Cara Bayar Caruman KWSP Sendiri Secara Online Melalui i-Akaun KWSP
Berita baik untuk mereka yang bekerja sendiri atau suri rumah, sekarang dah boleh bayar caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sendiri dengan mudah secara online melalui i-Akaun samada menggunakan aplikasi atau laman web KWSP. Boleh juga buat pembayaran caruman kwsp sendiri secara online melalui bank yang terpilih.
Boleh juga mencarum untuk orang lain, pastikan ada no. ahli KWSP, no. kad pengenalan (IC) dan nama penuh.
2. Log masuk akaun. Kemudian akan terpapar akaun KWSP
4. Slide to continue, kemudian paparan senarai bank akan terpapar pada skrin. Boleh pilih bank masing-masing. Pastikan ada duit dalam bank ye.
Boleh download receipt untuk simpanan dan rujukan akan datang. Caruman yang dibuat akan dikreditkan kedalam akaun dalam tempoh 3 hari bekerja.
Sangat mudah untuk buat caruman kwsp sendiri. Banyak kelebihan caruman sendiri untuk mereka yang tiada pendapatan tetap atau bekerja sendiri. Dari terbiar sepi, lebih baiklah topup duit tabung di KWSP untuk kegunaan masa depan.
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
Penyertaan sukarela caruman KWSP
Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan. Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk menyimpan simpanan bagi kegunaan di hari persaraan.Caruman sukarela KWSP tiada komitmen atau paksaan untuk membayar caruman. Boleh bayar caruman pada bila-bila masa dimana juga dengan jumlah minimum RM10.
i-Saraan KWSP
Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.Insentif Persaraan (i-Saraan)
Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman yang dibuat.- Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
- Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 60 tahun.
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap
- Ahli KWSP
Had bayaran caruman
Minimum : RM10
Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Cara Bayar KWSP caruman sendiri
1. Buka aplikasi i-Akaun atau boleh buat di laman web KWSP
2. Log masuk akaun. Kemudian akan terpapar akaun KWSP
3. Tekan add contribution, masukkan jumlah bayaran yang ingin dibayar
Bank yang terpilih seperti berikut :
Maybank2U
Public Bank
CIMB Bank
RHB Bank
Affin Bank
AgroNet
Affin Bank
AgroNet
Alliance Bank (Personal) (FPX B2C - Retail)
Am Bank
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank of China Berhad
Bank Rakyat
BSN
Hong Leong Bank
Kuwait Finance House
BSN
Hong Leong Bank
Kuwait Finance House
MBSB
5. Jika berjaya membuat pembayaran caruman KWSP, akan terpapar transaction status
Boleh download receipt untuk simpanan dan rujukan akan datang. Caruman yang dibuat akan dikreditkan kedalam akaun dalam tempoh 3 hari bekerja.
Sangat mudah untuk buat caruman kwsp sendiri. Banyak kelebihan caruman sendiri untuk mereka yang tiada pendapatan tetap atau bekerja sendiri. Dari terbiar sepi, lebih baiklah topup duit tabung di KWSP untuk kegunaan masa depan.
Kelebihan caruman sendiri (i-Saraan KWSP)
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan masing-masing serta masih boleh membuat pengeluaran
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 60 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Bantuan Kematian: RM2,500. *Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
- Dapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000
- Membantu untuk disiplin dan mencapai matlamat kewangan dengan menyimpan duit di KWSP.
- Had minimum RM10 sahaja
Untuk maklumat lanjut :
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/self-contributionhttps://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan
tq fizah sharing.... aritu mcm nak share juga tapi tetiba rasa malas sbb byk step hahaha..
ReplyDeletesama² Kak Ret. Itulah tu, banyak gak step nak buat dan tulis dalam blog. Ini pun dah diringkaskan.
DeleteWahhh.... Inisiatif yang bagus kepada yang bekerja sendiri untuk menyimpan di masa akan datang. Alhamdulillah
ReplyDeleteBetul. At least yang tidak bekerja atau pendapatan tak tetap masih boleh simpanan di KWSP bila ada duit lebih.
Deleteterima kasih berkongsi. moga bermanfaat bagi yang bekerja sendiri. kwsp ni penting sebagai simpanan hari tua
ReplyDeleteSama². Sangat bermanfaat. Betul tu untuk simpanan hari tua nanti.
Delete