Drama AI.5YA

Drama AI.5YA , siri Viu Original terbaharu lakonan Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Afdlin Shauki, Ozlynn Waty, Elly Ariffin dan ramai lagi bersiaran di platform Viu setiap hari Khamis meggabungkan 2 episod setiap minggu bermula 18 Ogos 2022.

drama ai.5ya

DRAMA AI.5YA

Jumlah episod : 10
Tarikh Tayangan di Viu : 18 Ogos 2022
Penulis skrip : Afdlin Shauki, Christina Orow
Pengarah : Aizam Syamsul Aksan, Afdlin Shauki
Produksi : Petra Vision Works
Genre : Komedi, sci-fi

PELAKON DAN WATAK

  • Zizan Razak sebagai Jehan
  • Mia Sara Shauki sebagai AI.5YA
  • Dato Afdlin Shauki sebagai Dato Soffaruddin Al Sogud
  • Ozlynn Waty sebagai Jasmine
  • Faradhiya sebagai Tok Da
  • Elly Ariffin sebagai Maya
  • Khir Rahman sebagai Pak Mail
  • Ako Mustapha sebagai Fairuz
  • Ian Haziq sebagai AI.M4N
  • Emma Sofea sebagai Iman

SINOPSIS DRAMA AI.5YA

Kisah tentang Jehan, seorang pencipta kandungan yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran.

Namun Jehan menerima sebuah android peneman bernama AI.5YA yang tertukar secara tidak sengaja dengan android pembikin filem (AI.M4N) yang dipesannya. Jehan terpaksa menukar fungsi android peneman yang disalah hantar kepadanya untuk menjadi kru penggambaran yang serba boleh.

Walau bagaimanapun, apabila videonya yang dibintangi AI.5YA menjadi tular, Jehan mendapati dia perlu merahsiakan identitinya dari peminat dan Maya.

2 comments:

  1. belum tengok lagi...nampak best tapi ada pelakon yg tak diminati dalam tu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.