Cara Jimat Bercuti Di Hatyai Itinerary 2 Hari 1 Malam
Rancak rakyat Malaysia bercuti ke hatyai 2022 sekarang ni. Katanya lebih jimat berbanding bercuti di Pulau Langkawi. Itu tak dinafikan sebab bercuti ke Pulau memang mahal, bercuti dalam Negara sendiri pun makan kos juga. Tambah lagi perjalanan yang jauh.
Dengan serba serbi harga naik. Semua kena berbayar. Ada sesetengah tempat peranginan tu, nak masuk toilet awam pun RM2. Jangan tak percaya ye. Percayalah!
Trend bercuti naik kereta api pun menarik juga. Ada Train to Ipoh, Train to Dabong, Train to Pantai Timur, Train to Utara dan terbaru Train to Hatyai (trip ke hatyai naik ets 2022).
Pengalaman bercuti di Thailand, trip ke Hatyai naik kereta je setakat ni. Teringin juga nak naik kereta api atau kapal terbang. Selain tu boleh juga naik van ke Hatyai dari padang Besar kalau tak silaplah.
Pengalaman bercuti di Thailand, trip ke Hatyai naik kereta je setakat ni. Teringin juga nak naik kereta api atau kapal terbang. Selain tu boleh juga naik van ke Hatyai dari padang Besar kalau tak silaplah.
Satu lagi, Terpaling cara jimat bercuti di Hatyai 2 hari 1 malam dengan menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dikongsikan oleh Siakap Keli. Simpan siap-siap gambar ni untuk rujukan akan datang. Siapa nak bercuti ke Hatyai tu boleh lah rancang dulu.
sumber : siakap keli |
Trip ke Hatyai naik bas dari TBS 2022 : Itinerary Hatyai 2 hari 1 malam
1. Pengangkutan
Naik bas dari TBS-Terminal Bersepadu Selatan (RM70) 10 jam perjalanan.
2. Tempat penginapan
Menginap di Bhava Residence (RM65 satu malam, dilengkapi katil King-sized, peti ais dan microwave). Lokasi hotel juga berhampiran dengan Central Festival Mall dan hanya walking distance ke ASEAN Night Market, stesen bas dan Greenway Market.
3. Makanan
Syurga makanan! udang 100 baht bersamaan RM12. Makanan yang murah dan segar kerana lokasi berdekatan dengan laut.Harga makanan di Hatyai 2022 boleh dikatakan murah dan sangat berbaloi. Tempat wajib singgah di Khlong Hae Floating Market, Hatyai. Floating market ni cuma di buka pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja.
4. Perbelanjaan
Disyorkan untuk menggunakan kad kredit/debit untuk perbelanjaan. Aktifkan International Transaction kerana ianya lebih mudah dan jimat masa daripada tukar matawang di Money Changer.5. Asean Night Market dan Greenway Market
Elakkan berkunjung ke pasar pada hari Selasa ( Selasa : pasar tutup). Pergi pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.Lepas ni boleh merancang percuti ke Hatyai pula. Sebelum tu jangan lupa pastikan passport masih valid ye. Sekarang dah mudah boleh renew passport online je.
Ok tgu kita g trip hatyai ni bln depan heheh..
ReplyDeleteWah..dah siap plan dah. Selamat bercuti KakRet!
DeleteSempena Hari Malaysia baru ni ada tren khas dari KL-Hatyai. Memang mudahlah tak payah tukar kenderaan dah. Terus sampai.
ReplyDeleteA'ah Kak. Saya ada tulis train to hatyai dalam entri. Best jugak tu nak train ke sana. Tahu-tahu sampai je kan.
DeleteHahaha... mmg tengah plan nak ke Hatyai ni. Silap2 ke terus ke Phuket..
ReplyDeleteMacam tak lama lagi dah tu. Selamat bercuti :)
Delete