Itinerari 1 Hari Trip Ke Ipoh Menaiki ETS Dan Port Wajib Singgah Di Ipoh
Akan tiba masanya nanti, teringin juga nak ada pengalaman naik ETS ke Ipoh macam trip Train to Ipoh blogger Sal. Dapat buat 1 hari Trip Ke Ipoh dengan menaik ETS pun jadilah.
Nak merasa naik train jauh sikit sambil menikmati permandangan luar dari kebiasaan. Encik suami pun tak perlu nak berpenat memandu kereta jauh ke Ipoh nun. Tak payah hadap kesesakan jalan raya. Masuk train duduk saja, duduk santai rehat je. Tahu-tahu dah sampai Ipoh. Jimat tenaga dan masa.
Sekarang ada diskaun 50% untuk zon tambang murah dari ktmb. Bolehlah rancang bercuti naik ETS. Masih ada sisa baki cuti sekolah.
Naik ETS memang syok, semua kemudahan lengkap dan selesa. Ada surau, tandas, cafe makanan dan ruang antara tempat duduk pun sangat luas. Yang paling penting ada TV gais! sempat jugak layan movie action yang dorang pasang masa perjalanan ke Ipoh.
10:30 pagi : Tiba di stesen KTM Ipoh, kalau korang nak ke Concubine Lane memang senang sebab jarak dia dari situ cuma 7 minit je jalan kaki. So, boleh jimat duit tambang Grab, jalan kaki lagi bagus. Baru la traveller kan
Pelbagai jenis makanan dan cenderahati menarik yang boleh korang beli dekat sini, tapi yang paling geram kedai Rendang Tok MakNik situ. Daripada nak rasa, terus terbeli.
Itinerary Ipoh 1 hari macam ni agak memenatkan juga kalau terus balik. Kalau nak bermalam, mereka cadangkan untuk bermalam di M Boutique Hotel Ipoh.
Sebenarnya kan, saya jarang sangat nak ke Ipoh kalau tak ada hal mahupun bercuti di Ipoh. Sebab rasa macam jauh je perjalanan tu. Mungkin lepas ni boleh plan bercuti naik ETS ke Ipoh pulak.
Terbaca pula Itinerari 1 hari trip ke Ipoh menaiki ETS yang dikongsikan facebook page Perak Sana Sini, macam menarik je trip to Ipoh naik ETS ni. Simpan dalam blog untuk rujukan akan datang.
ETS ke Ipoh berapa jam? Persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya. Bosan juga kalau perjalanan jauh lama-lama. Kematu duduk dalam train. Dari pembacaan saya, ETS ke Ipoh lebih kurang 2 jam lebih dari Kuala Lumpur.
Harga tiket ETS ke Ipoh 2022 boleh rujuk online.ktmb.com.my. Haritu saya check harga tiket ETS ke Ipoh untuk 2 orang pergi dan balik (1 day trip), jumlah RM90. RM45 seorang. Perjalanan ambil masa 4 jam lebih dari Seremban, Negeri Sembilan.
Terbaca pula Itinerari 1 hari trip ke Ipoh menaiki ETS yang dikongsikan facebook page Perak Sana Sini, macam menarik je trip to Ipoh naik ETS ni. Simpan dalam blog untuk rujukan akan datang.
ETS ke Ipoh berapa jam? Persoalan yang sering bermain dalam fikiran saya. Bosan juga kalau perjalanan jauh lama-lama. Kematu duduk dalam train. Dari pembacaan saya, ETS ke Ipoh lebih kurang 2 jam lebih dari Kuala Lumpur.
Harga tiket ETS ke Ipoh 2022 boleh rujuk online.ktmb.com.my. Haritu saya check harga tiket ETS ke Ipoh untuk 2 orang pergi dan balik (1 day trip), jumlah RM90. RM45 seorang. Perjalanan ambil masa 4 jam lebih dari Seremban, Negeri Sembilan.
