terus buat pembayaran dalam talian sebanyak RM200.
Masa nak bayar jangan salah isi username/ password bank sebab kalau salah lepas tu nak bayar semula dia suruh tunggu sebentar. Melambatkan urusan.

4. Tunggu emel permohonan lulus dahulu untuk pengambilan passport. Ini contoh emel LULUS permohonan pasport online mak mentua.

emel permohonan passport online

Kalau tak dapat email selepas 3 hari, boleh datang ambik kat pejabat terus. 

5. Print resit dan bawa ke tempat pungutan pasport yang dipilih.
6. Bawa RESIT, IC & PASSPORT LAMA.
7. Ambil nombor giliran, tunggu nombor dipanggil dan pegawai imigresen akan semak dan lihat gambar online yang telah diupload.
8. Jika tiada masalah turunkan cap jari. Jika gambar tidak memuaskan perlu ambil gambar semula di kaunter. Untuk memudahkan lagi urusan, pakailah pakaian dan tudung yang bersesuaian.
9. Tunggu dalam masa 1 jam dan letakkan resit di kaunter serahan. 

Cara buat passport online secara walk-in

Kanak-kanak dibawah umur 13 tahun tak boleh buat online. Jadi, kena walk-in. Begitu juga dengan golongan OKU, pelajar nak sambung belajar dan jemaah haji.

Yang boleh walk in:
1. Warga emas
2. Pertama kali buat pasport
3. Kanak-kanak 12 ke bawah
4. Passport rosak
5. Jemaah Haji
6. melanjutkan pelajaran ke luar negara (overseas)
7. OKU

1. Ambil nombor giliran dan dokumen haruslah lengkap samada untuk mohon baru atau renew.
  • Sijil Surat Beranak (Asal dan Salinan)
  • Mykid anak (Asal dan Salinan)
  • IC mak @ ayah (Asal dan Salinan)
  • Passport lama
  • Gambar hardcopy anak (bergantung pada tempat). Ada yang kata jabatan imigresen lain, 2 tahun ke bawah je hardcopy. Yang lain ambil gambar kat kaunter. Ada juga yang kongsi anak dia baby pon kena amik gambar kat kaunter. Boleh sediakan awal-awal untuk memudahkan urusan jika diperlukan nanti. Dah dapat nombor giliran tunggu untuk dipanggil dan bagi semua dokumen yang dikehendaki. 
2. Kemudian tunggu lagi nombor dipanggil untuk buat pembayaran iaitu RM100.
3. Sediakan kad debit/kredit sebab pembayaran adalah CASHLESS.
4. Kemudian dalam masa 1 jam tunggu untuk pungutan passport. Anak kena ada juga masa nak pungut pasport untuk turunkan cap jari di pasport.

Begitulah cerita dia cara buat permohonan dan pembaharuan passport online dan walk in. Ikut mana yang sesuai dan lebih mudah. Buat online nampak mudah tapi bab nak upload dokumen dan gambar tu agak complicated kalau tak memenuhi standard. Kalau tak tahu nak upload dan scan bagai memang susah sikit. Lepas tu permohonan online kena tunggu selepas 3 hari baru siap.

Cerita pasal pasport, baru teringat pasport dah mati terkubur setahun lebih dah. Kalau renew pasport pun entah bila nak merentas negara entah. Biarlah dulu. 

permohonan passport online

Kali terakhir rentas negara April 2016 selepas renew. Kemain jauh renew kat Kajang masa tu sebab kat situ cepat siap katanya. Memang cepat siap. 

Buat masa ni kita merentas negeri dulu lah ye. Itupun tak tentu masanya. Ada bajet dan ada masa tu boleh lah. Rancak masing masing buat pasport dan renew pasport nak merentas negara sampai sesak imigresen dan UTC.

permohonan passport online

sumber info : Oh My Media    

8 comments:

  1. sistem baru entah apa-apa. patut tak perlu pun print resit. kata nak galakkan paperless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang dia ikut tempat. Pastu info dia berubah². Buat online mudah dah tapi bab nak upload document tu complicated sikit.

      Delete
  2. Lama dah mati passport, tapi belum perbaharui lagi. Rasanya nak buat walk in jew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam mudah lagi buat walk in. Tapi itulah kena ada masa dan masa menunggu tu lama sikit.

      Delete
  3. Mantappp, mudah dgn online, kan 👍Sy pon x tahu nk kemanaa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah boleh online tapi kalau tak ada problem nak upload document yang tak menepati tu yang agak payah sikit lah.

      Delete
  4. Enaknyaaaa di Malaysia bisa selesai 1 jam 👍. Wassalam lah kalo di Indonesia kak 🤣.

    Kemarin je saya dah renew pasport Krn nak ke USA akhir tahun ini. . Dah lah wajib online, trus selesai 7 working days 🤣🤣. Parah lah imigrasi Indonesia nih. Lambat sangat. Tapi untuk foto, wajib diambil Ama staff imigrasi. Jadi seringnya, tak sesuai keinginan foto yg diambil. Dark sangat, atau muka agak mencong 🤣🤣🤣. Jarang2 ada yg bagus hasilnya hahahahah.

    Dah lah... Yang penting skr pasport dah ready kalo nak pergi 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk walk in lebih kurang begitulah bergantung pada tempat dan keramaian orang masa tu. Ohh kena online je susah jugak tu, lama jugak nak siap. Kalau nak keluar negara kena awal renew dari itu. Risau kalau 7 hari pun masih tak siap.

      Seronoknya nak pergi fly ke USA. Enjoy your trip sis :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.