Sebiji Kek Comel Platinum Series Secret Recipe, Royal Chocolate Untuk Sambutan Hari Kita Ke-9

Sambutan Hari Kita ke-9, encik suami beli sebiji kek comel perisa royal chocolate platinum collection series Secret Recipe. Kategori petite cake lebih kurang setengah kilogram kek. Secret Recipe royal chocolate size ni sesuai lah untuk sambutan hari yang manis manis kecil-kecilan gitu.

secret recipe royal chocolate cake platinum

Kek platinum collection Secret Recipe ni rasanya dah wujud sejak tahun 2021 kalau tak silap saya lah. Baru tahun ni dapat merasa beli. Kononnya encik suami nak beli square kek je tapi tak ada stok pula. Beli lah kek platinum series ni. 

3 perisa terbaru Platinum series kek Secret Recipe

  1. Royal Chocolate
  2. Snow Choc Macadamia
  3. Confetti Rainbow

secret recipe royal chocolate cake platinum

Royal Chocolate, Platinum Series Secret Recipe 

Royal chocolate Secret Recipe price RM75. Kek yang kaya dengan rasa coklat yang sedap sebab tak manis sangat dan moist. Yang suka chocolate mesti suka. Saya yang kurang gemar chocolate pun boleh suka tiber! Tapi tak boleh makan banyak sekaligus lah. Nanti bersemut pulak.

secret recipe royal chocolate cake platinum

Tengok keratan rentas kek royal chocolate ni. Memang kaya dengan coklat betul! Mud cake dilapisi dengan coklat dan dibalut dengan chocolate coating yang tak nipis dan tak tebal sangat. Atas kek dihiasi dengan cocoa crumbles ditaburi pula dengan premium cocoa powder.

Secret Recipe royal chocolate size dan harga berbaloilah pada saya. Rasa pun sedap. Untuk birthday budak-budak boleh beli Confetti Rainbow sebab lapisan kek dia warna bianglala atau pelangi.

Selain platinum series kek yang come, Secret Recipe artisan cake pun menarik juga. Yang tu belum pernah beli lagi. Kena tunggu next event lah nampaknya.

Walaupun kek comel tapi belum tentu makan habis berdua. Ada yang datang, rezeki dia lah dapat merasa. Rezeki dikongsi bersama gitu. Dalam rezeki kita kadang terselit rezeki orang lain juga.



22 comments:

  1. wow....nampak pun so yummy.. happy anniversary!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak. Yup, nyummylicious :)

      Delete
  2. Happy Anniversary Fiza dan Suami.
    Baguslah ada petite ceke gini, sesuai untuk kita2 yang keluarga kecik ni.
    Dah dapat idea nak beli kek anniversary kami bulan depan..hehe.
    Cantik gambar Fiza, macam kek tu ada depan mata akak pulak tengoknya tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih kak.
      Betul tu, sesuai untuk keluarga kecil. Nak beli yang besar tu macam banyak sangat pulak kan. Boleh sangat kak, ada 2 lagi perisa. Pelangi tu macam cantik je.
      Terima kasih sekali lagi kak.

      Delete
  3. Happy anniversary Fiza...akak terus jatuh cinta kat kek tu ha...alaaaa...nak jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Next birthday boleh cuba birthday cake SR ni pulak kak :)

      Delete
  4. Happy 9th Anniversary Fiza & suami. Moga sentiasa bahagia selalu 🤲
    Akk suka Choc Indulgence je kalau SR ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Allahumma Aamiin...
      Terima kasih untuk doanya kak.

      Choc Indulgence kegemaran ramai. Tak pernah jemu kan.

      Delete
  5. selamat menyambut hari ulangtahun Fiza dan suami. semoga bahagia selalu dan dilimpahi rezeki yang banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin Allahumma Aamiin...
      Terima kasih doakan kami kak yan :)

      Delete
  6. comel jugak saiz dia tu...selamat hari ulangtahun buat fiza dan suami ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel tak comel sangat. Jenuh jugak tu nak habiskan berdua. Sehari sepotong pun lambat nak habis. Hehehe...
      Terima kasih untuk ucapannya :)

      Delete
  7. perghhh coklat dia, penuh!! hahaha.... hepi anniversary fizah n hubby :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang full of chocolate KakRet. Puas hati kalau peminat chocolate.
      Terima kasih KakRet :)

      Delete
  8. Last pergi SR bulan Mac lalu, sempena birthday Firdaus. Terliur pulak tengok kek ni Fizah.
    Happy anniversary. Moga terus bercinta hingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tunggu next birthday lah ni. Takpun beli untuk makan satu family pun boleh Kak Amie.

      Aamiin Allahumma Aamiin...
      Terima kasih doakan untuk kami :)

      Delete
  9. Memang sesuai nama platinum. Sesuai untuk special occasion dan special person. Happy anniversary to both of you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...sesuai sangat untuk small special event.
      Terima kasih Sal :)

      Delete
  10. nampak full of choc!.. happy anniversary fiza dan hubby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, memang penuh dengan rasa coklat. Sedap!
      Terima kasih Nina :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.