Natural Pink Lace Jasper Crystal Bracelet Hadiah Dari Blogger Anak Omak

Tak ada pesanan, tahu-tahu dapat whatasapp daripada courier. Seperti biasa kalau ada parcel, mesti courier akan whatsapp gambar parcel dah letak dalam pagar rumah. Eh, tak ada beli apa-apa pun! Ke courier silap hantar ni?

Tengok-tengok dari Shopee. Tengok alamat dan nama memang betul. Takyah pening, kita buka je lah bungkusan tu dah terang lagi bersuluh ditujukan untuk saya.

Buka je, terpana kejap. Siapalah bagi gelang ni. Bahasa commercialnya dipanggil jasper crystal atau stone bracelet. Cantik warna stone beads bracelet ni. Natural pink ala-ala dusty pink warna kegemaran saya. 

natural pink lace jasper crystal bracelet

Seronoknya dapat hadiah yang menepati warna kegemaran kita. Bukan hanya warna je cantik, corak natural crystal ni pun cantik sangat. 100% natural crystal. 

natural pink lace jasper crystal bracelet

Oleh kerana lengan saya ni kecil, saya keluarkan dua biji stone beads tu, baru elok terletak bila pakai. Siap ada charm berbentuk love dengan tulisan "made with love". Love teruk!

jasper crystal bracelet

Terima kasih Kak Ret a.k.a Blogger Anak Omak sebab bagi hadiah yang super duper cantik ni dengan warna kegemaran saya. Love sangat! Tak silap saya jenis jasper crystal bracelet ada benefitsnya. Saya kurang pasti tentang tu. Yang saya tahu, jasper crystal bracelet ni cantik. 

Bolehlah kita melaram dengan gelang baru nanti!

jasper crystal bracelet

Saya dapat sempena top komentator bulan July blog Anak Omak. Tak sangka dalam kurang masa mengomen sekarang ada juga rezeki terselit. Alhamdulillah...Ada masa saya menyusul kembali mengomen ye.

Eh, bukan itu je. Rupanya Jasper Crystal Bracelet made with love by Blogger Sunah Sakura. Haa kalau nak beli, boleh beli Shopee Cik Sun. Geram pulak kita tengok semua cantik cantik.

Sekali lagi, terima kasih Kak Ret bagi hadiah dan Cik Sun buat dengan kasih sayang. Semoga pemberian hadiah ni bertambah tambah rezekinya. Aamiin...

12 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah...Terima kasih
      Memang cantik gelangnya :)

      Delete
  2. Alhamdulilah sampai juga... Sorry kita lupa ttg saiz haha nasib tergerak nak beli besar sket.. Tahniah fizah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kakRet. Kalau beli kecik ngam ngam kot rasanya. Yang ni pun saya removee 2 stone beads baru ngam. Terima kasih sekali lagi :)

      Delete
  3. Cuci mata tengok stone bracelet yang Fiza dapat.
    Tahniah. Boleh melaram pakai lepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih kak. Cuci mata dulu mana tahu kot ada berkenan boleh beli tambah koleksi :)

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Tahniah ye... Patut macam kenal gelang ni.. Saya pun dah beli beberapa pcs..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Wahh...dah banyak koleksi nona ye. Mesti ada pink camni gak kan :p

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.