Jom Ke Royal Floria Putrajaya 2022

Festival Floria Putrajaya 2022 kembali lagi. Festival Bunga dan Taman Putrajaya atau Floria Diraja Putrajaya merupakan festival bunga dan taman yang terbesar di rantau ini. Royal Floria Putrajaya 2022 mula dibuka pada 29 Ogos 2022 sehingga 4 September 2022 di di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Floria Diraja Putrajaya Masuk PERCUMA!!!

Sempena musim cuti sekolah bulan September, Floria Diraja Putrajaya akan disambung sehingga hari Ahad, 11 September 2022 dan masuk adalah PERCUMA!!! 

Royal Floria Putrajaya merupakan tarikan terbaru di Putrajaya terkini. Festival Floria Putrajaya bukan lagi acara baru, Royal Floria Putrajaya telah diadakan sejak beberapa tahun sebelum ini.

Royal Floria Putrajaya 2022

Royal Floria Putrajaya 2022 menempatkan sebanyak 400,000 bunga dan tumbuhan pelbagai spesies dan warna dari dalam dan luar negara. Ini termasuklah 10,000 pokok orkid. Selain itu, gubahan taman pun cantik-cantik disajikan untuk pengunjung.

floria diraja putrajaya 2022

Pada waktu siang Royal Floria Putrajaya, pengunjung boleh melihat ribuan bunga berwarna-warni. Pada waktu malam pula boleh menyaksikan limpahan lampu warna-warni menghiasi taman. Mandatory photo spot untuk instagrammer dan mereka yang suka buat OOTD. Pastikan bateri handphone full charge sebelum datang ke sini.

Harga tiket Royal Floria Putrajaya 2022

Dewasa : RM15.00
Kanak-kanak / warga emas : RM 5.00
OKU dan kanak-kanak bawah umur 6 tahun : PERCUMA
untuk pembelian tiket : https://floria.putrajaya.my/

Royal Floria Putrajaya 2022

Lokasi : Anjung Floria Putrajaya
Tempoh berlansung : 29 Ogos 2022 - 4 September 2022
Waktu operasi : 9:00 pagi sehingga 10:00 malam

Acara menarik, cabutan bertuah dan kuiz harian

Bukan sekadar datang untuk menyaksikan bunga-bungaan yang cantik, ada juga acara cabutan bertuah 
dan kuiz harian untuk pengunjung yang diadakan setiap hari sepanjang Floria Diraja Putrajaya 2022 berlansung.

Antara hadiah-hadiah yang menarik bakal dimenangi :
  • Motosikal 1 (hadiah utama)
  • TV
  • Microwave Oven
  • Air Fryer
  • Bread Toaster
  • Pressure Cooker
  • Vacuum Cleaner
  • Blender
  • Kipas
  • Hamper makanan (100 unit)
  • Baucer penginapan hotel
  • Baucer penginapan Glamping
  • Baucer membeli belah
  • Baucer F&B

Sambutan Ambang Merdeka di Anjung Floria

Pada hari Selasa, 30 OGOS 2022 akan diadakan sambutan ambang merdeka di Anjung Floria. Seluruh Keluarga Malaysia dijemput untuk memeriahkan sambutan serta semarakkan semangat patriotik.

Masuk Percuma pada acara sambutan ambang Merdeka!
Masuk percuma ke Anjung Floria Putrajaya bermula pukul 10.30 malam untuk acara Sambutan Ambang Merdeka.

sambutan ambang merdeka 2022 ke 65 di Anjung Floria

Aktiviti menarik menanti detik 12:00 malam menjelang Ambang Merdeka di Putrajaya : 

  • Keindahan panorama menyambut Ambang Merdeka dalam Taman Floria DiRaja Putrajaya
  • Konsert dan persembahan kebudayaan
  • Persembahan artis artis popular lama dan baru
  • Persembahan lagu lagu patriotik
  • Kibaran Jalur Gemilang menjelang detik 12 malam
dan banyak lagi

Nota tambahan
  1. Pada malam Ambang Merdeka 30hb Ogos 2022. Tiket terakhir jual 9.00malam. Semua pintu masuk ditutup pada pukul 10.00 malam. Team logistik akan pasang barrier di kawasan yang ditetapkan. Zon Pameran Taman akan ditutup. 
  2. Pukul 10.30mlm pintu C dan D akan dibuka semula kepada org awam secara percuma untuk program ambang merdeka.
  3. Pengunjung dan pembeli tiket floria semua akan keluar ikut pintu C dan D.

sumber : https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya/

6 comments:

  1. Replies
    1. Dekorasi bunga bunga macam taman memang cantik kan. Ada kesempatan bolehlah pergi nanti.

      Delete
  2. pernah pergi sekali dulu..sekali tu je la...lepas tu x pi dah..sebabnya x larat..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berjalan tempat luas ni kena ada tenaga cukup baru syok jalan kan kak. Tambah lagi orang ramai. Memang penat betul jadinya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.