Sekarang ada diskaun 50% untuk zon tambang murah dari ktmb. Bolehlah rancang bercuti naik ETS. Masih ada sisa baki cuti sekolah.
sumber : ktmb.com.my |
Itinerari 1 Hari Trip Ke Ipoh Menaiki ETS
8:00 pagi : Bermula dari stesen KL Sentral di platform B aras 2, bertolak ke Ipoh menaiki ETS pukul 8.00 pagi dan tiba di stesen KTM Ipoh sekitar pukul 10.30 pagi.Naik ETS memang syok, semua kemudahan lengkap dan selesa. Ada surau, tandas, cafe makanan dan ruang antara tempat duduk pun sangat luas. Yang paling penting ada TV gais! sempat jugak layan movie action yang dorang pasang masa perjalanan ke Ipoh.
10:30 pagi : Tiba di stesen KTM Ipoh, kalau korang nak ke Concubine Lane memang senang sebab jarak dia dari situ cuma 7 minit je jalan kaki. So, boleh jimat duit tambang Grab, jalan kaki lagi bagus. Baru la traveller kan
Pelbagai jenis makanan dan cenderahati menarik yang boleh korang beli dekat sini, tapi yang paling geram kedai Rendang Tok MakNik situ. Daripada nak rasa, terus terbeli.
Concubine Lane ni memang best kalau korang nak jalan makan-makan dan cuci mata sebab banyak tempat cantik dan instragammable spot yang boleh korang OOTD.
Lepas tu bolehlah pergi di tempat-tempat menarik di Ipoh. Untuk day trip ni rasanya tak boleh nak pergi banyak tempat dan kena kejar masa sikit. Kalau tidak tertinggala kereta api balik nanti kalau dah beli tiket pergi balik siap-siap.
Tempat-tempat menarik di Ipoh
1. Tasik Cermin, Gunung Rapat
Disebabkan pembentukan batu kapur yang banyak di Ipoh, bandar ini juga diberi nama samaran ‘Guilin of Malaysia’. Antara hidden gem yang terbaru di Ipoh ialah Tasik Cermin yang terletak berdekatan Tokong Da Seng Ngan.Di sini, anda akan menemui bukit batu kapur yang tinggi menggunung dan air tasik yang cukup tenang sehingga anda dapat menyaksikan pantulan kawasan sekitarnya. Memandangkan kawasan ini masih belum diketahui ramai, kami sarankan anda datang ke sini bersama teman-teman anda atas faktor keselamatan.
2. Pasar Karat Ipoh
Beroperasi hanya pada hari Ahad (7am-1pm), Pasar Karat yang sangat panjang ini bagaikan muzium masa lampau anda! Pengumpul barang lama pasti akan rambang mata melihat koleksi duit-duit lama, majalah/buku lama, perkakas antik dan sebagainya.Yang tak berminat akan barang old school pun turut akan berseronok menginjau kenangan zaman kecil!
3. Concubine Lanes
Juga salah satu kawasan yang termasuk dalam senarai Ipoh Heritage Trail, Concubine Lanes ialah antara usaha untuk membaik pulih tempat-tempat bersejarah di Ipoh. Terbahagi kepada tiga batang jalan (Lorong Hale, Lorong Panglima dan Market Lane), disini dapat melihat pelbagai mural street art, hotel butik, restoran/kafe serta kedai-kedai cenderahati.4. Pasar Gerbang Malam
Nama Pasar Gerbang Malam cukup gah untuk menggambarkan Ipoh. Ia merupakan salah satu identiti buat negeri Perak yang mana sehinggakan wujudnya terma tidak sah ke Ipoh jika tidak singgah ke Pasar Gerbang Malam.Lokasi kedudukan Pasar Gerbang Malam ini terletak betul-betul di Jalan Tahwil Azhar. Konsepnya Pasar Gerbang Malam adalah seperti uptown market yang popular di sesetengah tempat yang lain. Disana terdapat pelbagai gerai jualan yang menjual pakaian, kasut, bag, alat solek, alat mainan, barang perhiasan diri dan pelbagai lagi.
