Naturie Hatomugi Skin Conditioner Bagus Untuk Melembapkan Kulit Dan Serbaguna. Berbaloi Beli!

Racun TikTok lagi! Maha hebat ye pengaruh iklan ni. Mudah terpengaruh. Macam tahu-tahu je toner kita dah nak habis. Tak pasal pasal TERbeli Naturie Hatomugi Skin Conditioner ni. Tapi kali ni tak membeli online di TikTok, Shopee mahupun Lazada. Beli terus di drugstore Guardian.

Bila beli di drugstore, lebih yakin keaslian produk dan kurang risiko terbeli produk tipu. Melainkan kalau tak ada jual di drugstore barulah kita cari kedai online yang ada jual original product. Biasa beli di Watsons sebab ada member card.

Tapi selepas survey dan survey harga, murah banyak lagi kat Guardian masa tu. Alang-alang encik suami keluar, kita kirimkan je lah beli. Risau kalau kita masuk nanti banyak pula yang nak mengikut balik. Yang faham je faham. Hehe...

Dia tak ada pek kecil ye. Ada pek 500ml besar gedebak. Memang berbaloi beli sebab boleh buat stok berbulan-bulan ni. Dalam gambar isi kandungan dia dah susut sebab saya dah guna dari awal bulan haritu. Baru teringat nak ambil gambar dan review dalam blog. Isi dia penuh sebenarnya.

naturie hatomugi skin conditioner review

Naturie Hatomugi Skin Conditioner function

Selain tu, apa yang membuatkan saya nak beli Naturie Hatomugi Skin Conditioner ni sebab serbaguna. Boleh digunakan sebagai toner selepas cuci muka. Boleh juga dijadikan sebagai essence sheet mask menggunakan tisu.

Letak tisu pada muka kemudian spray dan jadilah sheet mask.

Paling bagus boleh dijadikan sebagai pelembap muka. Yang saya  tengok ramai repack dalam botol spray. Jenis pemalas nak touch up pelembap banyak kali lepas solat 5 waktu tu bolehlah repack dalam botol spray. 

Lepas solat, terus spray je. Tak perlu tenyeh pelembap guna tangan dah. Jimat krim pelembap pun ye. Kira untuk touch up bagi kulit maintain lembap lah gitu. Ye lah, lepas cuci muka nak ambil wuduk kulit muka akan togel dan kering semula. Jadi spray kan je Naturie Hatomugi Skin Conditioner ni. Mudah dan cepat. 

naturie hatomugi skin conditioner review

Dah pek dalam botol ni senang untuk bawa travel juga. Naturie Hatomugi toner ni tak ada bau lansung. Jenis cecair ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. Tidak melekit. Selesa lah untuk pakai dalam masa yang lama pun. Yang penting, kurang tak kering.

Naturie Hatomugi Skin Conditioner

Dirumus khas untuk pelbagai jenis masalah kulit seperti mengecilkan pori-pori, garis-garis halus dan penuaan kulit. Ia mengandungi adlay yang diperkaya dengan Vitamin B1 dan B2 membantu menghilangkan jerawat dan memperbaiki masalah tona kulit tidak sekata. 

Ia boleh digunakan sebagai toner untuk mengimbangi keasidan kulit, melicinkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit dan melembapkan kulit sepanjang hari. 

Best bukan? Silalah beli. Sangat memudahkan kerja penjagaan kulit muka. Saya beli kat Guardian RM30 macam tu. Sekarang check di Watsons harga bawah RM27 lebih. Watsons macam tu lah, bila ada sale dapatlah murah. Masa tak ada sale, rasa nak tunggu sale macam lambertt lagi.

6 comments:

  1. yang ni mmg viral. tapi tak nak beli lagi sebab masih ada baki toner, nanti membazir pulak huhu, btw jemput singgah baca entry terbaru kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, nampak trending kat tiktok. Kalau dah habis nanti boleh cuba. Saya punya toner dah habis, itu yang cuba tu.

      Delete
  2. Nampak menarik ni...macam dah nak teracun ni...nanti tengok...

    ReplyDelete
  3. Eh murah. Bolehlah beli untuk cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya berbaloi juga harga dengan kuantiti dan penggunaan pelbagai serta serbaguna. Nanti boleh cuba :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.