Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil

Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil, drama rantaian berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia adaptasi dari pantun kerjasama antara Unit Drama TV RTM dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka diterbitkan khas sempena Hari Kebangsaan 2022 sebagai kira detik menuju sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Tonton Pekan Kecil Kampung Terpencil bermula 22 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022 pukul 10:00 malam di TV1. 

Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil 10 episod arahan Wan Afzam Wan Daud dibarisi pelakon Che Kem, Ziema Din, Fathil Dani, Raja Ema, Khiriah, Wani Kayrie, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Pekan Kecil Kampung Terpencil menceritakan kisah kemasyarakatan yang disulami dengan nilai kemuafakatan dalam masyarakat setempat.

Tanah bertuah ini menempuh pelbagai dugaan & cabaran untuk mencapai kemerdekaan.Jerih payah orang terdahulu membebaskan tanah ini dari belenggu penjajah menyaksikan perjuangan berdarah untuk keamanan yang kita nikmati hari ini.

Fasa menuntut kemerdekaan telah kita tempuhi kini tugas kita pula mengisi kemerdekaan itu.

drama pekan kecil kampung terpencil

DRAMA PEKAN KECIL KAMPUNG TERPENCIL

Jumlah episod : 10
Waktu siaran : Isnin, 22 Ogos 2022 - Rabu, 31 Ogos 2022, pukul 10:00 malam
Siaran TV : TV1, RTM Klik, RTM Mobile
Penulis skrip : Amin Masyhur
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Produksi : Unit Drama TV RTM

PELAKON DRAMA KECIL KAMPUNG TERPENCIL

  • Fathil Dani
  • Raja Emma
  • Bohari Ibrahim
  • Kamarool Hj Yusoff
  • Dewa Sapri
  • Mubarak Majid
  • Zulkifli Ismail
  • Mas Anizan
  • Che Kem
  • Bell Ngasri
  • Noorkhiriah
  • Tj Isa
  • Rashid Jaafar
  • Rosnah Johari
  • Ziema Din
  • Wani Kayrie
  • Yusran hashim
  • Aghonderan
  • Tan Mei Ling
  • Ratna Gowri Raman
  • Ruby Ooi
  • Joanna
  • Chah'ya
  • Rania Humairaa
  • Tengku Zara Eryna
  • Wan Din
  • Muhamad Hafiz Fitri
  • Ammar Rayqal

SINOPSIS DRAMA KECIL KAMPUNG TERPENCIL

Cerita bermula disebuah perkampungan terpencil yang masyarakatnya di situ sangat harmoni seperti sebuah keluarga besar. Tidak kira bangsa mereka semua saling tolong menolong dan menghormati. Di hari mereka menerima kedatangan kubah bagi masjid kecil mereka (hasil kutipan seluruh penduduk kampung) mereka juga menerima kedatangan seorang wanita, Dara yang dahulunya pernah bekerja disitu.

Seluruh penduduk kampung terarah kepada pemuda bernama Wadud yang mereka semua tahu, pemuda tersebut pernah bercinta dengan wanita tersebut. Kisah epik percintaan antara mereka berdua kini menjadi perbualan disegenap kampung tersebut. Dari kecil hingga ke yang tua masing-masing bercerita tentang kisah cinta epik tersebut. Namun masing-masing masih tidak mendapat jawapan kenapa Wadud dan Dara itu berpisah.

Bibit-bibit konflik mula terbit antara penduduk kampung, apabila masing-masing mempertahankan jawapan tentang perpisahan cinta epik tersebut. Ketua kampung mula menyedari tentang penduduk kampung. Mesyuarat tergempar diadakan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Hinggalah seorang bernama Mokhtar bersuara agar mereka berdua dinikahkan. Cadangan itu diterima oleh semua orang kampung. Pembahagian tugas dilakukan malam itu juga, bagi mengetahui adakah Wadud dan Dara masih ada perasaan cinta tersebut.

Wakil kaum lelaki pergi mendapatkan Wadud untuk mendapat kepastian. Wakil kaum wanita ditugaskan untuk berjumpa dengan Dara. Wadud pada mulanya menolak cadangan perkahwinan tersebut. Tetapi akhirnya setuju setelah dipujuk. Tetapi Wadud diletakkan syarat. Rusa! Ya rusa untuk hidangan perkahwinan itu. Dan tempoh pernikahan perlu diadakan dalam masa 10 hari lagi.

Walaupun permintaan itu agak sukar, pasukan lelaki setuju. Terpaksa. Wakil kaum wanita berjumpa dengan Dara. Tidak sempat bertanya tentang status Dara, Dara mengatakan dia dan anaknya akan duduk disitu berdua sebelum yang lain datang. Jawapan itu disalah erti oleh wakil wanita. Mereka pulang hampa. Sehinggalah ketika mereka keluar dari rumah dan terserempak dengan ‘anak gadis’ Dara, iaitu Kasih.

Kasih terlepas cakap yang mak longnya kena jaga dia disebabkan ibu dan ayahnya masih di Sabah sedang menguruskan perpindahan. Dara akhirnya akur juga dengan desakan. Namun dia juga mengenakan syarat. Majlis perkahwinan perlu diadakan seperti zaman dahulu termasuklah tradisi tol, rewang, joget lambak dan lain-lain.

Persediaan untuk majlis makin hampir, masing-masing mula tertekan. Pelbagai perkara berlaku. Namun semua itu tidak mematahkan semangat mereka sekampung. Masing-masing fokus dengan tugas yang telah diberikan. Penghulu dan isteri dilihat orang paling sibuk.

Hari kelapan Dara dan Kasih tidak kelihatan dirumah. Begitu juga hari kesembilan. Seluruh kampung menjadi cemas dan tertanya-tanya. Mesyuarat tergempar diadakan. Salah menyalah mula berlaku. Mokhtar sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang dilihat logik. Mokhtar mengatakan yang Dara lari, seperti dahulu ketika Wadud dan Dara bercinta.

Mokhtar berpendapat yang Dara takut dengan komitmen. Pada mulanya kebanyakkan mereka tidak menerima kenyataan dari Mokhtar. Tetapi melihat yang kesemua anak Mokhtar itu perempuan. Mereka akur, yang Mokhtar mengenali ‘hati, budi dan segalanya tentang perempuan. Wakil lelaki menenangkan Wadud. Risau Wadud kecewa sedangkan Wadud tenang-tenang sahaja dengan situasi tersebut.

Hari kesepuluh, rusa sudah tertambat. Penduduk kampung mula berkumpul di tempat majlis yang dirancang. Penghulu tiba bersama isteri. Pemuzik, pesilat dan penari-penari sudah sampai.

Wadud tiba lengkap berbusana. Seluruh penduduk hanya mampu memandang. Wadud berjalan yakin menuju ke tempat pernikahan yang disediakan. Satu jam lagi untuk menunggu jurunikah sampai. Dara masih tak nampak muka. Akhirnya jurunikah tiba. Masing-masing sudah redha dengan apa yang bakal berlaku.

Tepat jam 10.00 pagi saat-saat mengujakan berlaku. Adakah bakal pengantin perempuan tiba seperti yang dijanjikan? Berjayakah mereka melaksanakan pelbagai adat perkahwinan lama seperi yang dirancang?

Ikuti kesudahannya di TV1.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.