8 Pantai Menarik Untuk Berkelah Dan Bermandi Manda Di Selangor

Pantai dan laut salah satu tempat menarik untuk dikunjungi. Biasanya aktiviti di pantai ni kita boleh berkelah dan bermandi manda. Di Selangor ada beberapa pantai yang menarik untuk berkelah dan bermandi manda serta mempunyai kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Setiap pantai ada daya tarikannya tersendiri. Jom pergi!
 

8 Pantai Menarik Untuk Berkelah Dan Bermandi Manda Di Selangor

pantai menarik di selangor 2022

1. Pantai Remis, Kuala Selangor

  • Kemudahan termasuk tandas awam, restoran seafood & playground.
  • Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.
  • Boleh bermain layang-layang.
  • Terdapat port memancing.
  • Terdapat tapak penjaja untuk membeli hasil laut.

2. Pantai Morib, Kuala Langat

  • Dipenuhi pokok casuarina dan pokok kelapa.
  • Terdapat kemudahan awam.
  • Boleh bermain aktiviti pantai seperti bola sepak pantai, bola tampar pantai & layang-layang.
  • Terdapat tugu peringatan World War 2.


3. Pantai Bagan Lalang, Banting

  • Terletak di daerah Sepang.
  • Boleh memancing, bermain layang-layang, BBQ session, berkayak & berkhemah.
  • Terdapat rivercruise di Sungai Sepang Besar.
  • Berdekatan dengan Avani Sepang Gold Coast.

4. Pantai BNO (Bagan Nakhoda Omar), Sabak Bernam

  • Nama penuhnya Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO).
  • Perlu diakses melalui kawasan kampung tradisional.
  • Terletak di kawasan paya bakau.
  • Terdapat gerai penjaja dan medan selera.

5. Pantai Redang, Sekinchan

  • Sebuah pantai yang tersembunyi di Sekinchan.
  • Tempat bergambar yang menarik ketika matahari terbenam.
  • Tempat terbaik untuk mencari ketam laut.
 

6. Pantai Jeram, Kuala Selangor

  • Terletak di bahagian utara Pantai Remis.
  • Restoran aroma ikan bakar terletak di sini.
  • Port terbaik untuk makan malaam di restoran seafood.
  • Pantainya tidak popular untuk bermandi manda.

7. Pantai Kelanang, Banting

  • Merupakan kawasan jeti nelayan.
  • Terdapat rimbunan bakau yang boleh dilihat ketika air surut.
  • Boleh berjalan menuju ke arah laut ketika air surut.
  • Sesuai untuk berkelah & bermandi manda.
  • Juga terdapat playground dan kedai makan.

8. Pantai Cunang, Tanjung Sepat

  • Tidak popular tetapi cantik, bersih dan terjaga.
  • Pantai terbaik setakat ini di Selangor.
  • Bayaran diperlukan untuk menjalankan aktiviti di pantai ini.
  • Pasir pantainya putih, langit & lautnya juga membiru.
sumber : jalan-jalan cuti santai

10 comments:

  1. Replies
    1. Ya, ada beberapa yang kurang popular tapi tempatnya cantik juga.

      Delete
  2. Banyak tempat wak belum pernah sampai kecuali pantai Morib aje

    ReplyDelete
  3. Pantai Remis dan Pantai Jeram itu wajib dikunjungi kalau balik kampung. Teringat dulu selepas waktu sekolah, selalu singgah pantai Jeram. Kalau air sedang mula pasang, anak-anak ikan belanak terlebih dahulu berenang ke pantai, melompat-lompat atas lopak. Kami kutip, kandut dalam kain. Bawa pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya teringin nak pergi pantai jeram tu makan seafood. Tapi itulah tak kesampaian lagi. Seronok tu aktiviti kak amie dulu dulu. Sekarang masih lagi ke ada aktiviti macam tu bila balik kampung? Tentu seronok! Pantai Remis belum pernah sampai lagi. Dalam banyak banyak ni singgah BNO je baru.

      Delete
  4. Yg paling terkenal dari pantai2 di atas, pantai redang buat orang indonesia😁. Banyak temen2 yg pernah pergi ke pantai itu. Saya sendiri belum pernah kak. Maklum aja, lebih suka daerah gunung drpd pantai 😅.

    Asiiik banget Sept masa2 cuti sekolah di sana Yaa. Kalo di sini belum. Masih tetep belajar, dan Exam. Tp tak ada libur 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Pantai Redang yang disebutkan tu mungkin Pantai Redang di Terengganu. Pantai Redang Terengganu memang popular. Ada kesempatan boleh lah pergi ke Pantai Redang sebab di Terengganu ada juga bukit yang menarik untuk hiking.
      Ya, sekarang tengah cuti sekolah. Biasanya disana bila cuti sekolah?

      Delete
  5. byk juga pantai di selangor ye..tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira banyak jugak ni. Mungkin ada banyak lagi hidden gem yang kita tak tahu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.