Mengopi Gigi Coffee

Semalam singgah di Evo Bangi sebentar konon nak beli sesuatu. Tapi tak terbeli pula bila tak berkenan selepas belek membelek. Tak kan nak balik dengan tangan kosong. Alang-alang dah sampai belilah apa yang patut. Macam nak beli kopi je. Pantang nampak kopi, kena cuba rasa!

Nampak Gigi Coffee, kedai kopi lain macam tenggelam dari pandangan mata. Rasa macam Gigi Coffee je yang menarik kat level tu. Sebelum tu pergi beli donut Big Apple dulu, untuk diri sendiri dan adik ipar sebab lepas tu nak ke rumah dia kejap. Kita bawa buah tangan sekali lah.

Gigi coffee

Dah beli donut, terus beli kopi. Tengok Gigi Coffee menu, saya tetap order caramel macchiato kopi favourite. Baru tahu ada 2 pilihan biji kopi iaitu Colombia (Colo) atau Indonesia (Indo). Almaklumlah pertama kali mengopi Gigi Coffee. Kalau suka rasa kopi yang kuat, sila pilih kopi Indonesia.

Kami pilih dua jenis biji kopi. Saya ambil kopi caramel macchiato dari biji kopi Colo (Colombia). Kopi caramel macchiato Indo bagi adik ipar. Sebenarnya saya silap, nak rasa yang kuat tu tapi dah terminum yang Colo. Takpe, next time kita cuba rasa kopi yang kuat sikit.

Gigi coffee

Caramel macchiato biji kopi Colombia ni boleh tahan kuat juga rasa kopi dia. Yang bestnya dia tak manis sangat, lapisan caramel pun tak setebal mana. Just nice lah rasa dia.

Gigi Coffee menu ada banyak jenis. Ada essential coffee, signature coffee, non-coffee, G-frappe, G-Fizz, dan premium tea. 

Gigi Coffee menu malaysia

Essential coffee

  • Espresso
  • Americano
  • Caffe latte
  • Cappuccino

Signature coffee

  • Caffe mocha
  • Vanilla latte
  • Hazelnut latte
  • Pecan praline latte
  • Buttercream latte
  • Monday blue cookies latte
  • Pink friday strawberry latte
  • Almond macadamia latte
  • Caramel macchiato
  • Dark choco mocha
  • Seasalt caramel macchiato
  • Seasalt choco cream mocha

Non-coffee latte

Green tea latte, Chocolate latte, Dark choco latte

G-Frappe

Caramel espresso, Espresso, Mocha more, Dark choco mocha, Caramel creme, Chocohip, Dark choco, green tea, Cookies & cream, Mango lime, Lemon blue

G-Fizz

Ice lemon tea, Mango strawberry, Limeade, Mango lime

Premium tea

Marigold English breeakfast, Oolong rose, Chamomile, Frech Earl grey


Menu makanan pula ada cakes, pastry dan muffin.

Cawangan Gigi Coffee Malaysia

Kuala Lumpur
Gigi Coffee Pavilion KL
Gigi Coffee Mid Valley Megamall
Gigi Coffee KL Gateway Mall
Gigi Coffee Avenue K
Gigi Coffee Nu Sentral
Gigi Coffee Sunway Putra
Gigi Coffee Setapak Sentral
Gigi Coffee Sogo KL
Gigi Coffee Fortune Centra, Kepong
Gigi Coffee Pavilion Bukit Jalil
Gigi Coffee Publika
Gigi Coffee Emporis, Kota Damansara

Selangor
Gigi Coffee Top Glove Shah Alam
Gigi Coffee One Utama
Gigi Coffee Paradigm Mall
Gigi Coffee D'Pulze Cyberjaya
Gigi Coffee Aeon Bukit Tinggi
Gigi Coffee The Mines
Gigi Coffee Jaya One
Gigi Coffee Evo Mall
Gigi Coffee IPC Shopping Centre
Gigi Coffee Subang, SS15
Gigi Coffee Kajang
Gigi Coffee Plaza Shah Alam
Gigi Coffee Selayang Mall

Putrajaya
Gigi Coffee IOI City Mall

Melaka
Gigi Coffee Mahkota Parade

Pulau Pinang
Gigi Coffee Sunway Carnival Mall, Penang
Gigi Coffee Gurney Plaza

Nak cuba rasa bolehlah google 'Gigi Coffee near me'. Kot dekat dengan rumah, bolehlah cuba. Negeri Sembilan tak ada lah pulak cawangan Gigi Coffee ni, kalau tidak boleh cuba bila bila masa. 

20 comments:

  1. Cawangan banyak belah selatan.. Boleh cuba ini.. Nak juga tahu beza kopi Indonesia dan kopi Colombia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak negeri tengah² KL Selangor je. Selatan sikit ada Melaka je, Utara pun Penang tu je lah. Kot ada nampak bolehlah mengopi rasa dua dua jenis biji kopi.

      Delete
  2. Akak suka Hazelnut latte dia...sedap...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Marketing kurang kot agaknya. Nanti kot nampak kedai ni bolehlah mengopi Kak Nor.

      Delete
  4. belum cuba...ada nmpk di Sunway Putra Mall, selalu ramai org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ramai orang bolehlah cuba nanti kan. Masa saya pergi ni tak ada orang lansung.

      Delete
  5. caramel machiato always be my fav nak mengopi hehehe

    ReplyDelete
  6. Gigi coffee sedap jugak. Selalu pergi dengan member, kitorang suka buat lawak nak kopi Shakira ke kopi Rossa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah sedap jugak kan. Hahaha...ada je point nak melawak kan.

      Delete
  7. pernah try gak hari tu masa gi IOI mall ..not bad

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba. Tak ada lagi di Perak. Nampak sedap kopinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut dari store locator kat Perak tak ada lagi. Nanti kot turun KL Selangor tu kalau dah dekat boleh cuba rasa.

      Delete
  9. Buttercream latte dia sedap. Tak puas satu cawan. Haha. Try la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Baiklah nanti saya cuba. Terima kasih recommend :)

      Delete
  10. Replies
    1. Ye, ada macam macam jenis untuk peminat kopi dan bukan peminat kopi pun ada menu lain.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.