Senarai Lokasi Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Di Seluruh Malaysia Peringkat Negeri

Sambutan Hari Kemerdekaan 2022 yang ke 65 lebih meriah pada tahun ni. Banyak acara gilang gemilang diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotik cintakan negara. Selain sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri juga akan diadakan.

baca juga : 

Bolehlah ramai-ramai menyaksikan acara perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022. Sambutan perarakan Hari Kebangsaan di setiap negeri bermula pada pukul 7.00 pagi pada hari Rabu, 31 Ogos 2022.

lokasi sambutan hari kemerdekaan 2022

Menjelang Ambang Merdeka, penduduk sekitar Putrajaya dan beberapa tempat lagi ada mengadakan sambutan Ambang Merdeka.

Senarai lokasi sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2022

Wilayah Persekutuan Putrajaya
Lokasi : Anjung Floria Putrajaya
waktu  : 9:00 malam - 12:00 tengah malam

Acara Sambutan Ambang Merdeka 2022 yang berskala paling besar dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, iaitu Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob. Diadakan di tapak Anjung Floria, bersempena dengan Festival Royal Floria Putrajaya 2022 yang berlangsung mulai 29 Ogos 2022 sehingga 4 September 2022.

Antara aktiviti yang diadakan seperti konsert artis terkenal (Ameng, Amir Masdi Haqiem Rusli, Afiq, Nash, Manbai, Ayu Damit), persembahan kebudayaan serta pertunjukan bunga api.

Selangor
Lokasi : Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Acara Sambutan Ambang Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam menggabungkan aktiviti kerohanian dan juga hiburan dihadiri YAB Menteri Besar. Pertama sekali, program selawat dan munajat yang dipimpin Habib Ali Zaenal Abidin turut diadakan pada jam 4.45 petang.

Selepas itu acara ambang kemerdekaan akan bermula pukul 8:00 malam. Sambutan diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan artis terkenal Erni Zakri dan Black Hanifah, perarakan dan perbarisan, tarian pelbagai bangsa, koir, kawad senyap, tempur tanpa senjata serta pertunjukan bunga api.

Perak
Lokasi : Dataran MBI, Ipoh
YAB Menteri Besar

Sambutan Ambang Merdeka di Perak 2022 diadakan di Dataran MBI, Ipoh dihadiri oleh YAB Menteri Besar. Pelbagai persembahan bakal disajikan secara langsung.  

Perlis
Lokasi : Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
DYMM Tuanku Raja Perlis

Lokasi Perarakan Hari Kebangsaan 2022 Ke-65 Di Seluruh Malaysia Peringkat Negeri

  • Wilayah Persekutuan Labuan - Taman Damai Layang-Layangan (Ahli Dewan Negera)
  • Johor - Dataran Iskandar Puteri Nusajaya (YAB Menteri Besar)
  • Melaka - Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka (TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka)
  • Negeri Sembilan - Padang Majlis Bandaraya, Seremban (DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)
  • Perak - Dewan Bandaraya Ipoh (DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan)
  • Kedah - Dataran Medan Bandar, Alor Setar (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah)
  • Pulau Pinang - Padang Kota Lama (TYT Pulau Pinang)
  • Pahang - Padang MBK 4, Kuantan (Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang)
  • Terengganu - Taman Awam Batu Burok (DYTM Yang Dipertuan Muda Terengganu)
  • Kelantan - Padang Majlis Daerah Keterah (YAB Menteri Besar)
  • Sabah - Padang Merdeka Kota Kinabalu (TYT Yang di-Petua Negeri Sabah)
  • Sarawak - Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong (TYT Yang di-Petua Negeri Sarawak)
sumber : http://merdeka360.my/web/

8 comments:

  1. Kedah di hadapan masjid Zahir. Sini hujan . Salam Kemerdekaan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay, terima kasih untuk maklumatnya. Rata-rata tempat hujan sekarang ni.
      Selamat Hari Merdeka Naim.

      Delete
  2. Melaka tiada perarakan tahun ni.. Biasanya setiap tahun saya turut terlibat dalam perbarisan. Tahun ni buat kecil-kecilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh...macam tu. Mungkin maklumat dalam poster sambutan kecil kecilan seperti yang dikatakan tu kot.

      Delete
  3. Selamat hari kemerdekaan Fizah. Alhamdulillah dapat berjuang pergi dataran tadi. Sampai malam tak habis penatnya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Merdeka Sal. Wahh hebat berjuang tu. Bukan mudah tu nak sampai sana dengan ramai orang. Dapat bayangkan dia punya penat tu macamana. Semoga dapat rehat yang cukup.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.