Lipstick Mawar Hitam Che Ta, Ku Sangka Hitam Rupanya Merah Bak Delima
Baru baru ni Rozita Che Wan a.k.a Che Ta ada keluarkan produk baru iaitu Lipstick Mawar Hitam Che Ta. Packaging warna sama macam inai Che Ta. Sekali tengok terus rasa macam nak beli lah. Cepat betul terpengaruh ni. Bahaya bahaya!
Saya order lipstick mawar hitam Che Ta di Shopee pada 22 September dengan barang lain. Hari ahad semalam, 25 September baru sampai bungkusannya. Kita punyalah excited nak cuba lipstick mawar hitam Che Ta ni, sekali yang dapat 1 barang je.
Botol lipstick berbentuk petak dengan warna maroon rose. Design yang simple tapi masih nampak menarik.
Katanya nak nampak natural, oles sikit je. Nak nampak macam glamour sikit boleh oleskan full lips berlapis lapis gitu. Selain digunakan untuk pemerah bibir nampak lebih cantik, lipstick mawar hitam Che Ta boleh dijadikan pemerah pipi dan juga eyeshadow.
Saya order lipstick mawar hitam Che Ta di Shopee pada 22 September dengan barang lain. Hari ahad semalam, 25 September baru sampai bungkusannya. Kita punyalah excited nak cuba lipstick mawar hitam Che Ta ni, sekali yang dapat 1 barang je.
Lepas inform seller, dia kata tertinggal 1 barang lipstick mawar hitam Che Ta. Dia suruh tekan refund untuk barang tu. Rugi masa dan tak jimat pulak rasa. Yelah beli 2 barang untuk 1 harga pos. Dapat 1 barang dan dapat refund harga barang je lah cerita dia.
Kalau nak beli lain, kena lah beli kat seller lain tambah dengan harga pos. Ish ish ish..at least kalau seller kata nak pos okay lagilah kan boleh tunggu sebab silap mereka dan keluarga mereka. Kecewa betul!
Sudahnya semalam saya cari agent yang terdekat je lah beli lipstick mawar hitam Che Ta. Walaupun ada charge delivery, at least tak sakit hati tunggu lama tapi tak dapat. Order semalam, semalam juga dapat. Kan senang.
Awalnya nak jimat jadi tak jimat sudah. Sejak tak wajib pakai mask ni bolehlah kita melawa beli lipstick baru. Barang makeup mostly dah buang sebab dah expired sebab PKP tak keluar rumah. Barang makeup terperap menanti hari luput.
Berkenan betul dengan lipstick mawar hitam Che Ta ni sebab warnanya. Menawan dan tertawan sudah. Kotak packaging dia memang exclusive sangat nampak mahal dengan warna mawar merah hitam ni.
pek depan lipstick mawar hitam Che Ta |
pek belakang lipstick Che Ta |
Dalam kotak, ada kotak lagi lipstick mawar hitam Che Ta. Double triple protection ni. Kalau pos pun risiko lipstick rosak tu kuranglah kiranya kan.
Botol lipstick berbentuk petak dengan warna maroon rose. Design yang simple tapi masih nampak menarik.
Lipstick Mawar Hitam Che Ta
Lipstick Mawar Hitam Che Ta, jenama lokal pertama di Malaysia buat lipstick warna hitam. Dari mata kasar kita memang nampak warna hitam tu. Tapi bila di oles pada bibir, yang hitam bertukar warna merah bak delima.Katanya nak nampak natural, oles sikit je. Nak nampak macam glamour sikit boleh oleskan full lips berlapis lapis gitu. Selain digunakan untuk pemerah bibir nampak lebih cantik, lipstick mawar hitam Che Ta boleh dijadikan pemerah pipi dan juga eyeshadow.
Saya cuba pada kulit tangan. Nampak cantik warnanya kan.
Tekstur Lipstick Mawar Hitam Che Ta
Lipstik Che Ta jenis semi matte yang berfungsi untuk melembapkan bibir selain memerahkan bibir. Warna merah pada bibir masih kekal seperti warna bibir semula jadi walaupun kesan lipstick akan hilang semasa makan dan minum.Taklah hilang semua. Masih lagi ada warna kemerah merahan di bibir tu. Tak perlu touch up pun takpe. Nanti keluar bolehlah melawa dengan lipstick mawar hitam Che Ta. Walau hitam dipandang manis gitu.
Tahu-tahu dah ada 2 koleksi produk Che Ta.
kalau kita pakai jadi warna macam che ta pakai tu ke idok ya? frust je bila dapat reseller gitu, dahla salah dia pastu suh kita refund patut pi lah hantar semula kan udah salah dia
ReplyDeleteMacam tak je kak dana. Kalau saya pakai tebal berlapis lapis dapat macam warna Aisyah pakai tu. Dia masih terang tak gelap sangat. Mungkin ikut warna bibir jugak kot.
DeleteTahu takpe kak, geram je rasa tapi malas nak bising dah. Refund je lah.
macam menarik lahhhhhhh
ReplyDeleteSangat menarik Nadia. Silalah beli nanti :)
DeleteEh..lipstiknya nampak hitam, tapi bila dipakai merah jadinya ya.
ReplyDeleteA'ah. Lipstick magic :)
DeleteEh eh, kita pun dah terpengaruh ni.
ReplyDeleteJangan tunggu lagi kak. Beli cepat :)
Deletemenarik juga ni
ReplyDeleteSangatt..kena cuba :)
DeleteAisssh cantiiiiik warnanyaaa 😍❤️. Terlihat hitam, tapi aps dioles merahnya sukaaa lah ❤️. Sayang tak masuk Indonesia ya kak. Sekarang nih pun Krn masker dah longgar, saya pun dah mulai beli lipstik lagi 😄.
ReplyDeleteSerius sangat cantik warnanya. Merah terang dan sedikit gelap kalau sapu banyak lapis. Samalah kita, dah mula kumpul makeup :)
DeleteLipstick mawar hitam Che Ta belum lagi masuk dalam almari solek kita hihihiii.
ReplyDeleteHihi..tak lama lagi boleh TERmasuk tu kak Amie :)
DeleteConfirm terjebak jugak nanti ni....x percaya tengok laaa
ReplyDeleteTahu tahu dah beli je nanti :p
DeleteOh igt warna hitam
ReplyDeleteLawa2 warna nya
Warna hitam tapi finishing warna merah :)
Delete