Bab 9 : September 2022
Tak terasa cepatnya masa berlalu pergi. Bila dah sibuk dengan banyak urusan, begitulah. Otak pun tak selari dengan pemikiran kadang. Belum lagi dengan kepenatan yang ditanggung. Rasa macam nak bercuti pergi kemana-mana tenangkan fikiran sekejap.
Tahu-tahu dah masuk bulan September dah ye. Tak ada perancangan apa-apa di bulan September ni. Harap ada rezeki dapat balik kampung sebab bulan Ogos tak berkesempatan nak balik Kampung di Segamat. Biasa sebulan sekali macam tu lah.
Hari ini, 1 September 2022 mak mentua akan balik dari umrah. Semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin...
16 September 2022, kita akan menyambut Hari Malaysia 2022. Hari Malaysia jatuh pada hari Jumaat, boleh ambil cuti tu sambung long weekend. Ke ada yang dah merancang untuk bercuti dah?
16 September 2022, kita akan menyambut Hari Malaysia 2022. Hari Malaysia jatuh pada hari Jumaat, boleh ambil cuti tu sambung long weekend. Ke ada yang dah merancang untuk bercuti dah?
Pencapaian blog pulak agak merosot akhir-akhir ni. Kurang idea nak update blog. Sedang mengalami Writer's block yang susah nak dibendung. Hutang blogwalking pun dah menimbun ni. Adeh! Ampunnnn...
Terima kasih yang masih sudi singgah tinggalkan komen. Kita pulak naik segan tak datang-datang menyinggah ke rumah orang. Tak nak blog sunyi saya update drama je lah mampu. Tak komen pun takpe tau. Saya faham.
![september 2022 calendar september 2022 calendar](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoKcviO8O1amYix5_JUEY1YLZTxJ-zJR6dP43tgbzuMusDKKvr96OMeyZ3Pl6Wry5LvVzBuslBGyRhBE-zxV5a-LWbGOJjSDJFJmTKAK1oZYR8ktVMk-Y-SrYvGtwD2P30qE5OmfvdrkpQ5jaxpLOenoclD6UKpWLaceJl5bF6S4Ac6wo2ebHoNcojKw/s16000-rw/September%202022.webp)
Page 243/365
Chapter 9
16 Sep (Jumaat) : Hari Malaysia (Semua Negeri)
18 Sep (Ahad) : Cuti Hari Malaysia (Johor & Kedah)
![september 2022 calendar september 2022 calendar](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoKcviO8O1amYix5_JUEY1YLZTxJ-zJR6dP43tgbzuMusDKKvr96OMeyZ3Pl6Wry5LvVzBuslBGyRhBE-zxV5a-LWbGOJjSDJFJmTKAK1oZYR8ktVMk-Y-SrYvGtwD2P30qE5OmfvdrkpQ5jaxpLOenoclD6UKpWLaceJl5bF6S4Ac6wo2ebHoNcojKw/s16000-rw/September%202022.webp)
Page 243/365
Chapter 9
Don’t worry about your past
just like lily
you are able to rise from the mud
bloom out of the darkness
and radiate the world with your purity
September holidays 2022
3 Sep (Sabtu) : Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)16 Sep (Jumaat) : Hari Malaysia (Semua Negeri)
18 Sep (Ahad) : Cuti Hari Malaysia (Johor & Kedah)
Mengharapkan yang lebih baik di bulan September ni. Semoga Allah cukupkan rezeki serta pemudah segala urusan kita semua serta diberikan nikmat kesihatan yang baik juga. Aamiin...
Semoga semuanya baik2 sahaja utk Fizah ya.
ردحذف
حذفAamiin Allahumma Aamiin...
Terima kasih kak :)
Semoga masalah writer's block awak boleh diatasi dibulan September....
ردحذفkalau tak pun cakap ngan minda "wake me up when September ends" ahaksss
حذفHarap begitulah...Aamiin
Hehe..terhibur dengan ayat tu Ammi :)
Tidak sedar masa mak mertua Fiza hendak pulang dari umrah.
ردحذفWaktu cuti Hari Malaysia ada kenduri kahwin.
Takpelah ada kelapangan dapatlah datang melawat blog Fiza.
Amin untuk doa Fiza.
Sekejap je kan masa berlalu. Ohh ada kenduri ye. Semoga urusan majlis kenduri berjalan dengan lancar. Aamiin...
حذفTerima kasih kak :)
sama²
Sekejap je dah masuk September kan...
ردحذفTakpe Fiza, pelan-pelan kayuh semula :)
Kann..cepat je dah masuk bulan September.
حذفInshaAllah..terima kasih kak :)
Kira2 dah nak hujung tahunlah ni
ردحذفtup tap tup tap nanti dah masuk 2023
Kannn wak..nak hujung tahun dah. Itulah tu, kejap je masa berlalu.
حذفsekejap ja dh masuk bulan 9..lama x singgah blog akak..
ردحذفCepat masa berlalu kan...tak pe busyra. Saya pun lama tak menyinggah ke blog lain. Bila sibuk, begitulah...
حذف