Merarau Dan Mencendol Di Cendolday Kota Warisan
Seusai urusan mak di KLIA, dah tak nampak bayangan mak di pelepasan terus kami gerak balik. Kami berdua gerak satu kereta dengan adik ipar. Boleh jimat bayar parkir sikit kat KLIA tu. Tahu je lah nilai parkir dia mahal ya amat! Ye, walaupun kejap tetap mahal untuk rakyat marhaen.
Sebelum balik rumah dia dan nak ambil kereta kami, singgah merarau dulu di di Cendolday Kota Warisan seperti yang dia cadangkan. Kami ikut je lah. Kami pun tak ada idea nak makan apa sebenarnya.
Sebelum balik rumah dia dan nak ambil kereta kami, singgah merarau dulu di di Cendolday Kota Warisan seperti yang dia cadangkan. Kami ikut je lah. Kami pun tak ada idea nak makan apa sebenarnya.
Cendolday Kota Warisan ni baru renovate rupa paras dia kata adik ipar. Nampaklah ceria dan menarik resto Cendolday ni.
Nama je cendol tapi bukanlah jual cendol semata-mata. Ada je makanan lain yang dijual seperti nasi ayam kicap, nasi ayam penyet, hidangan mi dan macam-macam lagi.
Tak cendolday kalau tak pekena cendol kat sini kan. Kami berdua kongsi order cendol pulut mangga. Sedapnya cendol Cendolday ni. Rasanya tak manis sangat, just nice lah untuk tekak orang yang bukan pemanis.
Adik ipar order cendol aiskrim. Ada banyak lagi menu cendol yang ada. Rambang perut nak pilih mana satu sebenarnya.
Memandangkan datang waktu merarau dan belum makan lagi, kamai order set nasi sepinggan sorang. Saya dan husband order set ayam kicap dan adik ipar order ayam penyet. Set nasi tak ada dalam gambar, sampai-sampai terus menjamu selera.
Porsi nasi dan ayam besar. Sesuai dengan harganya. Sedap pun sedap. Ayam kicap yang lembut dan berasa. Sambal pun pedas tak berapi sangat kira okaylah tu. Boleh masuk dalam kategori sedap.
Kota Warisan ni meriah betul dengan kedai makan. Agak rare jugalah ada kedai cendol yang boleh dijamu bila-bila masa. Selain cendol, ABC Kota Warisan pun ada kat sini. Cendolday antara kedai makan Kota Warisan yang sedap, menu pun pelbagai banyak pilihan untuk seisi keluarga.
Masa kami makan kat situ pun ada beberapa keluarga sedang menjamu selera. Next time bolehlah singgah lagi makan kat Cendolday Kota Warisan, boleh cuba menu lain pula.
Lokasi Cendolday Kota Warisan
No.5 Jalan KLIA Avenue Pusat Perdagangan, KLIA Avenue, 43900 Sepang, Selangor
Terasa kesedapan makan pulut mangga dalam cendol. Baru pertama kali dengar.
ReplyDeleteMacam ini kena minta singgah ke Kota Warisan kalau ke KLIA. Insya Allah.
Sedap gabungan cendol bersama pulut dan mangga kak. Kot ada pergi KLIA boleh singgah sini kak :)
Deletelama tk mkn cendol
ReplyDeleteKalau jumpa kedai cendol, bolehlah membeli nanti :)
Delete