Tips ke MAHA 2022 MAEPS Serdang
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2022 (MAHA 2022) anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bermula hari ini 4 Ogos 2022 sehingga 14 Ogos 2022 selepas empat tahun tiada penganjuran MAHA.
MAHA 2022, Pameran Pertanian Terulung Malaysia pada tahun ni dianjurkan secara hibrid iaitu kombinasi pameran secara fizikal dan maya. Penganjuran MAHA mepamerkan pelbagai produk baharu berkaitan pertanian bersandarkan kepada teknologi terkini, inovasi tempatan dan luar negara, strategi pemasaran serta pengeluaran yang efektif.
Penganjuran MAHA 2022 akan terus memperkukuhkan lagi agenda sekuriti makanan negara apabila sektor agromakanan berdepan pelbagai risiko dan cabaran pada peringkat domestik mahupun global, malah kesannya semakin dirasai sekarang.
Termasuklah cabaran produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian, perubahan iklim dan ancaman bencana alam, serangan penyakit serta dan perosak, tahap adaptasi teknologi dan mekanisasi yang rendah.
Perkembangan geopolitik seperti konflik Ukraine-Russia yang masih berlarutan dan dasar perlindungan yang terpaksa dilaksanakan beberapa negara pasti memberi kesan berganda ke atas sistem bekalan makanan dunia termasuk di Malaysia.

Peta MAHA 2022 MAEPS Serdang |
Tema MAHA 2022
Tema penganjuran MAHA 2022 tahun ni adalah 'Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan' selari dengan cabaran yang sedang dihadapi negara dan global pada masa kini.
Dengan adanya penganjuran MAHA 2022 mampu merangsang industri agromakanan negara, seterusnya memenuhi setiap keperluan dan rantaian makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).
Dengan adanya penganjuran MAHA 2022 mampu merangsang industri agromakanan negara, seterusnya memenuhi setiap keperluan dan rantaian makanan negara selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).
Penganjuran MAHA 2022 akan terus memperkukuhkan lagi agenda sekuriti makanan negara apabila sektor agromakanan berdepan pelbagai risiko dan cabaran pada peringkat domestik mahupun global, malah kesannya semakin dirasai sekarang.
Termasuklah cabaran produktiviti dan inovasi pertanian, kos input pertanian, perubahan iklim dan ancaman bencana alam, serangan penyakit serta dan perosak, tahap adaptasi teknologi dan mekanisasi yang rendah.
Perkembangan geopolitik seperti konflik Ukraine-Russia yang masih berlarutan dan dasar perlindungan yang terpaksa dilaksanakan beberapa negara pasti memberi kesan berganda ke atas sistem bekalan makanan dunia termasuk di Malaysia.
Tips ke MAHA expo 2022 MAEPS Serdang
- Pakai kasut yang selesa untuk berjalan dalam tempoh yang lama seperti flat shoes/sport shoes/sandal.
- Bawa payung.
- Bbawa carrier/stroller jika ada anak kecil.
- Bersedia mental dan fizikal untuk berjalan jarak jauh.
- Jika bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan, sakit lutut dan tak boleh berjalan lama sila bawa kerusi roda.
- Bawa baby wipes untuk kegunaan kecemasan sebab air di toilet perlahan. Tambah lagi ramai orang.
- Bagi muslimah, bawa telekung sendiri senang sebab telekung sangat limited dan orang ramai.
- Pastikan hari yang dirancang untuk ke MAHA tiada rancangan lain selepas tu. Boleh habiskan sehari suntuk di sana tanpa rushing. Kira puas hati dapat jelajah MAHA 2022.
- Kalau rasa nak shopping banyak atau nak beli pokok, sila bawa troli atau bakul atau beg besar.
- Jangan segan makan makanan tester dari usahawan. Inilah peluang untuk merasa makanan yang ada.
- Harga parkir untuk pengunjung RM5. Bayaran perlu dibuat di pintu masuk dengan menggunakan TOUCH N GO.
- Kalau nak beli makanan-makanan dulu, boleh parkir dan masuk dari pintu berdekatan di hospital Serdang. Tapi kalau nk beli pokok-pokok dan jalan-jalan ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan, parking di pintu besar highway dari Puchong menghala ke bangi.
- Trem selalu penuh. Kalau rasa tak larat jalan, boleh parkir yang hujung-hujung parking lot. Jadi, di trem nanti bila nak naik ada la tempat duduk. Kalau parkir depan-depan, trem penuh. Sambil tu jalan kaki jauh sikit boleh sihatkan badan.
- Datang awal pagi.
- Pastikan anak-anak dalam pengawasan.
- Anak-anak yang masih kecil elok lah dipakaikan pampers. Takut terkucil pula.
- kalau ambil gambar, upload dalam media sosial jangan lupa hashtag #MAHA2022 #myDOA #LamanFlorikultur dan #MiracleGardenDOA
Boleh Follow Tiktok Jabatan Pertanian untuk live MAHA2022 setiap hari. Untuk maklumat lanjut : https://mahaexpo.my
sumber : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan | Expo MAHA
sumber : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan | Expo MAHA
Tq atas tips-nya, Fiza.
ReplyDeletesama-sama kak :)
DeleteLama tak berkunjung ke MAHA.
ReplyDeleteKali ni macam kurang promosi awal di media. Kalau tak kerana suami bakal terlibat jaga booth, akak pun tak tahu ada MAHA.
A'ah kan. Dah berlansung baru tahu ada. Seronok juga tu jaga booth MAHA 2022. Penat tu dah tentu tapi pengalaman tu yang bestnya.
DeleteOh dah start MAHA, yg minat wajib pegi ni. Mcm.2 ada kan.
ReplyDeleteAkak suka he hew ingat yg last dtg tu terpaksa parkingg jauh. Tp ada shutter bus tu ok je. Sehari suntuk tak habis jln
Pengunjung setia MAHA ni nampaknya. Jangan lupa pergi yang tahun ni, mesti lagi meriah. Betul, ada shutter bus memudahkan juga dari kena menapak jauh.
Deletelast bertugas MAHA 20189 sblum pandemic...biasa MAHA ni 2thn skali tp thn 2020 tkde sbb covid...so thn 2022 kembali lagi tp kalini tk bertugas sbb dh inform bos demi pinggangku yg br nk baik...kan lama berdiri sakit balik riso juga
ReplyDeleteLast ahun 2018, pastu 2020 dah missing, kembali 2022. Itu yang hampir 4 tahun tu. Bagus juga dah inform awal tu, risau juga memudaratkan. Syukurlah bos memahami.
DeleteTips yg berguna.
ReplyDeleteSenang siap² sebelum pergi :)
Deletetak ingat bila last pergi MAHA ni. memang seronok tapi balik rasa nak tercabut kaki. perut kenyang makan macam-macam
ReplyDeleteTahu takpe Sal. Bukan selalu takpe lagi.
DeleteSejak MAHA ditubuhkan Aini tak pernah pi sebab tak boleh pi tempat crowded walaupun tahu kat sana ada macam ada.
ReplyDeleteAini ni senang semput so memang tak pi la mana2 event..
Faham sangat Aini. It's okay. Kalau memudaratkan kita, lebih baik jangan pergi.
Delete