5. Muzium Darul Ridzuan
Muzium Darul Ridzuan adalah merupakan ruang yang menghimpun sejarah berkenaan dengan pembangunan bandar Ipoh dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor perlombongan dan pertanian. Muzium Darul Ridzuan ini dibangunkan dalam tahun 1926 dan ia telah berusia lebih daripada 100 tahun.Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk memelihara kisah sejarah perlombongan dan perhutanan di kawasan Ipoh serta menyimpan dan mengekalkan warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan.
6. Menara Memorial Birch
Anda ingat dengan kisah J.W.W. Birch? Ya, beliau adalah Residen British yang pertama di negeri Perak dan apa yang tragisnya, beliau telah maut ditangan pembesar-pembesar Melayu sewaktu terlibat dalam kisah kebangkitan orang Melayu Perak yang terkenal di Pasir Salak.Lokasi menara jam memorial Birch ini terletak di sebelah Masjid Negeri Perak dan ia telah dibina dalam tahun 1909 oleh anaknya yang juga merupakan Residen British di negeri Perak sempena memperingati ulang tahun kematian bapanya yang ke 34.
7. Street Art of Old Town & Ipoh Heritage Trail
Daripada bangunan lama yang kelihatan usang kini destinasi ini menjadi salah satu tempat tarikan pelancong di Ipoh untuk melihat keunikan mural-mural 3D yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic iaitu seorang pelukis mural yang turut menghasil karya popularnya di Penang, Johor Bahru, Kuala Lumpur & sehingga ke Singapura.Konsep Art of Old Town ini lebih kepada mural-mural yang banyak berkisarkan tentang kopi & bandar lama Ipoh. 2 benda ini memang berkait rapat & mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Ipoh sehingga menaikkan jenama Old Town White Coffee Ipoh.
baca juga : port percutian menarik di ipoh
Itinerary Ipoh 1 hari macam ni agak memenatkan juga kalau terus balik. Kalau nak bermalam, mereka cadangkan untuk bermalam di M Boutique Hotel Ipoh.
M Boutique Hotel Ipoh
M Boutique Hotel terletak lebih kurang 17 minit berjalan kaki daripada stesen keretapi Ipoh (Ipoh Railway Station).
Hotel yang sesuai dan strategik sangat untuk pelancong yang datang bercuti naik ETS ke Ipoh. Bilik penginapan yang disediakan di M Boutique Hotel direka dengan keunikan tersendiri. Malah, M Boutique Hotel juga memaparkan konsep vintage yang membuatkannya lebih menarik berbanding hotel-hotel lain di Ipoh.
Dengan rekaan yang lain daripada yang lain, setiap ruangan akan menjadi latar belakang yang cantik untuk gambar-gambar kenangan di Ipoh.
Diskaun harga tiket ETS ke ipoh 2022
Berita menarik buat pelajar sekolah menengah, pelajar Universiti di Malaysia dan juga warga emas pesara, akan terima diskaun sebanyak 40% sekiranya berdaftar dengan KTM Berhad.
Jadi, bolehlah lepas ni rancang bercuti naik ETS ke Ipoh. Selain Train to Ipoh, sekarang trend juga Train to Dabong dan Train to Hatyai. Bercuti naik kereta api ni pun seronok juga. Jalan-jalan dalam kereta api dan boleh tengok panorama yang berbeza.

Sumber: Backpackerz
Tasik cermin tu kalau nak pergi kena sewa kereta sebab keluar sikit dari town. Tapi naik ETS memang best!
ReplyDeleteNak sampai ke tasik tu pun agak jauh jugak kedalam kan kalau tak silap. Kena plan masa dan kaji dulu tempatnya. Teringin juga nak kesana.
DeleteWah.. Menarik betul itinerari yang Fiza kongsi ini..
ReplyDeleteBolehlah cuba buat day trip nanti. Tapi tak banyak tempatlah boleh pergi sebab kejar masa kan. Tapi kalau nak feeling nak keretapi jalan jauh bolehlah :)
DeleteTerima kasih sharw iternary ke ipoh dengan menaiki ets . Memang xda lagi pengalaman pergi bercuti naik ets ni .
ReplyDeleteKalau Lyana kena naik train to hatyai. Dekat dah tu kan :)
Delete